Sabtu, 1 April 2017

Happy Birthday Muhammad Qhaliff Iman !

Dari usia sehari hingga ke setahun rasa aku kot gambar ni.. Sekarang dah masuk 5 tahun dah usia dia. Sekejap je masa berlalu. Dalam masa 5 tahun , dia dapat dua adik.. kehilangan atok yang amat sayangkan dia dan.. menjadi abang yang penyayang dan anak yang dengar kata.. 
Esok , 2 hari bulan April.. genap dia 5 tahun.
Aku nak pastikan dia menjadi insan yang berguna.. Aku takda harta nak kasi.. takda tanah nak wariskan.. Apa yang aku ada bua masa ini.. nafas serta kederat yang masih mampu digerakkan. InshaAllah , beri yang terbaik buat dia dan adik dia selagi aku hidup..
Kalau aku takda sebelum dia dewasa . aku pinta korang tolong tolong tengokkan dia dan adik adik yer.. Sebab mereka membesar di dunia maya ini dari usia sehari.. korang kenal dia.. boleh kan ?

Filem Ghost In The Shell ( 2017 )

Aku peminat filem filem animasi 2D dan 3D yang kebanyakkan berasal dari komik komik yang biasa di baca waktu remaja dulu. Karya dari Jepun pon aku layan tapi bukanlah peminat fanatik kecuali DragonBall dan Doraemon.. dua ni memang beli la komik diorang. Kalau kartun kat tv , aku layan la.. terutama yang bersiri... Jadi 'peminat setia' gitu.. Tu pun masa channel kat Astro tu free. Bila dah mula berbayar , aku tak tonton dah.
Ok.. semalam aku gi tonton Ghost In The Shell. Aku tak tau cerita ni pasal apa sebenarnya. Aku tonton trailer dia. memang gempak la kesan khas yang digunakan. Malas nak baca selebihnya terutamanya mengenai apa filem ni... kang baca , spoil lak ! Huhu.. Maka aku nak tengok apakah filem ni mampu pahamkan aku yang bukan peminat atau filem ni dibuat khas untuk peminat mereka saja.. 


Secara jujurnya la kan.. pendapat aku yang amatur ni.. intro dia terlalu panjang. Apakah dia akan hasilkan sequel seperti Power Rangers ? Nak tunggu kemuncak tu , aku terberdengkur dalam panggung. Nasib baik kawan aku kejutkan. Kalau tak , mesti ada penonton ingat diorang tengah mimpi tengok wayang ! Hahahha.. 
Panggung tak penuh ! Aku perasan kebanyakkan muka penonton macam tak puashati dengan filem ni. Siap siap berjaga hingga jam 1-2 pagi hanya nak tonton filem ni.. tengok midnite gitu.. heee... Kononnya nak dapatkan feel. hehehe.. 
Kesimpulannya bagi aku yang bukan pembaca komik Ghost In The Shell ni , untuk kali ni memang agak membosankan. Terlalu panjang intro hinggakan part 'lawannya' sekejap jer. Mungkin sequel dia nanti akan best ? Sapa tau kan.. tu pon kalau ada sequel. Dan lakonan Scarlett bagi aku.. hurmm.. aku minat lagi gaya lakonan Mila Jonovich dalam Residen Evil.  Sekadar pendapat aku jer.. 
Nasihat aku.. kalau bukan peminat manga , filem ni pasti akan membosankan anda. Tu jer. Terima kasih... heee..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI