Isnin, 20 Mac 2017

Hilang keyakinan diri bila 'boroi' ?

Dua minggu aku tak turun gym. Kenapa ? Entah mengapa , terasa malas gila terutama bila aku dah set mind aku nak gi gym tetiba ada hal menghalang.. terus aku batalkan walaupun boleh je gi pas selesaikan 'hal' tu ! 
Kesan dari kemalasan tu , perut naik ditambah dengan kegilaan makan roti bersalut coklat Gardenia Hazelnut  yang sedap tu. Bukan salah mereka pon.. aku je tak reti kawal nafsu makan !  Tak sangka lak boleh mengemukkan bila terlebih makan ! Hahahaha.. Dan secara automatik , tiada lagi Gardenia Hazelnut di rumah aku. 
Azam baru ! Minggu ni ada photoshoot yang perlu aku lalui. Bila tengok perut , haihh.. menyedihkan ! Rasa macam nak bagitau je kat agensi.. aku nak tarik diri ! Tak sanggup tengok perut tu nanti terbelahak keluar ! Huhhh.. Apakah aku tiada keyakinan diri bila nampak perut boroi ??? Arghhhh.. Terus aku mula kembali bersemangat untuk hilangkan boroi tu dulu tapi apakah boleh dilakukan dalam masa beberapa hari ni saja ???
InshaAllah boleh.. kalau kena caranya , senamannya. pemakanannya.. boleh jer ! Kadang kadang boroi tu bukan disebabkan lemak di perut tapi hampas hampas yang berkilo tak dibuang.. buang air besar tak lawas orang kata.. 
Aku dah mulakan semalam jugak. Bertreadmill pastu buat abs roller ! Memang bergegar abis perut ! Dan la sedikit pengurangan.. air banyak dalam badan. Tu nampak boroi semacam. Hurmm...  Apakah aku kembali berkeyakinan ? Apakah keyakinan aku terletak pada perut ???? Adehhh.. 


Kagum dengan ZY PHYTO TECH INDUSTRIES - King of OEM !

Kelmarin aku pergi ke satu majlis formal yang sangat gempak bagi aku tapi masih ada elemen santai di situ dan membuatkan tetamu seperti aku , yang biasa biasa ni tak kekok di sana. Pada awalnya , aku terasa sangat segan. Maklumlah , aku cuma berpakaian sekadar berpakaian tapi masih kemas la.. Nak berbow bow tu , tak mungkin la kot ! Hehehehe.. ai segan uu.. bukan level ai gituu ! 
Aku ke sana ada undangan tapi secara jujurnya aku teringin nak tengok gaya gaya orang jutawan tempatan yang berjaya dalam bidang usahawan terutama yang muda muda ni ! Nak amik aura jutawan kata orang gituuu ! Heeee...
Terlebih dahulu aku bercerita sedikit mengenai ZY PHYTO ni yer.. kalau yang dah tau tu , bagus la.. yang belum tau , cam aku ni .. meh i story mory skit eh...
Perniagaan 'OEM' atau Original Equipment Manufacturer ni bermaksud sesuatu produk dikilangkan oleh seseorang untuk orang lain di bawah jenama orang tersebut. Kalau aku nak buat produk aku sendiri contohnya.. aku tak perlu tubuh kilang pon.. aku perlu bawak je idea aku ke ZY PHYTO dan mintak diorang buatkan... termasuk dengan ujikaji serta pensijilan. Haaa ! Jangan terkejut kalau aku ada produk aku sendiri. Aku nak buat produk.. Eh , rahsiaaa ! Tungguuuu ... 
Lebih kurang begitulah.. Dan ZY PHYTO telah berjaya merialisasikan banyak impian mereka yang ingin bergelar usahawan kepada jutawan ! Wowww gituuu !  Berniaga secara halal gituPuan Sharifah Ameelia Akma.
Majlis Ulang Tahun ke 10 ZY PHYTO GROUP OF COMPANIES


Panjang sangat kalau aku nak cerita pasal ZY PHYTO ni ! Kalau korang berminat , aku syorkan korang beli buku yang turut dilancarkan di majlis tersebut, Odyssey - Dari Lembah Ke Puncak . Pastinya akan menaikkan semangat korang untuk berjaya seperti mereka ! Bayangkan , perniagaan mereka yang dimulakan dengan modal RM3 ribu , sekarang dah bernilai RM30 juta dalam masa 10 tahun saja ! Apa citerr ?? 

Tiba-tiba aku teringin nak buat produk aku sendiri ! Nak buat produk apa eh ?? Bermanfaat pada korang !  Boleh guna siang malam... di mana mana saja ! Haaa , aku tau dahhhh ! Tadaaaaa... Moga ZY PHYTO berminat nak jadi rakan kongsi aku nanti ! Hahahahaha... Cita cita nehhh ! 

CATERPILLAR SHOCKMASTER WATCH untuk lelaki sado !

CATERPILLAR SHOCKMASTER WATCH.. kalau sebut CAT je , mesti ramai terbayangkan traktor berwarna kuning yang gah di tempat tempat pembinaan , kan ? Apakah jamnya segah traktor tu ??? Satu persoalan yang gah juga untuk aku ! Hehehehe..
Ini kali kedua aku review jam jenama Caterpillar ni. Jam pertama tu , aku dah simpan baik baik. Sayang nak gunakan. Rare gitu.. hehehe.. Guna bila gi tempat tempat yang sesuai dengannya yakni bila masuk hutan dan sebagainya. 
Ok.. selain tahan lasak , apa kelebihannya ? Secara jujurnya jam ni ada dua fungsi jer iaitu masa dan waktu. Aku pernah tanya pada peminat jam. Ada yang tak suka jam yang banyak fungsi sebab nampak semak. Dia nak simple simple je ! Ternyata jam begini diwujudkan bagi menepati citarasa peminat jam seperti kawan aku tu. 




Design kali ni memang lebih nampak kukuh dan simple ! Gabungan warnanya menampakkan si pemakai macam sado sado gitu walhal tidak pon , kan ! Hehehehe.. Dan paling utama , sizenya akan menarik mereka yang berada disisi kita ketika tu.. mesti tertanya jam apakah ?? 


Kalau pergi Ayer @8 , Putrajaya.. restoran mana sedap ?

Di Ayer @8 , Putrajaya ada banyak restoran makanan yang sedap sedap belaka ! Tapi yang mana menepati selera tekak aku dan yang paling penting , layanan yang bagus.. bukan suruh layan cam raja tapi senantiasa beri yang terbaik ! Itu yang membuatkan aku kembali , untuk berkali kali walaupun harganya agak mahal skit tapi berbaloi dengan harganya ! Puas makan wooo..
Aku tak tau untuk kali ke berapa aku update pasal restoran ni tapi yang pastinya , aku amat suka makan kat sini. Tak pernah mengecewakan makanan pilihan aku. Dan yang pastinya , aku keluar dari restoran tu dengan kekenyangan. Puashati ! 
Nasiha aku satu jer.. kalau ke sini , jangan datang sorang sorang ! Hahahaha.. Sebab takkan boleh abis makanan dia kalau makan sorang sorang ! Seronok ada geng wooo.. baru menarik makan beramai ramai . Boroi beramai ramai ! 
Oh ya.. jangan lupa cuba pizza dia ! Fuhhhh , kalah pizza hut's wooo.. 

Jangan pisahkan mereka !

 
 
Kawan baik.. Kalau Zahra takda dalam rumah , memang mencari si Qhaliff. Tapi kalau Qhaliff takda , Zahra ok je ! Hahahaha.. Zahra jenis berdikari. Dia boleh je main sorang sorang dia jer tapi kalau dua dua ada , memang happening la rumah. Si kecik ? Dia memerhati jer.. dah mula pandai beri reaksi nak join sama abang kakak dia bermain ! Adeh.. cepatnya masa berlalu.. 
Hurm... Qhaliff ok jer ngan si Aariz. Zahra ni jer ! Ego lagi. Kalau aku letak sebelah dia , dia akan bangun dan duduk tempat lain. Tak pandang pon kat adik dia. Huuhhu.. keras sungguh la hati dia. Dia rasa adik dia nak rampas kasih sayang aku dari dia kot ! 
Sebab tu tak boleh pisahkan mereka. Bukan mudah diorang nak ngam kalau berpisah. Bukan apa , ada orang biasanya akan beri anak sulung mereka pada atuk nenek mereka.. katanya diorang yang mintak. Tak kasi kesian lak kan ? Tapi kalau kasi, secara jujurnya akan pisahkan kasih sayang antara adik beradik. Aku dah pernah merasainya. Dan memang payah nak ngam ! 
Kalau tanya aku la kan.. sebaiknya , jangan pisahkan mereka..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI