Rabu, 29 Mac 2017

Aduh, Aariz.. Kenapalah buat daddy terburai kain?


Aduh.. Nasib baik takda orang dalam rumah. Tak leh bayangkan kalau ada orang dgn situasi daddy yg kelam kabut dek kerana tahi yg dibuang tanpa kerelaanmu itu.. Ke memang rela nak buang? Patut tidur mu tidak lena.. 
Bayangkanlah.. Tengah aku lena, tiba tiba dia terjaga. Walhal dia dah kenyang sebab dah sarapan pagi. Dan biasanya dia akan tidur lena 3-4 jam lamanya tapi tadi, baru sejam dia jaga dah!! 
Rupanya abis tahi dia keluar dari pampers.. Kena kain buaian dan baju dia. Aku jadi kelam kabut laa.. Biasanya tahi dia skit je.. Ni meriah abis.. Terus dukung dia ke tandas. Dalam dok dukung.. kain pelikat aku terburai. All out bebeh!!! Harap takda cctv dalam rumah. Huhu.. Kalau ada, mesti wife bergegas balik umah punya.. Ecececeeee.. Bukan senang nak tgk daddy seksi gini.. Hahahha.. 
Aku cuci bersungguh sungguh dan mandikan dia terus. Sengih dia. Suka dapat mandi utk kali kedua.. Aku cuma mampu geleng kepala.. Sebab tu aku tak suka pakai kain pelikat.. Mudah terburai.. 

Terima kasih Aariz ! Lega aku...

Dia dah boleh duduk dalam ni. Tau apa maksudnya ? Maksudnya , aku boleh letak dia dalam ni dan buat kerja lain. Takda la nak kena dukung dia je memanjang. Kalau dukung dia je , camana kerja aku nak settle ? Haaaaa.. 
Oh ya... perlu diingatkan.. jangan sesuka hati letak si kecil dalam ni. Kena pastikan badan dia dah kuat.. leher dia tu terutamanya... Malas sekali pun nak dukung , bab ni kena rajin skit ! Jangan bila dah berlaku sesuatu baru nak menyesal.. hurmm..
Dan Aariz tak lama pun duduk dalam ni. Kasi makan.. dia main jap...pastu ngantuk dah ! Budakkkk.. banyak mana sangat la tenaga dia. Dia ngantuk , dia tidur ! Fuhh... dia tidur , daddy pon.... tidur laaa ! 

Ku idam SONY XPERIA XZs !

Sekarang aku guna Sony Xperia XZ. Aku mula minati telefon pintar Sony ni selepas dia 'water proof'! Aku memang nak telefon lasak gini. Maklumlah , aku ni sampai dalam tandas usung handphone. Takda apa nak disorokkan pon.. cuma suka nak amik gambar tak kira tempat ! 
Macam macam phone aku guna tapi akhirnya , Sony Xperia XZ memberi kepuasan tak berbelah bagi! Dan semalam , Sony Mobile telah lancarkan Sony Xperia XZs dan Sony Xperia A1 yang dikatakan mampu memikat peminat telefon pintar Android.

Banyak pembaharuan pada Sony Xperia XZs yang membuatkan aku teringin memilikinya terutamanya dari sudut kamera... ada Motion Eye yang mampu membuatkan super slow motion di kala kita sedang membuat rakaman video biasa dan penambahkanbaikan pada kualiti gambar. Dari sudut memori , semakin besar dan membuatkan pengerakkan lebih lancar... tiada lagi isu 'hang' pada Sony. Sebenarnya 'hang' dah lama dah tak wujud sejak Sony Xperia Z3 lagi. 
Harga dalam RM2899 untuk Sony Xperia XZs dan RM1199 untuk Sony Xperia A1. Untuk maklumat lebih lanjut , sila ke SONY MOBILE

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI