Dapur Tanpa Sempadan...

Isnin, 13 Februari 2017

Jangan memandu dalam keadaan tertekan atau..

 

Atau jadi macam aku ! Arghhh.. Ini pertama kali berlaku dalam hidup aku dan tak sangka sama sekali ianya terjadi ! Adehhh.. Serius , aku rasa macam berlaku dalam filem Terminator lak.. huhu..

Kisahnya gini.. Kelmarin , aku sekeluarga nak ke Kuantan. Ada event di sana. Kelewatan keluar dari rumah serta berjanji dengan rakan blogger untuk amik baju di satu tempat yang dijanjikan , membuatkan aku jadi kalut. Ditambah lagi dengan wife dan anak anak belum makan , aku jadi rasa bersalah snagat ! Mengejar masa adalah punca segalanya.

Dalam kepala aku , macam macam ada ! Aku fikir pasal job-job yang baru diterima dan datelinenya cuma sehari dua jer. Bukan mengeluh. Tu rezeki Allah kasi yang aku lama dah tunggu.. Huhuh.. 2 bulan ni memang teruk tul la ekonomi. Pastu dengan kerja kerja group blogger yang perlu diuruskan. Walaupun aku tak buat tapi aku bertanggungjawab memberikan keputusan.  Maka serabut aku ! Bukan salah mereka. Salah aku sendiri yang takde susun atur dalam kerja.

Sampai di tol Gombak. Aku letak Smart Tag depan cermin. Biasanya aku pegang tapi bila bawak kereta baru ni , aku letak atas dashboard jer..  Dalam kepala aku , aku terdengar dah bunyi Smart Tag tu. Kereta depan berlalu dan aku ikut serta.

image

Tibba-tiba palang tol tu turun daaa ! Betul betul depan cermin kereta dan aku terlajak langgar ! Siren berbunyi ! Ahhh sudah ! Mesti team SWAT datang menangkap aku ni ! Adehhhh…

Aku berhentikan kereta 10 meter di hadapan tol tu ! Aku keluar dari kereta. Aku nampak petugas tol betulkan palang tu. Tapi takda sapa sapa datang kat aku. Aku tergaru garu kepala ! Camana ni ?? Apakah yang akan terjadi pada aku ???

Aku tenangkan diri.. Memandu terus ke tempat yang boleh aku berhenti dan mengambil tindakan susulan. Aku google no telefon pusat to tersebut.

Jumpa dan call.. Aku buat laporan dan segalanya selesai ! Alhamdulillah. Aku tak dapat bayangkan apalah nasib kereta tu kalau palang tu , besi ..bukan plastik !!

Aku teruskan pemanduan dan lupakan semua masalah aku seketika ! Nyawa dalam kereta adalah keutamaan.

Jom sertai kempen ‘#SayaSihat’ anjuran #YeosMalaysia !


image
Satu kempen kesihatan yang cukup menarik yang dijayakan oleh Yeo Hiap Seng (Malaysia) Berhad atau dikenali sebagai #YeosMalaysia dan menawarkan pelbagai hadiah untuk dimenangi.
Kempen #SayaSihat ini bertujuan untuk menarik minat rakyat Malaysia yang semakin stress dengan tekanan hidup ke arah kehidupan yang lebih ceria , cergas dan mengamalkan pengambilan seimbang sambil bersenam. Untuk pengetahuan , Yeo’s  adalah produk minuman yang sinonim dan telah di kenali sejak dahulu lagi mempunyai kualiti yang sangat tinggi , Kerana ia kurang gula dan juga tidak mengandungi pengawet, antara yang disyorkan adalah Yeo’s Teh Hijau Jasmine kerana teh hijau baik untuk sistem pembakaran lemak dan mempunyai antioksidan. Manakala soya pula bagus untuk mengekalkan tenaga pada tubuh kita kerana sumber proteinnya
Ok..cerita banyak tarak.. jom kita join. Kempen #SayaSihat  bermula pada 13 Februari dan berakhir pada 23 April dan terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia.
Cara-cara penyertaan kontes Instagram ‘#SayaSihat’ ni mudah sangat !  :
  1. Ambil foto yang berkonsepkan aktiviti sukan dan kesihatan. (Produk Yeo’s yang turut berada di dalam gambar akan diberikan markah tambahan)
  2. Muat naik foto ke laman Instagram masing-masing berserta hashtag  #SayaSihat bersama #YeosMalaysia.
  3. Akaun Instagram anda hendaklah di set kan dalam keadaan mod umum untuk memudahkan proses pemilihan pemenang.
  4. Kait (Tagged) dua rakan senaman atau diet anda untuk lengkapkan satu penyertaan.
Hadiah mingguan yang bakal dimenangi oleh 10 pemenang mingguan ialah baucar tunai yang bernilai RM150 Sports Direct berserta produk Yeo’s. Manakala, bagi pemenang keseluruhan, pemenang tempat pertama bakal memenangi baucar tunai Sports Direct berjumlah RM1000 berserta produk Yeo’s, hadiah bagi tempat kedua pula baucar tunai berjumlah RM800 Sports Direct berserta produk Yeo’s dan bagi tempat ketiga pula bakal memenangi baucar tunai Sports Direct berjumlah RM 300 berserta produk Yeo’s.

Untuk mengetahui cara penyertaan yang selanjutnya , layarilah laman sesawang Yeo’s di www.yeos.com.my atau berhubung pegawai perkhidmatan pelanggan di 1300-80-2828.
image

Qhaliff guna Movida Pomade !

 

Sian tengok dia gi tadika hari hari , rambut kering. Aku ada la letak aku punya minyak rambut tapi cam tak kena dengan dia lagi. Kebetulan , ada kawan mintak aku promote satu brand pomade yang mana ramai kawan kawan blogger dah promote dan beri komen positif.

Yer.. aku gunakan pada rambut Qhaliff ketika Hari Keluarga #KBBA9 di De Rhu Beach Resort , Sabtu lepas. Ternyata dia suka sangat. Siap bergaya depan cermin lagi.

image

Gambar dia tanpa guna minyak / gel rambut

Aku try gak kat rambut aku yang baru nak tumbuh secara berjemaah ni.. hehe.. tapi tak beberapa kena lagi. Tunggu panjang sikit , confirm dapat lawan rambut Qhaliff walaupun aku bakal tewas !

Bagusnya.. Movide Pomade ni tak melekit bila digunakan pada rambut Qhaliff. Dan bila basuh , terus hilang. Tak payah bershampoo gitu !

image

Satu lagi yang bagusnya ialah.. bau yang wangi. Suka dia bau terutama yang blue tuuu.. heee.. Aku suka dua dua punya bau ! Ada banyak pilihan kalau korang berminat !

 

image

image

Harga , RM30 ! Haaa..ok la kan ? Rambut bergaya perlukan pengorbanan kecil.. Hahaha.. Jangan kedekut untuk bergaya ! Biar bergaya baru kaya ! Heeee.

Dan Qhaliff tak sabar nak gi sekolah dengan gaya rambut baru !

Bagi yang berminat nak beli , sila hubungi Hezlee di 014 613 6232

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI