Selasa, 28 Februari 2017

Impian ke New Zealand menjadi kenyataan !

 

Bila tengok gambar kawan kawan yang post gambar melompat lompat di sana , terasa hati nak sangat menjejakkan kaki di sana.. sekali je pun ok dah ! huhuhuh.. Camana eh nak gi sana ? Kumpul duit atau… hurmm.. Impian tu aku pendamkan sehinggalah tahun ni , aku timbul keyakinan ! Keyakinan tu membuatkan aku berusaha jadikannya kenyataan !

Dan hari ni aku terima berita gembira ! Alhamdulillah.. projek yang aku usahakan dalam tempoh seminggu , dapat kelulusan ‘semua pihak’ ! Huhuhuh.. Menariknya.. bukan aku pergi seorang diri ! Aku bawa 3 orang rakan blogger dari team #KBBA9 ! Aku dicadangkan oleh pihak travel yang berada di sana , pergi di musim bunga yakni bulan September nanti ! Maka ada 6 bulan untuk kumpul duit (jika nak shopping) ! Huhhuuh..

Apakah aku akan nampak semua ni nanti ???

image

image image

image

Aku harap.. aku panjang umur untuk berpeluang menikmati ciptaan Allah ni. Terima kasih pada ‘mereka’ yang terlibat. Nanti aku bagitau sapa eh.. hehehe..

Budak-budak nakal kembali !

 

Terkejut aku ! Dah berpisah bertahun tahun lamanya. Masing masing bawa diri. Aku , pindah ke Putrajaya. Dan yang lain.. ada pindah gym dan bekerja. Yelah , aku kat gym ni dari usia 22 tahun kot ! Sekarang dah 41 ! Bayangkan laaa.. ni la muka muka yang sama sama berworkout. Nasib baik badan masing masing sama macam dulu ! Hahahaa..

Tak ramai turun lagi ni. Kena buat gathering besi pasni !

image

image

image

Dan gambar bawah ni , gambar di tahun 2007 gitu..

image

Dan gambar feveret yang suka dicuri para penguna akaun palsu media sosial ! Huhhh..

image

Dan sekarang ..

image

Amacam ? Usia 20an dan 40an.. ternyata makin berusia , makin kacak , kannnn ! Hahahahaa..

Lokasi gym : Bionic Gym , Cheras.

Punca aku makin kurang update blog !

 

Asal aku pegang.. dia pun nak ! Nak sekejap jer.. Nak tekan A , katanya. Bila dah bagi , abis satu laptop ni dia ubah. Aku nak ubah semula  ke asal pun dah tak camana ! Adehhh..

Jadikan Zahra blogger ? Eh , tak pe laaaa… Nanti banyak rahsia aku lak dia cerita dalam blog. Haaahha.. mana boleh wehhh. rahsiaa tuuu !

Tapi aku nampak dia lebih berpotensi dari Qhaliff. Dia punya gaya dan sangat misteri orangnya. Aku tak boleh nak baca perangai dia lagi. Dia baru 3 tahun dan 3 tahun dia berbeza dengan 3 tahun Qhaliff.

image

Kejadian di dalam gambar berlaku ketika jam 2 pagi. Pada waktu waktu gini laaa ku update blog dan sekarang , dia turut sama menyelit.

Dia bukan nak sangat main ngan laptop tapi dia nak aku tutup laptop dan tidur sekali dengan dia. Tu cara dia nak tarik perhatian aku. Yer , dia sangat sukakan perhatian. Hurmm… Tapi dari aku jer !

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI