Sabtu, 18 Februari 2017

Nak kurus tu mudah tapi..

 

Tahun lepas , aku boroi ! Memang pakai baju besar la aku senantiasa. Segan gitu.. Heeee.. Selepas menyaksikan gambar aku ketika di Sg. Lembing , aku nekad… aku mesti kembalikan badan aku seperti dulu.. Tapi tak nak la terlalu besar.. hehe.. memadai nampak smart jer..

Aku amik fat burner. Itu bukan jalan mudah untuk kurus tapi aku terpaksa amik sebab metabolisme aku rendah.. maklumlah , dah cecah 40 an gitu dan aku tak tau bagaimana nak tingkatkan semula metabolisma aku , ketika tu !

image

Sebelum mulakan operasi..

image

Kesan dalam tempoh 2 minggu selepas amik fat burner + workout

Kalau amik fat burner tapi tak bersenam , tak menjadi sangat gak ! Aku lebih suka bersenam sebab kesannya berganda dari makan pastu tidur serta tak berdisiplin dalam menjaga pemakanan..

Peluang belajar teknik berdetox di Phuket sangat berguna pada aku. Bersenam , diet serta detox pada masa sama.. Fuh , memang best !

image

Berbaloi !

image

Sangat sangat berkesan pada aku. Tekanan darah tinggi yang aku derita selama ini , dah kembali normal.. Bayangkan , dari usia 28 tahun tekanan darah aku , 180 –200 ! Fuh , tiap kali jumpa doktor aku takut. Mesti kena bebel punyaaa..

Maka , fokus aku bukanlah lebih pada kurus tapi kesihatan ! Kalau fokus pada kurus saja , maka ada yang sanggup amik jalan mudah selain guna fat burner ! Ada macam macam wooo… Aku nak cerita pon takut.. hahahaa.. No komen part tu.

Nak kurus tu mudah.. tapi nak kekalkan kurus tu.. huhu.. tapi kalau niat nak kekal sihat , inshaAllah.. Jaga pemakanan dan juga banyakkan bersenam.. 

image

Bila badan sihat.. kurus.. sado.. leh jadi model shampoo rambut TYZARA , kan ? Mana laa tau…kot kot rezeki. Hahahaha..

image

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI