Rabu, 8 Februari 2017

Hadiah dari New Zealand buat Zahra. Terharu aku !

 

Siapa sangka.. blog aku ni dibaca juga oleh mereka yang  berada di luar negara ! Dan siapa sangka , dia bukan saja sekadar membaca tetapi menghayati dan memahami perasaan aku sebagai seorang ayah yang menjaga 3 orang anak kecil ! Huhuhuh..

Satu hari , aku terima email. Aku baca dan terkedu ! Takkan kot ? Takkan dia nak post My Little Pony dari New Zealand untuk Zahra ??? Huhuhu..  Ini sejarah dalam 9 tahun aku berblog ! Dapat hadiah dari jauh..

image

Dari email ke whatsapp dan akhirnya , semalam sampai di depan pintu rumah ! Huhuhuh.. Tak sangka secepat itu !

image

Reaksi Zahra ? Hahahaha.. Terbeliak la bijik mata terutamanya bila tengok baju tuuu.. Dia kalau boleh , nak pakai baju MLP tu 24 jam ! Dah basuh.. kering.. pakai balik ! Gitu laa..

Terima kasih pada Kak Rose dan Hannah atas kesudian mengepos hadiah dari jauh.. Kami sekeluarga terharu dengan keikhlasan Kak Rose dan Hannah. Moga Allah murahkan rezeki Kak Rose sekeluarga. InshaAllah , ada rezeki.. kami penuhi jemputan ke New Zealand. Memang lama dah teringin nak gi sana.. Huhuh..

Nak kena cari butik My Little Pony kat Malaysia.

GT Mobile 888 , telefon pintar menarik mampu milik !

 

Dengan harga S$368 , telefon pintar yang direkabentuk di Singapura ini mampu menjadi milik mereka yang kurang berkemampuan tetapi ingin memiliki telefon pintar. Tapi kalau ikutkan , telefon GT 888 ni layak dipakai oleh semua golongan sebab rekabentuknya yang menarik.

image

image

image

Menarik.Masih mengekalkan ciri lama telefon bimbit.

Kalau korang tanya aku… okk tak beli handphone ni , maka aku akan tanya kembali… apakah ciri ciri yang korang nak ? Sebab bagi aku , GT 888 ni tidak menumpukan sangat pada kualiti gambarnya.

Spesifikasi :

Model: GT-888
Dimensions: 158.9*77.5*8.6mm
CPU: MT6735P 4*Cortex-A53 1GHz
GPU: ARM Malit720-MP1 600MHz
RAM: 1GB / 2GB
Storage: 16GB
Display: 5.5”720*1280 pixels
Battery: 2550mAh
OS: Android 5.1
Camera: Rear-8.0MP,Front-5.0MP
SIM card: Dual SIM (SIM+MicroSIM)
WI-FI: 802.11a/b/g/n
USB: Micro 5pin
Bluetooth: 4.0
Positioning: GPS A-GPS

Sebenarnya bagi aku la kan.. GT 888 akan jadi menarik jika…. kedua dua aplikasi yang dikeluarkan oleh GT Mobile ini dimanfaatkan sepenuhnya ! Yang pertama ialah GTDollar dan GT Watch !

image

Satu permulaan yang menarik buat GT Mobile !

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI