Isnin, 30 Januari 2017

Aku juga mungkin seperti Donald Trump !

 

Aku ke KLCC semalam. Dan terasa seperti berada di luar negara ! Sangat menakutkan gitu hingga nak lepaskan Qhaliff dan Zahra pun tak berani. Pegang je tangan diorang.

Bila teringatkan larangan Donald Trump , ada banyak benarnya juga. Kadang kadang , rakyat sendiri pun dah tak rasa selamat di tanah air sendiri. Kalau yang datang tu benar benar nak bekerja atau tinggal di sana , ok la kan ? Kalau datang buat onar ?

image

Kalau di tempat kita.. cer tengok di Bukit Bintang.. Ampang.. termasuk di ibu kota ! Fuhhh.. seram siut ! Akhirnya , rakyat sendiri bermain di pinggiran kota.

Apa dah jadi ??? ‘Orang atas’ mana nak gi tempat tempat gini bila cuti ! Sapa nak kisah kan ? Bila terjadi ‘malapetaka’ , baru nampak muka masing masing.. Kononnya amik berat dan buat kerja ! Pigidah !

Bersantai habiskan masa bersama anak-anak !

 

Cuti panjang. Malas nak jalan jauh. Duduk rumah dan abiskan masa dengan anak anak. Diorang pon bila sekolah , memasing dengan jadual. Bangun pagi , gi sekolah.. balik , buat kerja sekolah..tidur ! Tak sempat nak bermain bersama.. kan ?

Semalam.. belikan buih sabun.. haa , amik ! Main belon sama sama.. Memang seronok la dua beradik ni. Yang kecik , seronok tidur lagi.. heee..

image

image

image

image

Sementara diorang kecik kan.. nanti dah besar , sibuk ngan kawan kawan lak.. Nak main dengan orang tua , dah segan.. Huhuh.. Kita pun , jangan la sibuk abiskan masa dengan hal kita jer. Anak anak pun perlukan perhatian. Jangan satu hari nanti , mereka ‘membalasnya’ tanpa mereka sedari.. hasil ‘didikan’ kita juga.

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI