Sabtu, 18 Mac 2017

Review Buku : ODYSSEY - Dari Lembah Ke Puncak

Ketika aku membaca buku hasil garapan Normala Hamzah yang bertajuk ' ODYSSEY - Dari Lembah Ke Puncak' ini , aku dapat bayangkan betapa ramai insan-insan di luar sana tu memerlukan suntikan semangat untuk berjaya seperti ramai usahawan usahawan yang kita kenali antaranya Zaidi Yusoff dan Sharifah Ameelia Akma Mohd Ramly yang diceritakan di dalam buku ini. 
Hurm.. bila aku baca buku ni , aku dapat bayangkan betapa kesulitan yang dihadapi kedua insan ini terutama selepas mereka berkahwin dan memulakan hidup baru. Yer , aku dah lalui dan sememangnya memerlukan hati dan semangat yang cekal.. dan mereka sangat cekal walapun beberapa tersungkur namun tiada istilah GAGAL dalam hidup mereka. Tabik ar ! 
Yer... buku ini mengisahkan kehidupan Zaidi Yusoff  dan isterinya , Sharifah Ameelia Akma dari kecil hinggalah mereka membina empayar perniagaan berpuluhan juta ringgit nilainya ! Satu buku yang tak patut dilepaskan sama sekali ! 
Perniagaan yang dimulakan dari RM3 ribu kini dah menjangkau RM30 juta ringgit. Segalanya diceritakan di dalam buku ni. Tiada kisah yang tersembunyi walaupun ianya pahit untuk diceritakan kembali tapi demi menaikkan semangat mereka yang memerlukan , aku rasa kedua dua ikon ni memceritakan segala galanya ! Ada 23 bab dan 160 muka surat termasuk bahagian bergambar. 
Kualiti buku ini dijaga. Itu yang bagusnya. Dengan harganya RM49.90 , aku rasa buku ODYSSEY - Dari Lembah Ke Puncak ni memang berbaloi untuk dimiliki. Bukan apa bagi aku.. walaupun kita nampak macam biasa dan ramai yang hadapi seperti mereka , tapi belum tentu ramai yang berjaya menghasilkan puluhan juta ringgit tanpa menipu sapa sapa apatah lagi , mereka turut beramal dalam berniaga ! Mereka tidak lupakan insan insan yang memerlukan bantuan ! Mereka pernah susah dan tak nak tengok orang lain susah ! Haaaa.. inilah kisah kisah yang ada diceritakan di dalam buku ini dan sedikit sebanyak , menaikkan semangat kita untuk berjaya sepertinya ! Tak mudah tapi tak juga sukar. Hanya perlu tahu jalannya saja... kan ? 
Buku yang diterbitkan oleh ZY PRINTPACK SDN.BHD ini turut memuatkan komentar pegawai serta kakitangan ZY PHYTO mengenai boss mereka ! Hehehehe... Best ! Malah mereka yang terlibat urusniaga bersama ZY PHYTO juga ada bercerita mengenai rakan niaga mereka. Satu usaha murni yang mana bagi aku, patut dicontohi oleh ramai usahawan usahawan di luar sana. 
Seperkara yang aku akui dengan mereka ni ialah.. banyakkan menderma kalau nak berjaya ! Ok... jangan lupa dapatkan buku ini di kedai buku berhampiran korang ! Tak berat dan tak juga ringan kandungan buku ini tapi yang pasti , sangat bermanfaat.

" Apabila Kita Buat Apa Yang Kita Suka , Hidup Akan Menjadi Lebih Indah Khasnya Bila Bersama Orang Yang Kita Sayang. ".

Lawa juga barang dari USA ni ! Beli kat Instagram jer..

Ketika wife tunjuk kat aku gambar gambar hoodie yang sedang 'mengalami jualan murah' di Amerika sana tu , aku garu kepala. Biar betik ? Takkan la semurah tu kot ! Kena kencing jugak la bini aku ni nanti. Tapi aku malas nak kata apa. Duit dia.. sukahati dia la. Kalau duit aku ? Pon sama gak.. Aku redha jer la.. Tapi pada masa yang sama , aku nak tau gak keberhasilannya ! 
Cantik cantik gambar dia tunjuk kat aku tu.. Tapi apakah begitu juga nanti baju baju tu ? Kalau sebijik , nampaknya aku akan jadi pelanggan utama dia laaa ! Hahahaha..

Dia order 3. Semua untuk anak anak. Dia tanya aku , nak ke tak nak ? Aku tak minat GAP. Kalau ada UNDER ARMOUR , nak laaa ! Aku tengok di instagramnya , takda la pulak.. huhu.. sedikit keciwa la.. Bukan apa , murah tuuuu ! Nak beli kat Malaysia dengan harga yang ditawarkan tu , memang dapat tiruan punya laaa..huhu . 
Dan selepas selesai urus niaga. kena sabar menanti. Dia tunjuk gambar di atas ni kat aku pada 16hb Feb 2017. Dan tak tau bila dia selesaikan pembayaran dengan penjual tu tapi yang pasti , 17hb Mac 2017 , dapat semuanya ! Fuh  sebulan.. ok la gak kan ? Barang US kot.. kalau nak beli sini , jangan mimpi nak dapat harga yang dia tawarkan.. 3 tu , RM200++ ! Murah la kan ?? 

Dah dapat.. apa lagi ! Kasi kat anak anak la kan... tengok ok ke tak ? Sesuai ke tak ? Dan aku pegang kain dia.. Tebal ! Kualiti gitu.. Ingatkan nipis ala ala kain bazaar Ramadhan punya.. huhu.. Terus keinginan aku untuk miliki sehelai datang.. Aku tanya wife , dia kata Under Armour punya ada ari tu ! Tapi tak cakap kat aku. Heklerr.. pon boleh ??? Sabar je la nak oiiii.. 
Ok... camana dengan size ? Ok kee ?? Ada orang tak suka beli online takut size tak sesuai.. huhu.. Wife aku yakin sungguh dengan cara dia. Aku agak kurang yakin terutama bab pakaian ni.. heee.. 

Cantik kan ? Heheehe.. Aku terus tanya wife apakah nama Instagram orang tu.. aku nak add ! Hehehehe.. Korang nak tau gak ? Eh , mana bolehhh.. nanti berebut ngan aku lak ! Hahahahah... 

Perkhidmatan SKYNET teruk eh ?

SKYNET.. kalau sebut nama dia , aku rasa korang tau apa menda ni kan ? Takda kaitan dengan Terminator ok ! Aku dah ada dua kali pengalaman dalam seminggu dengan SKYNET. Sebelum ni tak pernah lagi .. seingat aku laa..  Dan kedua duanya membeliakkan mata aku. 
Ok.. Yang pertama , dalam minggu ni.. Barang atas nama wife aku. Ada panggilan telefon dan aku jawab. Dia sebut nama.. aku bagitau aku suaminya. Dia kata ada barang untuk wife. Dia call tapi tak berjawab. Baru aku nak tanya dia cakap gini.. 
" Tak pe la. Saya dah lewat.". Terus dia matikan telefon. Tergamam aku ! Amboiiii.. dasat ! 
Yang kedua.. semalam. Aku sampai rumah aku di Sepang. Aku bukak pagar. Ada satu surat diselitkan di pintu pagar tu tapi aku abaikan. Memang setiap hari ada je risalah diselitkan kat situ. Sebab tu aku tak amik. Lagi pun basah dah kena hujan.
Dan tak lama kemudian , wife aku lak sampai rumah. Dia masuk dan bagitau aku... Ada barang sampai. Aku tanya mana tau ? Dia tunjuk surat tu. Aku tercengang. Aku tanya mana dia amik surat tu ? Dia bagitau la seperti mana aku cerita kat atas tadi. Dan surat tu basah ! Boleh gitu? Walhal ada je peti surat batu kat pagar tu.. Dah kenapa dia letak kat situ walhal tau sekarang ni musim hujan ? Hurmm..  
Tertera di  kertas tu , dia datang jam 4 petang. Aku tak dapat panggilan telefon pon ? Hurmm.. 
Aku teringat akan kes kes yang sering dibisingkan di media sosial. Apakah memang begini servis SKYNET ? Hurm.. aku harap sangkaan aku tu salah sama sekali ! Aku malas nak bersangka buruk pada bisnes orang. Mungkin ada staff yang tak puashati , kan ? Sapa tau.. 
Ok.. aku up status di Facebook.. tanya kot kot sapa ada pengalaman buruk dengan SKYNET ni.. Ke aku sorang je yang terkena.. Kalau aku je , maka bukan rezeki aku la tu kan ? Dan tak sampai 5 minit , ramai dah komen.. Antara komen komen tu ialah : 
  • " Thn lepas pernah kena 4kali dlm sbulan hHhahaha sbb wat report tu di tk puas ati... lgi dia koyak2kan kertas and sedpt mungkin bg kita ambek sndri.  "
  • " Saya post barang kadang2 guna skynet. Ikut kawasan juga rasanya. Setakat ni, kalau saya post ke selangor yg problem. Johor,terengganu ok ja. Saya post hari ni esok dah dpt. Kalau area selangor, kena call everyday. "
  • " E MEMANG PUN. Kurier service yg maha teruk. Xfaham bahasa. Lembab. Pfttttt. Mmg siot. Ishhh geram plak aihh."
  • " Terukkk..bru kena..dia anta saya takde..dia suh saya g amik kt opis.saya kata ok...tpi opis dia call kata nak anta lgi esoknya...saya jawab lagi baiklah..tggu xdtg..keesokknya..dia dtg muka mencuka n ckp bukan akk nk g amik kt opis ke?saya kata opis awak call.kata nak ant juga..dia bole ckp pandai² aje...suruh amik amiklh..ktnya...geram tul sya..." 
  • " bergantung pada agent kawasan ada yang ok, ada yang servis hampeh"
  • " Ikut kawasan.. stakat ni ikut pemerhatian saya, belah selatan problem.. belah utara ok.."
Hurmm.. Barang aku tak dapa lagi. Tunggu esok pagi nak call diorang. Apakah nak gi amik sendiri atau mintak diorang hantar sekali lagi.. Nak gi amik , bukan dekat woiii ! Aku di Sepang.. pejabat dia di Subang !  Fuhh.. 
Hurmm.. harap esok dipermudahkan urusan aku dengan mereka. Apalah agaknya barang aku tu ye ! 

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI