Dapur Tanpa Sempadan...

Sabtu, 11 Mac 2017

Jangan buat majlis orang mcm sendiri punya!




Tu iklan percuma. Hahahaha.. Nak letak gambar berkaitan tajuk takut jadi isu lak. Hehehehe.. Maka gunalah gambar yg boleh mendatangkan hasil lumayan.. Cam gambar di atas tu. Heeee.. Jangan lepaskan peluang dapatkan tiket percuma yer.. Nak try gak la.. Dapat gi Maldives pon best..

Isunya gini.. Kalau jiran kita atau saudara mara kita mahupun kenalan rapat kita buat majlis seperti perkahwinan, harijadi.. Apa apa pun laaa majlisnya, kita jangan suka suka 'tapau' makanan selagi majlis belum selesai!!

Ada kes baru terjadi.. Gi majlis, amik lauk pauk.. Siap dgn cenderahati lalu di masukkkan dgn pantas ke dalam kereta. Pastu gi amik lagi! Amboi... Nak g kenduri kat umah dia lak kot???? Boleh la dia buat perangai gitu. Memang muka selipar kot?

Ada kes.. Kenduri belum bermula, dia dah tapau makanan bawak balik umah! Kat situ tak nak makan.. Ada ke patut?

Jangan buat gitu tauuu.. Bikin malu kompeni jer!

HP Envy yang mendukacitakan ! Zenbook 3 ok ?

 

Baru je beli semalam kat Low Yatt. Harga RM3200 ,hutang ! Antara Lenovo , Asus dan Acer… aku terpikat dengan HP kerana ada nilai sentimental pada aku.. Hewlett Packett adalah komputer pertama yang dibeli oleh arwah ayah aku dan aku abiskan masa di depan komputer , 24 jam ! Huhuhuh.. Aku sendiri yang pilih komputer tu dan arwah membelinya dengan duit simpanan ! Agak terkilan sebenarnya aku tapi dia beli sebab anak anak dia belajar jurusan komputer ketika tu.. Kuat la alasan kan ?

image

Nampak gah dan cantik. Ringan jer.. Mengingatkan aku pada Toshiba Ultrabook aku yang hilang tu.. huhu.. Tapi nampaknya , HP ni gah sebab jenamanya saja.. Kalau dulu aku percaya sebab kualitinya tapi kini.. hurmm…

Aku terlupa nak belek betul betul sebab percayakan penjual tu.. Penjual tu ok je dan aku rasa dia pun tak perasan akan kecacatan di laptop tu.. Kalau tak perati betul betul pon memang takkan nampak sebenarnya.. hehehe..

Windows 10 full version.. tapi bila aku instal aplikasi yang aku nak guna sangat , aku hampa ! Hampaaaa tak leh guna kat situ ! Haihhh.. mula datang dah rasa kecewa beli laptop tu !

Sekarang tengah kuatkan semangat dan berharap aku akan kuat ! Heheheh.. Apa la HP ! Komen negatif banyak  tul kat Page dia ! Hurmm..

Sepatutnya aku amik ZenBook 3 eh ? Tapi komen kat page dia pon leh tahan gak tu.. huhu..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI