Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 30 Mac 2017

Hari bersejarah buat Qhaliff Iman..

Akhirnya , dia dapat jugak sambut hari lahir dia bersama teman teman ! Kalau tak , dengan daddy n mummy jer..dan Zahra.. Tahun ni baru ada Aariz. Dan nasib baik dia dah bersekolah.. ada la kawan dan bff.. Sambut birthday ni pun sekali jalan ngan bff dia , Mikha.. 
Kos nak buat sesimple ni tak la menelan sehingga RM10K.. Heeee... ala kadar dan niat nak gembirakan kanak kanak di tadika tu... dan ternyata mereka gembira gituuu..Dan paling gembira ialah Qhaliff.. dapat la kek Otomen dia . Tak sabar dia nak 'sembelih' kek tu ! Tengok la muka eksited dia selepas Otomen dibelahkan dia.. adehhh..
Ikutkan hari lahir dia minggu depan.. tapi sebab nak buat sama dengan bff dia , tu sekali harung jer. Suka la tuuu... Pasni adik dia lak.. Zahra. Nak sambut kat mana eh ? Ada yang nak sponsor ke ??? Kalau tak da , buat kat Hilton je la.. Ala kadar gitu... hehehe... 
Sekejap je masa berlalu.. dalam diam tak diam , korang dah tua dah ! 

Beli produk Shaklee dengan Cikgu Nizam !

Sampai dah... Wife mintak aku beli vitamin C dari Shaklee ni sejak dia kena selsema teruk. Aariz pon kena gak. Dia terpaksa amik vitamin c untuk bekalkan pada Aariz memandangkan Aariz masih bayi dan tak boleh amik ubat selsema lagi.
Dalam kepala aku dah tau nak order dengna sapa. Mudah , cepat dan pantas. Dan yang penting , khidmat nasihat selepas membelinya. Dia akan jelaskan camana pengambilan yang bagus. Dia bukanlah doktor tapi diberi pendedahan mengenai produk produk yang dijualnya. 
Alhamdulillah.. Selepas order dengan Cikgu Nizam , selang sehari aku dapat pesanan aku. Memang cepat dia buat kerja dan aku memang suka dengan orang yang pantas buat kerja !  Dah beberapa kali dah aku pesan suppliment dengan dia.. dan akan pesan lagi untuk anak aku lak.. Vitamin C untuk budak dah abis.. huhu.. 
Kalau nak order gak Shaklee ni .. leh whatsapp ke 013 976 1627. 

Helloo ?????? Sapa niii !!



Tiba-tiba dapat satu panggilan telefon. Tak berapa jelas sangat suaranya. Nombor yang terpampang di skrin , tidak berdaftar dengan phonebook aku. Aku tak tau sapa yang call ! Bahasanya , melayu moden. 
Takkan dia kot ?? Sememangnya aku berharap sangat dia call sebab nak settlekan urusan hidup mati blog aku ni. Memang dia laa ! Terus aku bagi dialog 'kurang ajar' gitu. Dah biasa dah aku ngan dia. Dan 'kawan' tu ketawa. Bila dia ketawa , aku terdiam. Ni bukan cara gelakkan dia ni. Aku terdiam sejenak. 
" Sapa ni eh ? " . Tanya aku. Baru nak tanya selepas dimakinya orang tu ! Hahahaha.. Sapa suruh tak perkenalkan diri kan ? 
" Hahaha.. tadi beria cakap macam kenal. ". Katanya. 
Ah , sudahhh.. sentap sudah dia ! Hahahaha.. Terus aku tanya dan dia jawab. Ternyata bukan insan yang aku tunggu tunggu.. Hurm.. sedih ! Kalau dia tak muncul , BENASHAARI.COM akan terkubur buat selama lamanya..

Telefon : Sony Xperia XZs

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI