Ahad, 5 Mac 2017

Aariz dah mula makan...

Fuhhhh.. Tak payah ajar! Beria dia tarik tangan kita. Bersungguh la nak makan..huhu..macam abang kakak dia dulu laaa. Tapi skang susah dah nak makan. Adehhh..

Untuk permulaan ni, mak dia kasi makan carrot. Dia blend sampai hancur.. Hahahaa.. Pastu suap. Dia punya berselera macam dapat chicken chop gitu. Siap kena tambah.. Huhu..

Patut la seminggu lepas susu tak pernah cukup untuk dia.. Dah kena makan! Susu je tak cukup. Ditambah dgn size badan dia yang aku rasa akan jadi besar dan tinggi.. Maka kena makan banyak la kot?? Heeee..

Esok, nak kena bawa lebih makanan ke rumah mak aku. Anak buah yang lahir sehari lebih awal pon dah mula makan.. Boleh la makan sama sama.. Esok ada meeting ngan artis.. Aummm. Nak jd blogger hiburan lak la pasni..

Baca entri Tanda-tanda Aariz dah bersedia untuk makan !

KONICHIWA CAFE , gabung makanan Jepun ,barat dan tempatan !

Tercapai hajat aku nak makan makanan Jepun dengan sepuas hati tanpa ada rasa was-was gitu ! Aku tak nak persoalkan status makanan Jepun yang lain di luar sana tapi yang pasti , Konichiwa Cafe yang aku pergi semalam bersama rakan rakan blogger yang lain , sangat memuaskan hati aku. Maaf yer , bukan sebab aku dibayar atau makan free… maka aku tulis semua manis manis belaka tetapi sebab ianya adalah benar belaka !

Restoran makanan  yang mengabungkan 3 eleman masakan ini dimiliki sepenuhnya orang Melayu dan pastinya Islam ! Malah chef yang mengetuai bahagian dapur juga berpengalaman dalam bidang masakan Jepun lebih 30  tahun lamanya ! Nak kata apa lagi ??? Huhuh.. senyum je la kan ?

Terletak di Bangi dan ianya amat mudah ditemui di dalam Waze andai nak ke sini.. taip je Konichiwa Cafeconfirm jumpa punya !

image_thumb[3]

Dari rumah aku , Sepang nak ke sini amik masa dalam setengah jam jer. Tak jauh mana pon. Sejujurnya , aku memang teringin nak makan di sini selepas mendapat jemputan melalui rakan blogger. Aku memang penggemar makanan Jepun dan juga Korea tapi nak jumpa yang boleh dimakan tanpa was-was tu , memang payah la skit.. Huhuh..

Ketika sampai di lokasi , aku tak sangka sama sekali amat mudah nak dapat parking. Mungkin sebab masa aku pergi , bukan waktu sibuk tapi menurut rakan , sini memang senang nak dapat parking. Ok la tu , kan ?

image_thumb[6]

Hiasan dalaman cafe ni pun santai bagi aku. Takda la nak semak semak bagai aih.. Menurut pemilik Konichiwa Cafe ni , memang dia nak nampak begitu sebab konsep mereka ialah moden.

Hurmm.. Ok , aku tak nak bebel lelebih.. terus ke makanan yang disaji di sini. Aku tak nak syorkan kat korang apa yang sedap dan apa yang tidak sebab bagi aku , tekak masing masing.. Heeeheh.. korang boleh tanya sendiri pelayan di sini , apakah makanan yang disyorkan mereka. Sebab apa ??? Semuanya menyelerakan !

“Ala Ben , syorkan laaa satu dua ! “. Mesti korang nak tanya gitu kan ? Heheheh… ok ok ! Aku syor apa yang menyelerakan aku di sana yer.

Yang pertama.. Aku tak ingat apa tah nama dia  tapi ada la bunyi roll di belakangnya ! Hahahaha. Serius.. aku memang jenis tak hafal nama makanan kecuali melibatkan nama awek cun ! Haaa.. confirm hafal termasuk no telefonnya. Hahahaha..

Serius sedap ! Aku siap tapau untuk wife lagi ! Hehehehe..ingat dah nama dia !

image_thumb[9]

image_thumb[29]

image_thumb[13]

Yang kedua.. sushi ! Wasabenya agak tidak pedas tapi andai korang kaki suka berasap hidung punya , korang leh request rasanya.. Huhuhhu.. Yang take away punya sushi , memang automatik dapat wasabe berasap hidung ! Hahahahaha…

image_thumb[34]

Yang ketiga.. Teppanyaki !

image_thumb[33]

image_thumb[32]

Sedap wehhh ! Harganya ?? Jangan risau aihhh… Korang mampu bayar sebab takda GST lagi… hehehe..

image_thumb[31]

Mintak maaf la yer aku menyebabkan korang meleleh air liur.. hehehe.. Tu sebab aku tak nak letak gambar makanan banyak banyak.. Kalau nak tengok lagi gambar makanan yang ada di Konichiwa Cafe ni , korang leh ke Instagram aku atau ke Instagram mereka yakni @konichiwacafe.

Status HALAL ? Mereka baru je beroperasi dan sijil HALAL dari Jakim baru je dipohon dan sedang dalam proses kelulusan. Tapi bak kata pemilik cafe ni , semua bahan makanan yang diimport adalah yang ada sijil HALAL.

image_thumb[40]

Waktu operasi  Konichiwa Cafe ?

Isnin cuti.

Selasa – Khamis : 12 tengahari hingga 10 malam

Jumaat :  2 petang – 11 malam

Sabtu  - Ahad : 12 tengahari – 11 malam.

image_thumb[37]

Bersama Chef Ahmad Jefri. Dia suruh datang lagi… dan pasti akan kembali bersama wife dan anak anak ! Heehehe..

Biarkan.. diorang takda anak lagi tu !

 

Tertonton video yang diviralkan di Twitter ! Kemudian baca komen komen.. Amboi , sedap tul bahasa diorang ! Betul , sapa sapa kalau ditempat tu memang panas hati punya.. Aku pernah rasa gak dulu. Ketika zaman bas mini. Ada sorang budak lelaki bermain air liur pastu sibuk nak calit ke muka aku ! Dia duduk depan aku bersama mak dia. Kawan aku masa tu nak je sekeh kepala dia tapi aku halang. Biarkan je. Elak selagi mampu. Dan akhirnya mak dia perasan. Lega aku dibuatnya.

Aku bukanlah nak kata aku baik sangat tapi bayangkan ketika tu , kita bagitau mak dia dalam kita berkeadaan yang marah  disebabkan perangai anak dia yang belum berakal tu lagi ! Bayangkan jika mak dia terus tampar muka anak dia ! Atau direntap tangannya yang mungkin mencederakan si anak kecil tu ! Emosi orang ketika tu , kita tak tau.. Selagi boleh bersabar , bersabarlah.. kan ?

Aku ada 3 orang anak. Tak dinafikan perangai anak anak aku kekadang mengeramkan aku ! Diorang bukan nakal tapi aktif ! Sementara nak berakal , kena sabar la skit kan ? Kita yang aku rasakan .. sememangnya ramai berpindidikan tinggi , takkan tak mampu sabar dengan perangai anak kecil gini ? Rileks laaa..

Kadang kadang aku rasa.. zaman ni dah terlalu PRIVACY dan HAK AKU , JANGAN KACAU terutama mereka yang rasa cukup bijak dan gempak ! Agak agak laa skit ! Jangan sampai segalanya kembali ke muka kita dan masa tu baru teringat yang kita pernah ‘bagi’ kat anak orang !

image

Mereka masih kecil. Apa la sangat mereka tau.. Nanti bila kita dah tua dan nyanyuk.. masa tu.. hurm.. kita mampu menangis dalam hati jer !

Anda blogger ? Meh baca Blogger jer dapat iPhone 7 ? Mana aci !!.

Segmen : Saya Blogger Baru !

 

Wowww… aku nak try buat segmen sehari sekali.. mampu ke tak eh ??? Hehehe. Tujuan aku mudah jer.. nak cari kenalan blogger blogger yang baru. Bukan apa , aku tengok ramai je yang bagus bagus muncul sejak kebelakangan ni tapi andai dapat dibawa ke landasan yang betul , mereka mampu menyinar dan seterusnya mampu jadi blogger yang bagus serta berguna pada masyarakat ! Dan paling penting , menyebarkan info info berguna pada rakan pembaca serta peminat dunia blog.. kan kan ?

Ok.. cara nak join segmen ni , mudah jer.. tak pernah berubah cara dari dulu pun.. sama jer.. Sangat mudah ! Berminat ? Oh , syarat syaratnya ialah blogger tahun 2016 dan 2017 jer ! Haaaa… Lain lain  tahun tu , bukan blogger baru dah.. tu dah kira otai dah wooo ! Segan abang nak berkenalan.. huhuh..

Syarat syarat nak join :

  1. Sila buat satu entri khas yang bertajuk ‘ BEN ASHAARI NAK BERKENALAN DENGAN BLOGGER BARU SAJA ! “.
  2. Letak gambar ni.. dan letak caption di bawah gambar ‘BEN ASHAARI NAK BERKENALAN DENGAN BLOGGER BARU SAJA !’ dan backlinkkan ke entri ini.
  3. image
  4. Sila bercerita ..hehehe..
    • Kenapa anda jadi blogger ?
    • Apa impian anda sebagai blogger ?
    • Blogger yang anda minati ?
    • Pesanan buat blogger blogger senior ! Haaa.. ni gempak ni ! Hahaha..
  5. Ok.. siap ? Sila post link entri anda di ruangan komen ni… Yang tak post , anda kerugian ! Huhuhu..
  6. Tutup penyertaan , jam 12 tengah malam ini.. 5/3/2017

Cepat cepat.. !

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI