Jumaat, 3 Mac 2017

Bila Qhaliff nak pergi rombongan..

Apa???? Rombongan??? Huhhhhh.. Kasi ke tak yah??? Wife tanya aku. Aku tanya dia. Masing masing seriau nak buat keputusan. Maklumlah, Qhaliff tak pernah berpisah dengan kitorang walaupun tuk nenek dia mintak utk sehari sekali pun!

"Qhaliff nak gi rombongan tak?" Tanya aku. Dia jawab tak nak. Eleh, mcm la dia paham apa itu rombongan!! Bapak dia masuk sekolah menengah baru paham!! Hahahaha.. Maklumlah, aku tak berminat nak join. Lepak umah lagi best.. Ketika tu laaa peminkiran aku.

Tapi hakikatnya rombongan ni bagus. Banyak faedahnya berbanding duduk di rumah dan layan gadget! Pastinya menjadi kenangan bila mereka dah besar nanti..kan kan?

"Gi laa.. Duk umah nanti asyik nak main game jer.. Biar berdunia skit.. ". Jawapan aku. Wife mcm tak percaya sebab akulah yg paling susah nak lepas 'pakcik' tu.. Huhu..


Jangan pandang ringan!

Kalau dah tau si kecil tu boleh gulingkan badan.. kaki dia dah kuat dan juga tangan yang asyik mcm nak mendayung, jangan sesekali tinggalkan dia keseorangan atas katil atau tilam yang tinggi tanpa ada penghalang!!

Aariz sendiri.. Walaupun letak bantal, dah berapa kali dia tendang kasi jatuh sebelum dia join sama jatuh! Nasib baik la ada tilam dah diletakkan di bawah.. Maka jatuh atas tilam.. Sengih!

Jangan pandang ringan wooo.. Kalau tak kena gaya dia jatuh, hurmmm.. Tak tau laaaa nak kata camana!  Bahayaaa sgt!

Bayi yang dah berusia 4 bulan ke atas.. Maka kita kena lebih berhati hati.. Nanti dah pandai mengutip, siap laaaa.. Huhu..


Hotel Perdana Kota Bharu anjur Perdana Street Food Returns 2017

Menarik ni!! Cuti sekolah tak lama lagi. Dan Hotel Perdana Kota Bharu anjur lak Street Food Returns yg mana mengumpulkan makanan makanan terbaik di Kelantan, setempat je!! Rugii wehhh kalau tak turun ni..

Bermula dari 1hb Mac hingga 31hb Mac 2017 pesta makan makan ni. Harga seorang.. Aku tak pasti tp yang pasti, memang berbaloi utk mereka kaki makan!

Apa lagii.. Mari ajak kawan kawan redah Kelantan cuti sekolah ni.. Makan sampai pengsan.. Tidur terus kt hotel yg memang tip top ni! Huhu..

Abis la diet aku balik kali ni.. Hee..

Gambar - FB Hotel Perdana Kota Bharu.

Melaram dengan Baju Raya Omar Ali






Wife beli ketika awal daftar Qhaliff masuk taska. Dua pasang dia beli di Omar Ali yg ketika tu sedang ada sale. Sepasang katanya dpt bawah RM100. Ok la kan? Mamat ni lak skg dah pandai melaram.

Baju melayu ni cantik.. Kalau mereka yg bekerja kt luar, boleh la ada byk pasang. Cam aku ni, beli banyak banyak memang merugikan laaaaa.. Semua masuk dalam almari.

Oh ya.. Omar Ali.. Memang class la buatan dia. Dari dulu teringin nak pakai tapi tak mampu. Si anak ni rezeki dia laa.. Kebetulan ada jualan murah. Dapat laa merasa pakai.

Hurmm.. Tahun ni? Raya nak pakai baju apa?? Rasanyaaaa..?? Tak tukar kot. Jimattt wehh..


Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI