Dapur Tanpa Sempadan...

Jumaat, 20 Januari 2017

La Juiceria memang best !

 

Tiga hari aku batuk teruk. Sebelum ni memang payah la aku nak batuk atau selsema tapi selepas juicer aku rosak dan belum dibaiki , aku dah kurang amalkan pengambilan jus sayur dan buah ni. Terasa ada beza laa.. Makan pon dah tak jaga.

Patgi tadi , aku gi Mid Valley. Memang dalam kepala aku kang jumpa booth La Juiceria , aku singgah beli jus ! Itulah sarapan aku dan itulah makan tengahari aku.. hehe.. ada la makan lain tapi itu kira yang utama la.. nak cuci perut sekali !

image

Hari ni saja , 3 botol aku bedal ! Pagi tadi green. Tengahari hok dalam gambar tu haaaa.. Patutlah Popeye perlukan spinach ! Baru aku tau nape.. Bila aku makan jus hijau tu , memang terasa macam ada power gitu haaa.. Tak caya , korang try laa..

Dan aku juga biasa beli kata Boost tapi agak kurang minat sebab campur dengan ais batu.. pastu sejuk gitu.. huhuhu.. Kalau takda La Juiceria ni , Boost pilihan no 2.

Korang patut amalkan. Jaga kesihatan sebelum kesihatan menghilangkan diri !

Resident Evil : The Final Chapter membosankan..

e

Akhirnya.. akhirnya.. panjang umur aku untuk menonton sambungannya ! Yelah , dah tonton dari awal lagi.. pastu bersambung..bersambung dan bersambung ! Apakah kali ini bersambung lagi ????? Arghhhh.. Tapi dah dia kata Final Chapter, harapnya final laaa.. Tak larat nak dah bersambung.. Milla pon tua dah.. hahaha..

Sebenarnya malam ni aku berbelah bagi.. nak tengok The Arrival atau Resident Evil ? Hurmm… Sebab aku bukan boleh keluar selalu .. hehe.. maklumlah , ada anak kat umah.. kan kan ?

Maka aku pilih filem yang memang aku suka giler dari dulu..

image

Jam 1030 malam.. di Alamanda. Tak ramai orang lagi. Rasanya esok mesti ramai.. hehehe. Best best !

Ok… start ! Awek kat sebelah aku , bertanya kat kawan dia.. Cerita pasal apa ni ? Huhuh.. Adehh.. Kalau tak tengok dari mula , memang cerita ni akan jadi bosan ! Buat yang tak tau.. sila tonton dulu yang sebelum sebelum ni untuk mengelakkan korang dari tergaru garu kepala ! Kalau tak , The Final Chapter pasti membosankan !

image

Setelah aku tonton sehingga habis , aku rasa ini adalah paling best sekali dalam semua Resident Evil ! Maka mereka yang tak pernah tonton dari awal , aku rasa takkan bosan sebab penuh dengan aksi yang mendebarkan sama sekali !

Ini antara filem aksi yang terbaik pernah aku tonton !

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI