Isnin, 16 Januari 2017

Jom lepak di Doi Chaang Caffe , Ampang Point !

 

Korang pencinta kopi sebenar ? Teringin kopi antara yang terbaik di dunia ? Sambil bersantai bersama si dia atau rakan rakan di pagi hari , tengahari dan makan malam ? Yang penting , kopi sedap berada di hujung jari !

Aku syorkan cuba Doi Chaang Caffe di Ampang Point ! Kenapa ? Sebab semalam kaann aku gi sana.. dipanggil membuat review cafe yang dah bertapak di negara kita ni selama 4 tahun. Doi Chaang Caffe ni popular sangat di Thailand. Kira level level international gitu !

image

image

image

image

image

image

Doi Chang ni nama tempat di Thailand atau nama penuhnya ialah Baan Doi Chang. Iany adalah kawasan tempat tinggi atau pergunungan ! Bermakna kopi yang dihasilnya adalah bermutu tinggi !

Dalam erti kata lain , Doi Chaang Caffe ni berasal dari Thailand dan dimiliki sepenuhnya oleh Doi Caang Coffee Origonal Co. Ltd dan hanya menumpukan sepenuhnya pada penghasilan kopi Arabica berkualti tinggi. Panjang cerita kalau nak diceritakan asal usul Doi Chaang Caffee ni dan semestinya menarik sebab ianya dihasilkan oleh penduduk asli di tempat tu yang berasal dari negara China ! Haaa.. mereka berhijrah ke situ..

Ok.. berbalik pada Doi Chaang Caffee di Ampang Point ni , apa yang best ? Hurmm.. Secara jujurnya , kalau korang di sini.. pastikan korang merasai kopi ais atau ice blendednya ! Wowww rasanya ! Dan nak rasa kopi yang sebenar , cuba try Espresso ! Memang akan cerah mata tapi tak pening ! Aku  try 4-5 gelas jenis kopi ! Hahaahha.. dan siap tapau bawak balik lagi..

image

image

Aku suka layan Espresso ! Original gitu.. dan one shot jer ! Haahahah ..

Best !

image

image

Untuk pengetahuan korang , kopi Doi Chaang ni ada pengiktarafan antarabangsa USDA ORGANIC , EU ORGANIC FARMING , Speciality Coffee Association of America dan juga punya sijil Halal dari Thailand sendiri.

image

image

Selain dari single coffee , korang leh try ice blended atau kopi aisnnya ! Memang mantop arrr.. Tak kira masa , pagi petang atau malam , sesuai untuk dinikmati !

image

image

Dan kek kek serta makanan yang ada dalam menu di situ , amat disyorkan. HALAL ? Buat masa ni diorang belum ada lagi tapi dalam perancangan mendapatkannya. Bahan untuk membuat makanan adalah dari supermarket tempatan. Sos adalah resepi sendiri. Memang sedap laaa walaupun sekadar dibawa balik ke rumah !

Makanan , sedap ! Patut dicuba sama sekali..

image

image

image

Harga ? Lebih kurang je dengan cafe cafe yang lain. Tak de la mahal mana pon ! Leh je bayar punya. Dan yang penting , privasi di sini. Layanan pon bagi aku tip top ! Staff dia senyum jer memanjang.

Ada tawaran istimewa buat masa skang ni..

image

Kalau nak tau lebih lanjut , korang boleh tengok sendiri di laman web mereka iaitu di www.doichaangcoffee.com.my atau Instagram , @doichaang.ampangpoint  mahupun Facebook , Doi Chaang Caffe Ampang Point.

Tunggu apa lagi ? Ajak la kengkawan lepak sini sambil pekena kopi !

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI