Isnin, 27 Mac 2017

Bila 'suri rumah' tak sihat...

Minggu lepas , 4 hari wife amik cuti sebab anak anak tak sihat. Hari ni , aku lak nak demam ! Malam tadi tidur , mengigil je kesejukkan walhal tak pasang pon aircond. Dan biasanya memang panas je. Bangun subuh , terhoyong hayang. Sah aku demam.
Camana  aku nak jaga anak anak kalau aku demam ? Wife kena gi kerja. Ada meeting penting dengan orang penting katanya. Aku paham je. Nak gi umah mak aku , aku tak leh nak drive. Mata asyik nak tutup je..
Wife kasi makan ubat batuk dan demam pada aku. Disapunya minyak kat kepala aku.. terasa lega.. Aariz , dah kurang skit la batuk dia. Selsema pun. Demam tak. Tapi dua ni saja pon dah cukup buat lenguh tangan. Dia nak berdukung jer .. Dan hari ni aku demam , camana nak dukung dia ? Badan terasa lenguh jer.
Dalam keadaan gini.. 'suri rumah' tetap kena bekerja walaupun tiada gaji. Sapa nak bayar kan ? Huhuh.. Cuma kalau boleh , si pasangan simpati la skit.. Jangan la lepas tangan seperti biasa. Aku yang lelaki ni pun tau penatnya jadi suri rumah.. bayangkan suri rumah asli bertugas. Kemas rumah , memasak... asuh anak.. dalam keadaan tak sihat ! 
Hurm.. Lepas kerja , terus balik rumah yer.. bantu suri rumah anda ! 

Milik siapakah IPHONE 7 ini ???

Debaran semakin memuncak ! Aku tak dibenarkan join sama contest TYZARA ni sebab aku yang tulis pasal contest ni.. haahhaha.. Alhamdulillah , contest ni dapat sambutan hangat dalam tempoh sebulan jer. Tak leh bukak lebih sebulan sebab blogger dah mengeletar nak tau sapa dapat iPhone 7 tu.. hehee.. nasib baik aku tak minat iPhone.. lalalala..

Bukan tangan aku ! 
Aku ada la riki riki skit. Sapakah blogger yang punya mata cukup bagus ?? Dan aku diberitahu , saingan memang gempak ! Pening juri nak pilih katanya. Semua bagus bagus.. Dan paling bagus ialah , ramai post di kala tarikh penutup dah hampir ! Sembunyi info dan gaya pesembahan gituu.. Tak sasar part viral tapi nak iPhone ! Huhuhhu..
Tak pe.. pasni aku leh join contest seterusnya. Dengar citer penganjur nak buat tiap tiap bulan ! Huhuhhh... Mesti bisnes kencang ni ! Laris Tyzara di pasaran gini wehh ! 
image
Apa pun , sila tunggu April untuk mengetahui pemenang bertuah tu.. Hehehe.. Aku pon join tapi guna nama blog lain ! Hehehehehe... Sentap la tu ! Hahaha.. Takda laa.. aku tak pandang iPhone ni ! Dapat kalu , kasi Zahra je main.. hahahaha..
Semoga berjaya yer ! Mahal woo iPhone... rugi korang tak join.. huhu..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI