Dapur Tanpa Sempadan...

Isnin, 6 Mac 2017

Cermin mata atau laptop ?

 

image

Aku ada dua cemin mata.. Satu Tag Huer. Dah patah aku terpijak ari tu. Katanya ada waranty seumur hidup tapi tak pasti la termasuk sekali part terpijak ni ? Hahahaha.. Kira halal je laa tu eh ?

Dan satu lagi.. Oakley ni.. Dalam gambar di atas. Aku sering guna gi gym dan jogging. Peluh telah mengakibatkan berlakunya karat pada bahagian tangkai. Ada getah yang dah rosak. Tak comey dahh.. Huhuh..

Tapi tu bukan penyebab aku nak guna cermin mata baru.. aku nak tukar sebab mata semakin kabur ! Aku ngadap handphone lama sangat kot ? Hurmm…

Guna je contact lens ? Aummm.. aku kalau guna , aku pakai warna purple gitu.. cerah cerah warnanya. Pasti Neelofa akan tergoda bila melihat anak mata ku nanti.. Aumm…

Huh.. mana boleh guna contact lens.. Masalah ‘power’ yang tinggi. Tak leh guna .. kalau nak guna gak , mahal woiiii ! Tak mampu gue ! Tu baru harganya.. belum ditambah dengan GST ! Haaa… pokai aku dibuatnya.

Dan aku juga perlukan laptop yang baru. Huhuh.. Laptop ni dah patah patah dan baterinya pon tak tahan lama. Kalau nak bawak gi travel , aku risau pegawai pemeriksa airport akan ketawa guling guling tengok laptop aku yang serupa macam dinasour ! Mana ada orang guna laptop besar di zaman GST ni ??? Huhuhuh..

Esok nak gi Low Yatt.. Ingat tadi nak gi ari ni tapi duit tabung cukup cukup untuk bayar duit Uber. Kang nak g jual tin dan plastik terpakai. Mana tau cukup untuk laptop nipis tu.. touchscreen lagi ! Haaa kauuuu ! Alang alang membeli , biar berhutang .. kan ? Baru padan muka aku !

Ke ada yang nak sponsor ??? Heee.. gurau jer.. Gurau la sangat yer..  Hurm.. mana satu yang penting eh ?

image

Pening pikir weh !

Blog tidak lagi relevan ? Masa untuk aku undur diri !

 

“ Boleh ke laris kalau promote melalui blog ? Orang sekarang tak main blog blog ni. Semua dah ke Facebook dan Instagram. Blog dah ketinggalan dah.. “. Kata seorang founder produk yang baru siap produknya minggu lepas dan memerlukan marketing dalam media sosial tetapi mengatakan blog tidak lagi memberi kesan dalam jangka pendek !

Yer.. jangka pendek ! Kebanyakkan dari mereka ini nak laris dengan segera. Tak kisah untuk jangka panjang kot ? Keluar ari ni.. promote dan tadaaaa.. abisss ! Semua nak jadi jutawan seperti pemilik pemilik produk terkenal di negara kita ni.. hehehe.. kan kan ? Bukan semua tapi segelintir je gitu.

Betul.. aku tak salahkan mereka. Mungkin mereka kurang info mengenai dunia media sosial ni. Dulu sebelum ada Facebook dan Instagram , kita ada Youtube. Medan pengiklanan di Youtube memang gempak. Tapi waktu tu blog ada dah.. Masih hidup hingga ke zaman GST ni ? Kan ??? Relevan lagi sehingga hari ini.. kan kan ?

Ok.. tadi aku ada buat segmen.. nak tau pendapat blogger sendiri mengenai isu ni.. Jom tengok apa kata mereka..

Blogger yang juga Pegawai Polis di Bukit Aman , UmmiNani memberikan komen begini…

So, pendapat Ummi, blogging takkan pupus dari internet. Semakin hari akan semain berkembang. Makin ramai pengguna internet , maka akan lebih ramai yang menggunakan blog sebagai sumber carian info. Dalam era kini juga, ramai yang berniaga, jadi kepakaran dan kebolehan berkongsi cerita di blog boleh menjadi salah satu tools kepada marketing sesebuah syarikat. “.

Dan banyak lagi pendapatnya mengenai media sosial di entrinya , BEN ASHAARI NAK KOREK RAHSIA MEDIA SOSIAL AKU !. Sila baca sendiri yer.. heee..

image

Pendapat kedua datangnya dari blogger dari Brunei , Nurfaezahabdullah. Waaah, dari negara jiran. Terima kasih kerana sudi beri pendapat. Cantik manis orangnya.. Kalau kat KL ni , sah dah jadi team #KBBA9. Hhahahaaa..

Apa pendapatnya lak ??? Tu korang kena gi baca sendiri la.. Sambil baca , dapat berkenalan kan ? Kawan baru tuu.. mana tau nak gi melancong kat sana nanti.. kan kan ?  Link mana ?? Lor.. ni haa , BEN ASHAARI NAK KOREK RAHSIA MEDIA SOSIAL AKU !

Youtube mengerunkan para ibu bapa ! Pentingnya pendidikan seks di awal persekolahan.

 

Fuh…terkedu kejap bila tengok anak dok belek video kartun kartun yang ‘dirosakkan’ dengan sengaja yang aku kira sememangnya dilakukan oleh pihak pihak tertentu untuk ‘membasuh’ fikiran anak anak kecil kita.. tak kira bangsa dan agama !

Baru-baru ni ada seorang rakan blogger mengadu dan bertanya bagaimana nak block channel channel mengarut dan semakin bersepah di Youtube. Dan memang ada cara malah aplikasi khas namun itu tidak menyekat keseluruhan kerana ada berjuta juta video di Youtube dan kandungannya tidak bagus untuk kesihatan mental anak kita..

image

Jangan bagi anak anak kita tengok handphone ? Betul.. tu memang jalan terbaik tetapi mampukah kita kawal bila mereka bersama kawan kawan mereka bila dah bersekolah nanti ???

Betul.. didikan bermula dari rumah. Alhamdulillah.. Tapi bagi parents yang terlalai lak camana ? Kesian kat anak tu kan ? Dengan hasutan kawan kawan sebaya , anak mereka dalam keadaan yang sangat merbahaya ! Hurmm.

Pendidikan seks di sekolah boleh membantu ? Jap.. ada ke pendidikan seks di sekolah kita ni ? Baru baru ni aku tonton satu dokumentari di tv.. Di Eropah , pendidikan seks di ajar di sekolah sekolah. Dan hasilnya , statistik anak dibuang depan rumah orang amat rendah ! Ke takda ? Tak ingat lak aku tapi yang pastinya , kes kes buang bayi ni , memang sangat rendah.. Itu cara mereka di sana. Kita di sini , boleh menambah baik lagi subjek tu. Ada banyak kebaikan seperti dapat elakkan mereka ditipu oleh orang dewasa.. paham kan maksud aku ?

image

Peranan kita sebagai ibu bapa sangatlah penting. Jangan lepas tangan pada guru guru atau pengasuh mereka sebaliknya kitalah jadi pendinding atau perisai utama untuk anak anak kita.. Jangan asyik bagi alasan ,nak cari duit ni pun untuk mereka juga ! Apa guna kita beri emas sedangkan mereka cuma perlukan kasih sayang dan perhatian dari kita ? Kan ?

Qhaliff makin banyak berubah sejak ke Tadika Arina , Putrajaya !

 

Alhamdulillah.. sangat matang dah sekarang. Suruh je buat apa saja , dia akan buat dengan kadar yang segera.. melainkan bila tengah main ! Tapi ok je bagi aku. Dia tetap buat..

Semalam dia buat kerjarumah. Sebelum tu , dia dok asyik tengok tv. Aku suruh dia buat kerja rumah.. terus dia gi amik dan buat. Tv ditutup. Dia takda lak nak melatah ke apa.. ok jer.. Dan dia buat..

Dah boleh mengeja , kenal angka , mengaji dan berbahasa cina.. bahasa cina tu baru skit skit jer.. tapi ok la ! Baru 3 bulan kot ?? Kann..

image

Pagi tadi aku kejut dia bangun tidur.. Aku dukung terus ke bilik air.. hehehe..

“ Daddy.. nak pergi mana ? “. Tanya dia . Mata masih tertutup.

“ Gi sekolah la sayang.. mana lagi ? “. Jawab aku sambil usap badan dia dan berdoa agar dia tak meraung ! Mana tau tak cukup tidur lagi kan ? Hahahha

Dia diam jer.. Sampai bilik air, aku turunkan dia.. Dia buka baju dan seluar. Masuk dalam bilik air dan terus mandi. Aku bagi berus gigi yang dah diletakkan dengan ubat gigi.. dia gosok. Takda merengek pon.

Aku hantar dia gi tadika dia hari ni. Dalam kereta menyanyi nyanyi. Ceria sokmoooo.. Sampai depan tadika , aku iring dia sampai depan pintu. Beg dia nak tarik sendiri. Buka kasut dan masuk.

Takda drama.. 2 minggu pertama dulu jer.. pastu dia ok dah sangat. Masalah dia sekarang satu jer.. hahaha.. Mewarna ! Bakat mewarna tu belum nampak. Tak pe la.. Janji kenal warna , dah la kan.. buat masa sekarang..

Apa pun , guru guru di Tadika Arina dah lakukan yang terbaik buat Qhaliff.. Terima kasih yer !

Movie patut download : The Sing & Hacksaw Ridge

 

Baru berpeluang tonton ke dua-dua filem ni dan kedua-duanya memang best sangat laaa ! Cuma The Sing ni , movie animasi yang guna karektor dari filem Zootopia cuma watak memasing berbeza la.. ada yang sama tapi bukan watak utama.. hehehe.. Kalau anak korang pernah layan Zootopia , diorang mesti suka filem ni.. Zahra suka sangat sebab muzikal ! Hehehe. tapi lagu lagu dia semua best !

image

Kagum dengan cerita ni walaupun nak nampak bosan tapi disebabkan jalan ceritanya menarik dan punya moral yang memberikan semangat untuk berjaya , aku rasa filem ni memang patut ditonton… seisi keluarga !

Watak watak dia pun comel.. heeheh..

image

Ok.. satu lagi filem.. Hacksaw Ridge ! Lama dah aku nampak tapi lom terbuka hati nak tonton sebab dia dalam kategori drama yang mana bagi aku , perlu ditonton dalam keadaan yang tidak terganggu oleh mana mana pihak.. terutamanya anak kecil ! Hehehhe..

Tapi cam aku ok la.. guna smart tv , ‘tembak’ ke tv pastu handphone pasang earphone.. memang macam layan kat panggun wayang Alamanda lagaknya.. hehe.. takda popcorn jer..

Filem ni best.. mengisahkan seorang anggota tentera enggan menggunakan senjata api di medan peperangan malah enggan membunuh musuh ! Haaa.. camana tu ? Abis tu apa dia buat di zon peperangan ??? Perghh.. apa yang dia buat itulah sejarah buat negara mereka !

image

image

Cerita ni memang memberi impak positif pada kita dan juga mengambarkan betapa peperangan menghancurkan kita semua dan sebaiknya, elakkan la dari berlaku peperangan.. huhuhu.. suka sangat la diorang berperang ! Huhh..

Ok.. nanti aku tengok lagi cerita cerita menarik untuk dikongsi bersama eh.. hehee..

Segmen : Blogger dan media sosialnya !

 

Bila sebut blogger , mesti ada yang pandang sebelah mata ! Keyboard warriorlah.. sembang kencanglah.. kaki penyebar fitnahlah.. Fuh , macam macam la gelaran untuk blogger ni .. kan ? Diorang suruh kita ni sabar je la dengan semua tanggapan tu. Yelah , apa lagi yang boleh kita nak buat selain bersabar kan ? Takkan nak mengamuk membakar sampah sarap di belakang rumah tanda protes , ye dak ? Hahahaha..

Ok ok .. Pagi ni , aku nak buat segmen kedua. Kali ni nak buat terbuka. Memandangkan ada yang mintak aku buat secara terbuka tanpa ada prejudis.. senior atau junior gitu !

Kali ni aku nak tanya soalan.. korang jawab. Soalan berkaitan dengan media sosial yang semakin panas ! OKeh ? Ready ? Ingat.. setiap segmen ada tarikh luput ! Sapa hantar selepas itu , aku tak layan dah yer.. kena tunggu segmen lain lak.. wokeh ? Jangan sentap..jangan marah !

Jom… kita mulakan..

Syarat syarat nak join :

  1. Sila buat satu entri khas yang bertajuk ‘ BEN ASHAARI NAK KOREK RAHSIA MEDIA SOSIAL AKU  ! “.
  2. Letak gambar ni.. dan letak caption di bawah gambar BEN ASHAARI NAK KOREK RAHSIA MEDIA SOSIAL AKU  ! dan backlinkkan ke entri ini.
  3. image_thumb2
  4. Sila jawab soalan berikut dengan panjang lebar.
    • Kenapa anda jadi blogger ?
    • Dikatakan sekarang blog tidak lagi relevan dan akan pupus dari internet . Apa pendapat korang ?
    • Antara blog , Facebook dan Instagram , mana satu medan pengiklanan yang lebih berkesan bagi korang dan kenapa ?
    • Blogger sering dikaitkan dengan ‘perwira papan kunci’. Bagaimana nak menafikan dakwaan ini ? Apakah yang perlu blogger buat ?
    • Apakah Facebook dan Instagram anda. Sila letakkan link. Kengkawan nak follow..
  5. Ok.. siap ? Sila post link entri anda di ruangan komen ni… Yang tak post , anda kerugian ! Huhuhu..
  6. Tutup penyertaan , jam 12 tengah malam ini.. 6/3/2017

Cepat cepat.. !

Berkenalan dengan blogger baru..

 

Lama aku ‘berehat’ dari segmen.. kan ? Dan aku kembali dengan idea lama , cara lama dan mungkin akan ada pembaharuan andai aku ada masa.. Segmen bukanlah untuk mengumpul ‘penyokong’ atau ‘menaikkan trafik’ tetapi adalah untuk menambah lagi sahabat sahabat baru..

Alhamdulillah.. segmen segmen aku bertahun yang dulu berjaya menyatukan ramai blogger malah ada yang sehingga kini berada di sisi aku membentuk satu komunti hebat sehinggakan company company besar mengenali mereka dan memberi mereka job job yang berbaloi ! Sapa sangka kan ? Kalau tak , memang jangan mimpi laaa.. kena tunggu jadi blogger popular , terkenal berlevel selebriti baru laa dapat merasa job job gempak !

Ok.. segmen pembukaan aku.. aku memang tak nak ramai join pon ! Hehehe.. sebab tu aku buka untuk 2 jam jer.. Dan alhamdulillah , ada yang berminat dan mereka yang berminat , bukan calang calang blogger ! Terharu aku.

Jom kita tengok sapa mereka… Blogger pertama , ialah seorang guru.. Syed Abdul Hakim.

image

Haaa.. aku suka part ni.. hahahah ..

Pesanan buat blogger-blogger otai dan senior, supportlah kami blogger yang baru ni. Bukannya nak minta apa sangat pun, kalau tinggal satu dua komen dekat blog pun dah cukup kami teruja. Kalau bukan anda sendiri nak tolong blogger yang baru nak berjinak-jinak ni, who else? Macam mana nak besarkan komuniti blogger ni kalau takda sokongan antara satu sama lain. Tak rugi pun membantu kawan-kawan lain yang turut sama nak berblogging.  “  - Syed Abdul Hakim.

Komen aku ? Hehehehe.. masalahnya bukan blogger senior ni tak nak support tapi blogger blogger baru kena rajin rajin gi ‘perkenalkan’ diri ke blog blog senior ni dan kena buang rasa malu dengan gi komen status status mereka di FB atau Instagram. Lama kelamaan , mereka akan perasan dan akan mula tertanya.. siapakah anda ? Biar lambat tapi berjaya menjalinkan persahabatan.. kan kan ?

Ok.. nak tau selebihnya , gi baca kat blog Syed Abdul Hakim sendiri yer. Blogger kedua lak , Mommy Muhaimin.

image

Part mana aku suka dalam entri dia ?

Tapi saya harap saya dapat jadi macam blogger-blogger lain. Daripada berkawan di alam maya, saya nak berjumpa dengan mereka secara berhadapan. Face to face. Saya nak join gathering bersama-sama mereka. Saya nak join event itu ini, itu ini. Saya nak tangkap-tangkap gambar apa semua.. “ - Mommy Muhaimin.

Komen aku ? InshaAllah.. bila sampai level tu , anda akan berkenalan dengan realiti dunia blogger ni.. Dan ianya WOW ! Sangat WOW dan ada kalanya , di luar jangkaan anda … dan penuh dengan POLITIK POLITIK Blogger yang tak dijangka sama sekali.

Ok.. Jangan lupa lawat kedua dua blog ni yer..  Terima kasih kerana sudi join segmen ni.. Moga aku rajin untuk buat segmen lain.. hee..

Bila anak rosakkan barang..

 

Hurm… pagi tadi , keyboard tablet aku ‘lebur’ ditumbuk aku ! Huuhu.. Sebelum tu , Zahra bersungguh nak main dan aku benarkan. Kalau tak kasi , dia meraung dan raungan dia pasti akan membangunkan Aariz ! Bila Aariz bangun , abis laaaa semuaaa ! Huhuhhu..

Aku kasi.. dan dia abis main. Bila dah abis main , zasss.. dia tutup dan tekan tab tu dengan kedua tangan dia ! Aduhhhh.. terdengar bunyi ‘krakk’ . Terus sentap aku !

Dan hasilnya , pagi tadi.. keyboard tu dah mula problem ! Aku lak nak kena siapkan blogpost job yang aku g kelmain. Adehhh.. stress aku . Dah cuba baiki namun.. hurmm.. akhirnya di luar akal fikiran , maka… hurmm..

image

Lakonan semula babak tersebut. Takda la.. ni la biasanya berlaku bila aku nak mula buat kerja , di atas jam 12 malam .. dan dia masih segar bugar ! Huhhhhhh..

Dan terpaksalah aku buka kembali laptop lama aku yang aku dah simpan sejak tahun 2015 ! Laptop ni ok cuma agak perlahan je la..tapi untuk buat kerja kerja blog.. ok jer malah lebih puas menaip guna laptop yang besar keyboardnya.. hehehe.. Terima kasih pada Zahra ! Dan bila guna laptop ni , idea aku lagi banyak berbanding bila guna tab tu ! Tak puas !!

Awal pagi nanti nak gi Low Yatt.. nak cari laptop baru.. hurmm.. duit lagi !

image

Ini bukan kali pertama barang aku rosak.. Huhuhhu.. Diorang pun bukan sengaja nak rosakkan , kan ? Kita mental kena kuat dan banyakkan bersabar.. Huhuh.. Banyakkan bersabar !

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI