Khamis, 2 Februari 2017

Muzium Warisan Melayu UPM penuh sejarah tersendiri !

 

Tercari tempat nak buat photoshoot dengan berpakaian tradisional tanpa kira bangsa ? Aku ada tempat menarik sangat untuk bergambar beramai ramai terutamanya !

Muzium Warisan Melayu UPM , Serdang !

Tadi aku gi sana.. ada meeting ngan pegawai Lembaga Zakat Selangor. Saja jumpat kat sana di samping nak perkenalkan tempat ni pada aku serta rakan blogger. Projek amal jariah untuk tahun ke 3.. rasanya.. kot ? Ke 2 ? Ah.. tak ingat..

image

Pada awalnya nampak biasa jer terutama muzium warisannya tapi bila nampak koleksi keris keris di dalamnya , terus teruja aku ! Nak amik gambar tak dibenarkan ! Patut gi sini untuk tengok pelbagai koleksi koleksi peninggalan warisan yang sukar nak dijumpai sekarang.

Dan paling menarik ialah rumah warisan asli ! Dibawa dari tempat asal ke UPM dengan kos yang tinggi. Maka sila manfaatkannya ! Rugi tak datang sini woo..

image

image

image

image

Banyak senibina tersirat yang aku tak ingat dah.. dulu kecik kecik ingat la.. dah tua gini , dok ingat besi jer ! Huhhhh..

Contoh.. cam gambar bawah ni.. Aku tak perasan part kayu jarang jarang tu sehinggalah En.Zubir , bagitau.. Ni tempat untuk mandikan jenazah tuan rumah atau ahli keluargannya. Ni dalam rumah Negeri Sembilan tak silap aku. Memang cantik la rumah ni..

image

Yang bawah ni la.. hahaha.. namanya Bendul. Bukan BEN DUL yer ! Atau ada yang panggil tiang lurus.

image

Serius.. memang bagus diorang buat gini. Banyak dah kita dalam diam , kita kehilangan warisan keturunan yang berharga ! Dengan adanya muzium begini , moga anak cucu kita masih ingat asal usulnya.

Dan.. menariknya sapa sapa nak buat kenduri kawin pon boleh buat kat sini.. katanya la ! Hahahaha.. Nak tidur pon boleh. Kalau berani la.. hahaha.. Kena tau , rumah ni semua adalah rumah betul.

Nak tau lebih lanjut , sila ke :

Instagram : https://www.instagram.com/muziumupm/

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI