Dapur Tanpa Sempadan...

Isnin, 20 Februari 2017

Gardenia Delicia Hazelnut lebih sedap dari Nutella !

 

Selamat Tinggal Nutella ! Akhirnya tak perlu lagi dah beli roti coklat Gardenia. Beli jer  roti buku Gardenia dan Gardenia Delicia Hazelnut . Makanlah sepuas-puasnya !

Qhaliff dan Zahra mengilainya. Hehehehe.. Aku tak leh. Nanti gemuk woiiii !

image

Inilah dia coklat yang menjadi kegilaan ramai ! Tapi dia low profile jer. Mungkin takut kehabisan stok di pasaran ???

Dan lihatlah coklatnya ! Fuhhh… memang terbaiklah !

image

image

Lihatlah kesannya..

image

Harga , jauh lebih murah dari Nutella. Dan boleh didapati di kedai kedai yang ada jual roti Gardenia.. Dan ada dua perasa. Satu lagi Milky Chocolate. Tak rasa lagi yang tu.. Heeee…

Terasa lega dapat berbakti sebagai BLOGGER !

 

Tak sangka.. dengan jawatan kecil tak berpangkat dan berSocso mahupun ada EPF ni , aku dan rakan rakan dapat memberikan sumbangan pada masyarakat dan negara.

Bermula dengan Aman Palestin , kemudian dengan Lembaga Zakat Selangor disusuli dengan Agensi Anti Dadah Kebangsaan ! Walaupun peranan amatlah kecil namun aku dan rakan rakan membuktikan kami bukanlah sekadar blogger bercerita kosong di depan komputer ! Kami bukanlah keyboard warrior ! Bukan juga tin kosong !

image

image

image

Yang aku tak sangka, jodoh aku dengan AADK. Aku pernah menerima tawaran sebagai Penolong Pegawai AADK satu tika dulu tapi terpaksa menolak atas faktor faktor tertentu. Walaupun tidak dapat berkhidmat bersama mereka , namun aku ada ‘bau bau bacang’ dengan mereka juga akhirnya.. hehehee.. Alhamdulillah. Sapa sangka kan ?

InshaAllah.. selepas ni , ada satu lagi jabatan kerajaan berminat nak bekerjasama dengan kami , #KBBA9.

Kerana kotorkan kereta , anak kena marah !

 

Kereta baru. Berpeluh juga sebenarnya. Walaupun bukan hak milik aku , tapi aku bertanggungjawab sepenuh ke atasnya. Aku tak nak nasibnya seperti kereta satu lagi.. hurm…

Dua kereta. Terpaksa ! Giler apa nak berhutang di zaman ekonomi berat sebelah ni ! Dan kereta baru ni , terpaksa jaga kebersihannya sebab pelan jangka panjangnya , nak jual semula ! Maka , kena jaga laa..

Dilarang makan dan minum di dalam kereta ! Qhaliff dan Zahra sedia maklum. Memang diorang tak berani nak makan kecuali aku izinkan ! Huhuhu.. kesian gak tapi apa nak buat.. kereta ni bukan aku punya ! Tapi pemilik kereta pon tak dibenarkan makan ! Hahahaha..

Ketika ke Kuantan ari tu.. perjalanan jauh. Nak tak nak , kena makan dalam kereta. Kereta satu lagi tu , kena masuk service centre. Ada kena repair skit dan makan beribu ringgit punya kos ! Huhu.. apa nak buat. Keselamatan keluarga adalah lebih penting.

Abis kereta kotor. Aku mula pening dah ! Kalau kotor , kereta berbau. Bila berbau , lipas dan semut mula mai laaa ! Abis la kereta baru ! Adehh..

Maka amuklah aku ! Bukan sebab sayangkan kereta tapi aku kena jaga harta orang ni ! Harta bini wooo.. Walaupun bini sendiri yang kotorkan.. dia sendiri kena marah ! Kalau aku yang kasi kotor.. Er , Qhaliff marah aku !

Yer… memang tak patut la kan ? Kereta je kot ???? Hurmm.. antar kedai kasi cuci dah la kan ?

image

Entah la.. aku bukan jenis sayang harta tapi kesian kan wife.. Apa apa jadi pada aku , dia kena tanggung semua. Maka aku kena pastikan segalanya dalam keadaan baik. Andai aku tiada nanti , segalanya mudah untuk dia. Kot la nak jual kereta tu.. harga pon cantik sebab kereta dalam keadaan cun.. kan ?

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI