Dapur Tanpa Sempadan...

Jumaat, 17 Februari 2017

Berpuashatikah aku dengan GENKI PANTS ?

 

Dalam entri aku yang lepas , Mencuba Genki Pants setelah kecewa dengan yang lain ! , aku berpuashati dengan ketahanannya terutama dengan Zahra.. lebih 6 jam dia pakai dari tengah malam hingga ke jam 10 pagi.. tiada langsung dia bangun tidur dan kejut aku bagitau dia kebocoran ! Huhuh.. Nyenyak..

Hari ni , kali ke dua aku beli GENKI PANTS untuk dia. Agak susah jugak nak jumpa GENKI PANTS ni. Ramai kawan kawan di Facebook juga bertanya mengenainya dan ada yang membeli secara online. Aku lak , beli dia AEON jer..

image

Harga ? Aku beli ni dalam RM31. Tengah ada sale rasanya di AEON tapi XXXX yang biasa aku beli , mahal la pulak.. Jap murah jap mahal si XXXX ni..

Nanti nak tukar lak si Aariz guna GENKI ni. Skang dok pon asik nampak mengelembung jer.. Huhuh.. walhal tak sampai berapa jam pakai ! Humm..

JOHN WICK 2 : Jangan tonton jika…

 

image

Jika korang tak pernah tengok JOHN WICK , maka akan terpinga pingalah bila tonton JOHN WICK 2 dan menganggap cerita ni sebagai cerita tembak sana sini memanjang !

Tapi bila tengok kedua dua ni , pastinya akan terimbas kembali kepada filem MATRIX ! Fuhhh, legend punya cerita ! Sayangnya si Keanu tak cunkan badan dia dalam filem JOHN WICK 2 ni. Kalau tidak pastinya , lebih gempak punya laa.. hahahaha .

Secara keseluruhan , aku amat sangat berpuashati dengan JOHN WICK 2 dan tak sabar menanti sambungan JOHN WICK 3. Jangan risau ! Korang pasti akan berpuashati punya dengan JOHN WICK 2 ni..

Ceritanya mengisahkan… ala , boring la pulak nak berkisar kisar ni kan ? Tapi yang tak pernah tonton , si JOHN WICK ni adalah pembunuh upahan bertaraf antarabangsa gitu.. kalau dia bersara , aku nak amik la watak dia ni… hahahah.. part berjalan je pun dah cukup la..

Ok , okkk.. Sila gi tonton ! Berbaloi ! 9/10. Kalau badan dia cun , aku  kasi 10/10 ! Hahahaha..

image

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI