Dapur Tanpa Sempadan...

Selasa, 7 Februari 2017

Zahra Nur Iman , mencabar kesabaran aku !

 

Usia 3 tahun. Aku tahu , dia ni bukan jenis tak paham bahasa tetapi jenis nak dimanja lebih ! Dia seolah olah cuba mendapatkan perhatian aku..

Tiap malam.. atau setiap hari la senang cakap… ada je dia buat hal ! Bayangkan eh.. Dia nak makan aiskrim.. Depan aku , dia makan elok. Aku pergi je ke dapur.. dan datang semula.. aiskrim dah di atas lantai dan dia dok sedap main ais krim tu ! Ya , Allah.. sabar je la..

Bersihkan dia.. lap lantai.. Kasi dia telur rebus. Dia suka. Dia makan sambil tengok tv. Aku pun gi jaga Aariz lak.. Bila aku datang jengok dia .. Dia dok buat kuak lentang atas lantai… dan kuning telur tu menjadi ‘airnya’ ! Ya Allahh… dah baru je mandi.. tukar baju. Dia buat lagi !

Aku marah.. dia diam. Dia tau dan dia berjaya menarik perhatian aku. Aku babap skit kat bontot dia yang ada pampers tu. Meraung pura pura dia. Aku kenal dia meraung betul. Aku bersihkan dia lagi.. Lepas tu , dia merajuk. Dia main sendirian dengan anak patung Pony dia. Alahai , siannya. Bercakap ngan Pony gitu.. Huhuh. Terasa air mata nak mengalir. Menyesal marah dia.

Aku pujuk dia. Dia tak melayan awalnya tapi lama kelamaan dia datang. Cium pipi aku.

Malam tadi.. Dia tidur jam 8 malam. Kul 12 terjaga automatik ! Terus segar.. Mintak itu ini. Macam macam dia nak ! Aku kasi je la.. Mesti lapar kan ? Nasi dia tak nak..

Jam 3 pagi… dia mintak biskut kering.. Dan dia makan atas tilam ! Dia pecahkan biskut biskut tu menjadi kecil ! Atas tilam !! Korang rasa acaner ? Jam 3 pagi.

Huhuhuh..

image

Skang dah dekat kul 1 lebih.. tak bangun tidur lagi ! Adehhh..

Nak tengok muka blogger masakan terkenal , Mat Gebu aka Adnan Ibrahim ?

 

Haaa.. blogger masakan terkenal tanah air yang dah bertahun tahun menabur baik memberi resepi resepi yang mudah untuk diikuti terutama mereka yang tangan bangku , cam aku ni !

Namun yang biasa kita nampak adalah jari jemarinya yang gebu persis jari Neefola itu.. rupanya sama sekali tak pernah di siarkan di mana mana blog sekali pun !

Mat Gebu atau Adnan Ibrahim yang dikenali di www.tiffinbiru.com adalah sahabat aku sejak 7 tahun dulu. Dulu rajin la bergaduh sebab percanggahan pendapat tapi sejak cecah usia 40 ni.. masing masing dah sedar diri.. hahaha.. tua dah woi nak bergaduh !

Oh.. okk ok… nak tengok muka dia kan ? Malas nak baca celoteh aku kan.. Heee.. Nah.. sila la tengok.. Gambar ni dari keratan majalah yang disiarkan pada tahun 2013.

image

Hensem dia. Masih single. Sapa sapa ada anak dara yang masih single dan nak dapat teruna sejati , silalah masuk minang Mat Gebu. Tarak nyesal punya !

Kalau Mat tak nak , aku nak ! Haaaa.. hahaha.. Gurau jer.. Ok , tu la Mat Gebu.  Lama tak gi lawat dia.. InshaAllah , jika petrol turun ke RM1.50 .. Aku g bawak bala tentera. Heee..

Makan telur rebus tapi kentut tak busuk. Camana tu ?

 

Aku dah mula nak kempiskan perut ! Hehehe.. Orang sado kata nak kasi kuar otot perut gitu. Aku baru nak keluarkan ni.. hehehe.. Apa yang aku buat ialah , aku tolak nasi , serta makanan berminyak. Aku amik telur rebus pada waktu pagi , tengahari dan malam..

Hari ni hari ke-4 aku buat gitu. Nak kata diet , ni bukan la diet seimbang.. hehehe.. Namun aku ada amik buahan serta sayuran melalui jus yang aku buat sendiri.

image

Tapi masalahnya ialah telur ni. Kalau makan banyak ,bila kentut , boleh koma orang sebelah kita .. kan ? Heee.. Camana nak elakkan isu ni ?

Ok.. aku amalkan air detox lemon + epal sejak dulu lagi.. Alhamdulillah , dengan amalan gini .. mulut serta nafas tak berbau setiap pagi !

image

Bila letak cayenne tu , fuhh.. pagi pagi dah membuang.. Clear perut ! Tapi menariknya. tak da la kebulur pastu berbanding bila ada amik ubat kurus.. pagi pagi membuang.. pastu kelaparan ! Haaa..

Caranya..potong potong jer.. pastu buh dalam bekas air yg besar. Kalau nak best , amik satu potongan lemon tu letak dalam cawan yang berisi air suam panas. Pastu biarkan beberapa minit.. minum. Amalkan.. Yang penting buang pagi pagi.. Busuk tu berpunca dari simpanan di usus tu terlalu lama.. Sayang sangat nak buang eh ?

Alhamdulillah.. 4 hari aku buat gini.. perut ringan jer. Kalau terasa lapar atau kepenatan.. aku makan roti atau amik satu sudu aiskim. hehehe.. Kasi gula skit kat badan. Kekadang penat tu sebab gula kurang.. Satu jeee tau !

image

Ini cara aku la. Tak mintak lagi kelulusan dari KKM. Kecuali air lemon tu , aku belajar di Phuket ari tu.. haaa.. Memang best ! Sila amalkan.

Akhirnya , Aariz terjatuh juga..

 

image

Punya la berjaga jaga.. Sejak dah pandai angkat punggung ni, dia dah boleh ‘menghilangkan’ diri sekelip mata. Bukan terjadi pada aku saja malah pada wife sebelum ni. Nasib baik kiri kanan katil dah diletak tilam. Dia jatuh dan sengih sengih.

Malang tak berbau.. semalam , 2 kali percubaan dia.. sekali aku berjaya selamatkan tapi sekali lagi tu , aku terlelap beberapa minit. Dia berada di sisi aku dan seluruh tilam ditutup dengan bantal berat. Namun ada satu sudut je takda. Sudut tu memang jauh sangat la dari dia..

Huwaaaaa ! Terdengar suara Aariz menangis kaw kaw punya. Tapi sebelum tu aku dah terbuka mata. Namun tak sempat nak kejar. Aku nampak Aariz terjatuh dari tilam. Nasib baik ketika tu Zahra ada bermain kat situ. Terkena dia maka impak jatuhan tu tak kuat mana. Tilam tu tak la tinggi mana sangat. Tilam tau.. bukan katil. Aku dah pindahkan tilam ke ruang tamu. Memang tidur situ je aku dan Zahra malam malam..

Geleng kepala aku tengok Aariz. Qhaliff dan Zahra pun pernah rasa gak jatuh tilam ni. Memang adat kot ??? Pasni kena hati hati 200% ! Terlelap tak dijangka sama sekali. Dok layan kartun bersama sama Zahra dan Aariz sementara menanti wife sampai rumah.

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI