Dapur Tanpa Sempadan...

Selasa, 14 Mac 2017

Ketakutan aku pada Aariz..

Setiap kali aku dapat job dan memerlukan aku pergi ke event atau lokasi tertentu , aku akan pandang pada Aariz. Zahra dan Qhaliff , takda isu ! Isunya cuma si kecik ni jer ! Adoiyai.. kena pulak awal pagi eventnya ! Camana laaa gamaknya.

Kalau ada event , aku kena gi antar diorang ke rumah mak aku. Tapi kalau pagi tu , ok lagi laa... dia akan tidur nyenyak terutama jika dimandikan dan dibagi sarapan pagi ! Nyenyakkk la dalam kereta.. Itu kalau pergi.. masa pulangnya ? Allahu Akhbar... sesak nafas aku dibuatnya ! 

Macam tadi.. perjalanan lagi 30 minit nak sampai rumah tapi Aariz dah bantai meraung dan meronta nak keluar dari car seatnya ! Apakah reaksi aku ??? Mereka yang pernah alaminya saja akan tau apa yang akan mereka buat seterusnya.. 

Dan tertonton video yang mana si pemandu perempuan mabuk memandu masuk ke lorang bertentangan.. dan mengakibatkan kematian dan berbijik kereta rosak ! Paham tak maksud aku yang nak aku sampaikan ni ? Bayangkan kalau aku dok leka layan anak menangis.. dan ada pemandu mabuk di awal pagi memandu gitu.. Hurmm..

Lee Chong Wei , tua bukan sebarang tua !


Semasa baca artikal mengenai saranan Morten Frost Hansen pada Chong Wei , aku agak terkejut jugak sebenarnya. Bukan apanya.. negara kita belum ada pelapis yang benar benar bersedia walaupun nampak bersedia walhal.. hurmm.. Yang ada , cuma mampu bermain walaupun berjaya menang beberapa kejohanan namun prestasi seperti yoyo.. jap ok , jap..krik krik ! 

Berbeza dengan Lee Chong Wei , walaupun usia sudah melebihi 30 an tetapi prestasinya kembali menyakinkannya dan juga peminat peminat badminton tanah air ! Dia masih mampu memberi sumbangan ditambah lagi dengan dia masih berminat untuk mengerahkan keringatnya hingga ke titisan akhir ! Apa salahnya berikan saja peluang tu pada dia ! Slot pemain negara untuk setiap kejohanan antarabangsa senantiasa terbuka dan dia bersaing untuk mendapatkan tempat ! Bukan sekadar pacak nama dan masuk ! 



Dia berjaya buktikan ! Dari juara , kemudian 'terjatuh' lalu bangkit kembali dan merangkul pemain no 1 dunia yang mana dia bertahta untuk jangka masa yang cukup lama sebelum dirampas tetapi dia berjaya merampasnya kembali berserta dengan kejuaraan All England untuk kali ke empat ! Sapa boleh buat gitu wehhh ???

Sayang sekali aku terlepas menonton All England kali ni sebab aku tak langgan Astro Sport. Huhuh... Sekadar menanti keputusan dari rakan rakan di Facebook namun itu tak bermakna aku tidak menyokongnya ! Dia antara atlet negara yang senantiasa aku ikuti perkembangan selain Nicole David dan sukan hoki ! Bolasepak ? Hurmm... 


Dengan kemenangan ni , Lee Chong Wei berjaya membuktikan usia bukanlah penghalang untuk terus menikmati kejayaan ! Dan aku pasti ramai insan di luar sana yang sering dikaitkan dengan umur , akan kembali bersemangat ! Maklumlah , mereka yang rasa muda tu.. ingat dah cukup bagus untuk ketepikan 'orang lama' walhal , pengalaman baru setahun jagung , dah beria nak jalan mendabik dada ! Hampeh kan ? 

Tahniah Dato Lee Chong Wei ! Anda layak dah dapat gelaran TAN SRI ! PERWIRA NEGARA yang sering harumkan nama negara di saat nama negara.. hurmm.. malas nak cakap aih ! 

Qhaliff Iman sertai lawatan buat pertama kalinya..

Semalam , buat pertama kalinya aku lepaskan Qhaliff di tangan orang lain. Tak pernah dia , aku benarkan ikut sapa sapa sepanjang aku membesarkan dia.. Heeee. Ngan parents aku pun susah wooo.. Bukan tak percayakan diorang tetapi tak percayakan Qhaliff ! Dia lasak skit dan payah nak diuruskan.. ketika tu ! 

Tapi selepas dia 'bersekolah' ni , aku yakin dengan dia. Dia dengan cikgu cikgu dia , dia dengar kata. Bukanlah dengan aku tak nak dengar cakap... takda la gitu ! Dia dengan aku , boleh lagi la nak bermanja manja.. aku tak tegas sangat dengan dia walaupun sebenarnya , aku amat tegas dengan dia. Lagi pun , pemilik tadika tu adalah kenalan aku gak. Dia pun ikut sama gi lawatan tu dan aku yakin dia dapat jaga Qhaliff seperti dia jaga anak anak dia. Dari kecik lagi dia follow cerita Qhaliff di blog aku ni.. huhu.. Terima kasih Ticer Arina. 

Ke mana dia ? Ke Pizza Hut dan kilang roti Gardenia. Dan dia tersangatlah enjoynya. Suka dia dapat bersama sama rakan rakan kelas menikmati pengalaman baru. Sewaktu jemput dia balik , dalam kereta tak putus putus puji diri sendiri ! Huhhhhh..



Sampai tertidur tidur dia dalam bas. Penat sangat la tu kot ! Hehehe..

Sementarat tu ,  aku di rumah selepas hantar Qhaliff.. aku ada satu projek amal. Dan projek ni memang menginsafkan aku.. huhuuh...


 Mengenai projek ni , aku akan cerita nanti dalam blog. Ianya mengenai sejenis penyakit yang jarang kita tau mengenainya dan satu larian amal yang sangat best akan aku war war nanti. Hasil dari larian ini akan disalurkan ke tabung persatuan tersebut bagi membantu meringankan mereka yang mengidap penyakit ini..

Pakaian tu macam nak gi menyerang pengganas je kan ? Tau tak , suit aku pakai tu berat dia lebih 30kg ? Tunggu video tu nanti eh..


Tertekan sejak kebelakangan ni !

Hurm.. guna laptop baru. Terpaksa install semua aplikasi yang aku nak termasuk Open Live Writer yang mana memudahkan aku mengupdate blog di mana mana saja dalam keadaan offline ! Nak guna web , kena online kan ? Yang ni , offline je.. settle ! Draf dulu , tunggu ada internet.. publish ! Done !

Tapi entah kenapa.. bila guna Window 10 ni , setting dia berterabur ! Geram betul aku aihhh... Mungkin tak support kot ? 

Cara klasik update blog.

Guna Open Live Writer. Kotak tu patut besar ! Huhh.

Tapi ada bagusnya gak.. bila update cara klasik ni , idea aku lain sedikit . Lebih sedap nak 'bercerita' berbanding guna aplikasi tu. Tak tau kenapa ? Seriuss... Korang mungkin leh perasan kot melalui 2-3 entri kebelakangan ni. Feel dia tu , lagi best ! Hahahaha.. 

Dan disebabkan menda ni , aku stress ! Dok fikir camana nak selesaikan. Google sana sini. Edit sana sini. Reinstall. Tukar setting ! Gagal ! Akhirnya aku redha je la.. guna cara klasik pada laptop baru ni. Tapi dah terlambat. Sakit kepala menyerang dua hari ni. Memang aku tersadai selepas makan paint killer ! Terpaksa. Sakit kepala yang amat sangat .

Dan malam ni, terpaksa mintak bantuan wife uruskan anak-anak. Lepas solat Maghrib , aku naik bilik atas dan tidur . Tidur sorang sorang. Sebelum ni aku tidur je bawah bersama mereka walaupun sakit kepala tapi tak hilang..malah makin sakit.

Ni aku baru je sedar dari tidur. Terasa segar. Kepala pon dah tak sakit.  3 hari dah ponteng gym.. hehe.. lesu skit badan. Tapi tak pe la. Esok banyak benda nak diuruskan. Semalam pon ada dua job penting dan nasib baik wife ada untuk tolong.. kalau tak ? 

Rasa cam dah penat sangat kot berblog ni ! Hurmm... Atau kena cari feel macam dulu semula.. Enjoy berblogging ! 

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI