Dapur Tanpa Sempadan...

Sabtu, 21 Januari 2017

Ku serahkan padaNya ..

 

“ 8 hari di Jepun ? “ . Wowww ! Satu tawaran yang menarik. Aku terus memberi jawapan tanpa fikir panjang. Seronok tuuu ! Mesti banyak tempat berjalan nanti..

Tapi bila difikir-fikir semula , camana pulak dengan anak anak ? Sapa nak jaga ? Wife nanti acaner ? Sakit kalu acaner ? Aduh.. Letih gak gini.. Aku jaga diorang ni dari lahir. Nak berpisah sehari pun payah ! Gi travel 4 hari sebelum ni pon dh terasa rindu banget di hati.

Akhirnya aku nekad. Aku nak bagitau aku tak boleh pergi tapi masalahnya , akan tercemar nama aku ! Camana eh??? Camana aku nak cari jalan keluar ni ? Aku serahkan pada Allah. Keseronokan pudar bila melihat muka anak anak yang melekat 24 jam dengan aku. Aku nak gi gym pon diorang pakat nak ikut ! Inikan pulak nak tinggal berhari hari lamanya..

image

Biasanya kes kes berbelah bagi gini , Allah beri petunjuk pada aku. Jalan keluar selamat tanpa kecilkan hati sesiapa. Dan Alhamdulillah.. aku tak pergi ke Jepun atas alasan tak menepati syarat yang ditentukan. Nak 35 tahun ke bawah. Dan ke sana pon sebab ada bengkel. Bukan trip travel seperti sebelum sebelum ni ! Huhuhuh.. Lega sangat aku ! Tak perlu dah nak pikir sapa nak jaga diorang. Dan yang penting , penjimatan money money di saat ekonomi tak begitu molek !

Sebelum ni pun pernah begini.. aku terima tawaran masuk ke latihan Inspektor Polis. Dah masuk tapi kemudian rasa tak serasi dengan jiwa. Tak tau nak tolak camana takut orang tua kecewa. Berdoa pada Allah.. beri petunjuk untuk jalan keluar.. Alhamdulillah.. aku jadi blogger sekarang ! Huhuhuh..

Allah Perancang Terbaik ! Hanya DIA tahu apa yang bagus untuk kita dan aku bersyukur sangat dengan kehidupan aku yang serba sederhana di sampaing keluarga tercinta. Masih terlalu banyak yang ingin diperbaiki dalam kehidupan aku ini. Dalam usia 41 tahun ini , walaupun aku kelihatan seperti 30 tahun , aku sering menasihati diri agar jangan terlalu leka dengan duniawi.. Kan ?

Wife mungkin ingat aku kecewa sebab tak dapat pergi tapi sebenarnya aku adalah insan paling gembira ketika ini. 

Jom ke Chocolate Expo 2017 di Mid Valley !

 

Yer.. dah bermula semalam dah ! Dari 20hb Januari 2017 hingga ke 22hb Januari 2017. Chocolate Expo yang mendapat sokongan penuh dari Tourism Malaysia dan Malaysia Cocoa Board ni bakal menjadi expo tahunan bermula dari tahun 2017.

image

image

Ada lebih 100 jenis coklat dijual dengan potongan harga yang takkan dapat di luar sana ! Khas untuk Chocolate Expo 2017 ni jer ! Dan kebanyakkannya adalah coklat buatan tempatan yang sangat sedap rasanya !

Aku sempat pusing tadi.. hehe.. nasib baik hari ni datang sebagai ‘wartawan tak bertauliah’ je.. Kena bawak wife datang lagi ni sebab segala pembelian coklat akan diluluskan oleh dia jer. hehehe.. Akauntan Rumahtangga gitu..

Jom tengok apa yang ada.. Bukan semua tau aku letak gambar dalam ni.. penuh sangat nanti ! Huuuu..

image

image

Ni terbaru di pasaran.. Perisa durian original gitu ! Jumpa , sila beli !!

image

Lengang ? Tak.. baru je bukak aku terus masuk ! Hari Jumaat , maka paham paham je la yer. Ada banyak booth termasuk dari Korea sempena Korea Expo 2017. Event ni bergabung. Maka sila jangan pelik yer.. Hehehehe..

Sedap woo.. nasib baik aku diet ! Kalau takkk ???

image

image

image

image

image

Buka jam 10 pagi hingga 9 malam ! Soooooo.. tunggu apa lagi ? Esok lusa cuti ! Beli banyak banyakkkk laa.. sementara murah ! Kan kan ? Huhu…

Untuk lebih lanjut.. oh ya.. ada pelbagai pertandingan juga dianjurkan sempena expo ni ! Hee.. Ok , untuk maklumat lebih lanjut , sila ke Facebook The 1st Malaysia Chocolate Expo 2017.

Selamat bershopping !

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI