Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 23 Februari 2017

Bila susu ibu abis stok !

 

Tak banyak stok kali ni. Wife tak sempat nak buat stok banyak banyak sebab ketidaktentuan masa dan juga kesibukan di pejabat namun dia berusaha juga mendapatkan stok untuk setiap hari.

Sehari , Aariz akan abiskan 5 botol susu di sebelah siang. Malam , dia menyusu direct jer. Masa aku jaga je dia menyusu menerusi botol.

image

Dan seperti yang djangka , akhirnya stok abis pada hari ni ! Wife pesan , kalau stok abis.. dia suruh aku gi amik kat pejabat atau dia akan hantar ke rumah..

Tengok jam.. kul 3 petang. Qhaliff abis kelas jam 4 petang. Ok la.. aku leh amik dia sekali ! Terus siapkan budak budak. Risau Aariz menjerit dalam kereta nanti. Huhuh.. Harapnya tidak la… Bukan apa.. kalau Aariz menjerit , fuhh… aku tak keruan. Budak nangis leh sampai tahap kena sawan wooo.. orang kata laaaa !

Maka bergegas la aku dari Sepang ke Putrajaya semata mata untuk bagi Aariz susu ibu ! Bagus tak aku ? Hahahaha. Dan berjaya jugak Aariz buat aku kelam kabut ! Huhhh..

Jangan tunggu sakit wooo !

 

Ok.. malam ni nak layan HIJAU jer ! Siang tadi , ke Jaya Grocers di KLIA2. Kat sana banyak sayur organik selain di Cyberjaya. Lupa pulak aku nama mall tu.. heee.. Seminggu sekali layan GREEN ! Nak cuci usus la katakan.. hahaha..

Kos pembelian.. RM100++ ! Adehh ,bankrupt gini tapi mengenangkan usus , limpa , buah pinggang serta hati yang nilainya jauh lebih mahal.. ku telan jua !

image

Lepas gym tadi.. aku buat jus ni ! Dan.. gulp ! Adehhh.. terlalu banyak campuran tapi epal hijau tak banyak. Kalau epal hijau tu buh banyak . mmg aku leh harung sekali gus !

Wife yang dalam bilik pun leh terbau sayur tu ! Tak mau dia telan ! Terpaksa letak buah delima dan sebijik lagi epal hijau.. Baru la leh telan skit !

Bukan senang nak jaga kesihatan. Hahahah.. Last last , order Shaklee je la.. Tapi jus hijau ni aku minum gak ! Sebulan sekali je la.. hehehe..

image

Oh , aku order Shaklee ni kat Cikgu Nizam yang juga blogger #KBBA9. Aku beli kat dia jer.. Senang citer !

Kalau nak tau lebih lanjut pasal produk ni , leh whatsapp Cikgu Nizam di 013 976 1627 ! Tanya la puas puas yer. Dah tua tua ni , kena la jaga kesihatan. Dan yang muda tu , jangan amik remeh pasal kesihatan lak eh..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI