Dapur Tanpa Sempadan...

Sabtu, 25 Mac 2017

MInyak Tok Mudim Migraine , untuk mereka yang migrain dan selalu pening kepala !

Sakit kepala skang ni tak kenal usia dah. Dengan cuaca yang tak menentu dan kepanasan yang diluar jangkaan , sakit kepala mampu menyerang pada bila bila masa saja. Dan bila sakit kepala , apa saja kerja takkan jadi nak buat..kan kan ? Tu belum lagi mereka yang ada migrain.. fuh , dengar boleh hantuk kepala ke dinding kalau 'dia' menyerang ! Huhuuh..


Kes aku , sakit kepala memang akan menyerang aku andai berada di tempat terbuka di kala matahari di atas kepala ! Seperti baru baru ni , di Sunway Lagoon.. Fuh , dua hari aku derita sakit kepala walaupun kepanasannya cuma biasa biasa jer. Terbaring je aku dan nasib baik ari cuti. Kalau hari kerja  ,  sah kena wife cuti sama. 
Aku diperkenalkan dengan rakan blogger.. minyak Tok Mudim Migraine yang bagus untuk aku dan juga mereka yang ada penyakit migrain dan juga sakit sakit kepala yang amik masa nak pulih. Aku punya kes , aku tak leh berjemur di bawah panas dan memandu terlalu lama. Mudah mengantuk dan sakit kepala. Dan akan senantiasa berada dalam kereta aku. Hehehehe. standby wooo ! 
Cara nak pakai.. tak susah pon. Ada dua cara. Yang pertama titiskan saja atas tapak tangan..gosok pastu hidup untuk 10 saat saja. Dan yang kedua , titis dan sapu kat bahagian kepala terutamanya dahi. InshaAllah ok.
Minyak Tok Mudim Migraine ni dihasilkan dari pati tumbuhan atau essential oil. Essential oil yang Tok Mudim adun dalam ni ialah Green Apple , Tea Tree , Peppermint , Eucalyptus , Lemon. Bila sapu, ada satu aroma dan rasa berangin yang akan membantu melegakan stress pada bahagian kepala dan ia cepat melegakan migrain dan sakit kepala.
Apa feedback yang Tok Mudim dapat lagi dari pengguna Minyak Migrain Tok Mudim ni ialah tidak panas macam minyak lain , berangin je , sedap & segar ,bau pun wangi . Boleh baca infomasi selebihnya di Tok Mudim Minyak Migraine  dan Testimoni Tok Mudim Migraine.

Nak order ?  Sila warwarkan jika berkesan. Andai tidak berkesan , sila cepat cepat pergi jumpa doktor.. Sila call atau whatsapp untuk buat pembelian ke :
a ) +6018 - 262 4992
b ) +6018 - 262 4992
c ) +6018 - 262 4992
Mana mana nombor boleh punya.. Harga , RM35 sebotol tak termasuk pos yer... 
Selamat mencuba yer. Moga cepat sembuh sakit kepala tu.. hehehe...

Selamat Hari Polis buat warga Polis !

Hari ni eh Hari Polis ? Hehehe... Aku respek sungguh mereka yang sanggup bergadai nyawa menjadi pasukan keselamatan negara ni.. Walaupun bergaji kecil , masa untuk keluarga tak menentu, nyawa senantiasa terancam tapi mereka tetap memilih untuk setia dengan kerjaya ini. Tabik ! 
Teringat aku ketika aku di usia 26 tahun. Ketika tu ada tawaran jawatan Inspektor dan aku ada memohonnya. Diterima untuk induksi selama dua minggu kalau tak silap aku.. ke seminggu ? Di Pulapol KL. Aku bangga giler laa dapat masuk tapi arwah ayah tak beberapa minat. Aku tau dia ada pengalaman 'kurang best' tapi dia tak menghalang. Dia kasi jer dan senantiasa beri semangat dan nasihat. 
Hari yang ditunggu tiba. Aku jejakkan kaki ke dalam Pusat Latihan Polis. Bangga siut ! Maklumlah , dari kecik dok tengok cerita polis. Aku tengok ramai calon yang berkelayakkan disitu. Satu cabaran jugak untuk bersaing bersama mereka termasuk dengan anggota anggota yang memohon kenaikkan pangkat secara lantikan.
Aku ditempatkan satu dorm bersama anggota anggota KPSL. Cuak aku. Tapi diorang sangat bagus. Tak la nak poyo malah berkongsi pengalaman.Di situ aku memikir semula tindakan aku. Apakah benar aku nak jadi polis ?? Secara jujurnya , aku mintak polis ketika tu sebab takda kerja tetap. Dan aku memikir hala tuju aku sebagai polis. Dengan usia begitu , poket kering.. iman lak satu hal ! Aku rasa aku mampu mencemar nama baik PDRM ! Aku tak nak buat gitu. Aku boleh malukan mereka dan juga keluarga malah boleh membahayakan keluarga.
Aku berdoa pada Allah.. mintak jalan keluar andai aku tak sesuai dengan pekerjaan ni. Aku lulus ujian fizikal tapi ketika ujian psikologi , aku kantoi pakai cermin mata walhal ramai calon lain jugak rabun cam aku. Aku terlupa. jangan pakai cermin mata. 
Dan saringan pertama dibuat.. nama aku dipanggil. Ramai rakan rakan dalam tu tak percaya. Mereka kata aku layak masuk tapi aku redha. Air mata aku mengalir.. teringin nak jadi polis dan berkhidmat untuk negara tapi aku tau ,perancangan Allah lebih bagus untuk aku di masa hadapan. Aku keluar dari Pulapol dengan berat hati. Tak pe laa.. 
14 tahun kemudian.. di sini aku. Walaupun tak bergelar pegawai polis , aku tetap berjaya menjadi 'sebahagian' dari membantu mereka.. walaupun kecik je sumbangan aku tapi aku tetap berbangga.. Sapa sangka kan ? Hehehehe

image
Dan paling membanggakan aku , dalam kelab komuniti blogger yang aku tubuhkan , ada pegawai polis join sama ! Cantik kan perancangan Allah ? Sapa sangka , kan ? Alhamdulillah.. Dan aku bangga dengan pencapaian mereka sebagai blogger. Mereka buktikan dalam kesibukan menjaga keamanan negara , mereka juga mampu mengejar cita cita mereka dalam dunia media sosial. Tahniah. 
Buat Puan Shiqeen Sattar dan Puan Noraini serta suami mereka yang juga pegawai polis , terima kasih atas sumbangan kalian pada negara dan semoga puan berdua kekal bersama kami, #KBBA9 walaupun dah punya nama sebagai blogger top gitu.. heeee.. 
Selamat Hari Polis buat semua ! Kita juga polis walaupun takda kuasa.. hehehee.. 

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI