Khamis, 9 Februari 2017

Berjaya turunkan tekanan darah !

 

Alhamdulillah.. mak aku mengadu sebelum ni , sakit di bahagian belakang leher. Begitu juga dengan jiran aku. Aku tau , tu mesti berpunca dari tekanan darah tinggi ! Aku mintak adik aku belikan juicer yang macam aku punya.

Epal hijau dicampurkan sekali dengan saleri dan kalau rajin , letak tomato serta lobak merah. Hasilnya memang gempak ! Minum setiap malam dan awal pagi. Kalau bajet kurang , epal hijau dan saleri je dah memadai.

Dalam seminggu , aku akan amik jus hijau jer. Sayur bayam dicampurkan lagi dengan beberapa jenis sayur organik. Dan epal hijau wajib ada ! Itu untuk elak dari rasa kurang enak. Hahahah.. Bila ada epal hijau , rasa masam tu ada la gak… berbanding rasa kelat ! Huhuh..

image

Kesannya ? Korang akan rasa kesannya bila amalkan dalam seminggu ! Dan aku , dah berbulan amalkan. Kalau tak minum , rasa semacam jer.

Manakala setiap malam.. air detox ni adalah wajib aku minum sebelum tidur. Memang best. Cubalah kalau tak caya !

image

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI