Selasa, 31 Januari 2017

Koleksi terbaru di Mothercare !

 

Sejak dari Qhaliff hingga ke Aariz , kalau nak beli baju.. memang Mothercare la tempat yang dicari ! Kenapa Mothercare ? Cer bayangkan.. baju Qhaliff , Aariz boleh pakai dan kelihatan seperti baru dibeli walhal selalu je dia pakai waktu kecil dulu.  Kualiti adalah sangat penting. Maklumlah ada yang tak tahan jenis kain.. alergik gitu !

Mahal ? Kalau mahal , tunggu la masa jualan murah ! Serang dan beli banyak banyak. Hahahaha.. Tak banyak pilihan ? Bagi aku la.. baju yang terdapat di Mothercare adalah ikut musim. Takkan ada dah pastu ! Kira rare laa..

Ok.. kelmarin gi KLCC. Cari baju diorang sebab tengah sale sempena Tahun Baru Cina. Simpan untuk raya nanti… heheeee..

image

image

image

Tak caya.. gi la tengok sendiri.. Nilai mutu kain pakaian yang ada kat situ. Kalau tak berkemampuan , tak pe.. Jangan paksa diri. Tapi kalau ada duit , apa salahnya beli sikit untuk anak anak.. Hee.. Dah tak pakai nanti , leh je derma pada mereka yang memerlukan sebab masih boleh dipakai.. kan kan ?

Kasut pon ok ok gak.. Nampak cam tak banyak pilihan tapi berkualiti la bagi aku…

image

image

image

Untuk Zahra pon ada.. Baju , seluar dan kasut.. Heee…

image

image

Biasanya aku amik size besar besar.. boleh la pakai lama skit.. Heee..

Kalau nak tengok koleksi baru secara online , boleh ke www.mothercare.com.my .

image

image

image

Tunggu apa lagi ? Hee.. beli sikit sikit.. Jangan tunggu raya dekat baru nak beli.

Dialah abang , dialah kawan tersayang buatnya !

 

“ Abang gi sekolah yer.. “. Ugut Qhaliff.

“ Tak nakkk… “ . Jawab Zahra.

Gitulah setiap kali kalau Qhaliff tak dapat apa yang dia nak pada Zahra terutama toys atau gula gula ! Zahra memang takkan kasi pada awalnya. Tapi bila kita berenti meminta , dia akan kasi dengan sendirinya. Gitulah perangainya. Dia puji puji skit.. baru melekat !

Sama la gak ketika nak photoshoot pakaian baju pagi semalam. Memang dia tak nak punya tapi selepas tengok abang dia buat , dia nak join sama..

image

image

Sekejap je mereka membesar dan jadi geng ! Huhuh.. Tunggu sorang lagi.. Nampak gaya tak lama dah tu.. dah mula angkat bontot dah tu..

Abis berphotoshoot , bawak gi Alamanda. Belanja diorang. Cuti panjang.. tak bawak diorang gi mana pun.. Maka , Alamanda je la jawabnya..

Sedap laa diorang bershopping.. Sorang tarik , sorang angkut apa yang diorang suka dan tak suka ! Tak suka pun angkut tuuuu !

image

image

Dengan selamba bubuh dalam bakul !  Fuh.. bergetar tulang rusuk daddy tengok. Teringatkan akaun bank yang dah tinggal nyawa nyawa ayam tu.. huhu.. Redha je la.. asalkan anak anak gembira.

Yang paling mengharukan ialah.. dalam kereta. Kalau dengan Livina , boleh la sorang satu tempat tidur.. Tapi dengan kereta Bezza , jawabnya…kena beralah la ! Sapa yang akan beralah ? Dua dua.. Kekadang , sorang setengah tidur.. Tapi kalau Qhaliff yang tidur dulu , Zahra akan tidur kat bawah ! Huhhh ! Memang aku tak kasi la.. Kotor. Suruh naik atas. Kalau perjalanan jauh , aku suruh wife duduk belakang.. Zahra duduk depan dan tidur je kat depan..

Tak sangka boleh dia beralah dengan abang dia. Tak pernah gaduh pon bab ni. Sebab Zahra ni jenis kering hati. Tapi rupanya dalam hati ada taman. Serupa bapak dia ! Huhuhu..

image

Moga mereka kekal mesra begini sehingga ke akhir hayat.. Saling ambil berat antara satu sama lain. Kalau begini perhubungan mereka , aku dah takda nanti pun ok dah..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI