Ahad, 2 April 2017

Maafkan daddy , sayang..


Ajar dari kecik.. walaupun tak penting , tapi ingatan sesama adik beradik penting. Pupuk kasih sayang dari mereka kecil lagi. Tak perlu libat orang luar untuk meriahkan.. memadailah ahli keluarga terdekat. Bukan apa.. kang bila jemput sana sini , tak terlayan.. ada bunyi lak ! Buat kecil kecil , kang tak cukup.. ada bunyik gak.. Letih aihhh !  
Satu lagi.. sian kat tetamu pening nak beli hadiah. Kita lak nanti , tak de la nak beria bukak hadiah dan tengok.. sapa bagi paling best ! Kan kan ? Alhamdulillah.. anak anak happy buat masa ni. Tu yang penting ! 
Dan paling penting.. nak kasi tau , daddy dia bukan orang kaya nak buat besar besar. Cukuplah ada mereka yang tersayang di depan mata dan meraikan bersama.
Selamat Hari Lahir , Muhammad Qhaliff Iman. 

Buang masa nasihat perokok !

Terbaca artikal ni di Harian Metro mengingatkan aku pada insan-insan yang pernah aku bebel mengenai rokok. Aku bukanlah suka sangat nak buat air liur aku dengan 'basuh'  mereka yang  'terpaksa' merokok ni.. serius ! 
Aku banyak lagi kerja boleh buat.. malas nak buang masa aihhh ! Tapi disebabkan ada insan yang aku sayangi terkorban dek kerana rokok tu laah yang membuatkan aku 'terpaksa' cakap agar datang keinsafan pada diri mereka. Dan yang bagusnya , lepas cakap tu dia keluarkan kotak rokok dia dan hisap depan aku ! Huh ??? Agaknya apa yang aku cakap tadi tu cuma lagu rock kapak di telinganya kot ?? 
Terkilan rasa kekadang bila aku bawak anak anak duduk makan di restoran , ada kenalan datang menegur dan berborak.. di tangannya ada rokok. Apakah dia tak perasan ada budak kecil di situ ? Apakah sebab bukan anak dia , maka dia tak kisah ? Hurm.. Kang tegur, sentap. Payah zaman ni.. 
Ingatlah.. bila sakit nanti , tersadai kita kat hospital. Kawan kawan yang datang melawat pon cuma mampu geleng kepala.. Dalam hati.. " Masa aku nasihat dulu , tak nak dengar.. sekarang baru nak menyesal ? Haih.. sian kat anak bini kena ulang alik hospital sekarang ni.. " .
Artikal dibawah ni sekadar untuk menyampaikan mesej aku. Bukan nak aibkan atau nak burukkan sapa sapa .. Baca dan fahami saja. Ingatlah.. rokok ni bukan saja membunuh si perokok.. mereka yang ada disekeliling perokok tu pon akan terbabit sama ! 

Paru-parunya bocor dan bahagian yang bocor itu terpaksa dibuang. Memang mengerikan, namun itu yang harus diterima Muhammad Aidelhan Surjonoh, 28, akibat merokok. Pemuda yang tinggal di Kluang itu berkata, semuanya bermula dengan sesak nafas pada 24 Februari lalu.

“Mula-mula saya sesak nafas. Pergi ke klinik di Kluang, dan doktor kata mungkin gastrik atau otot tegang, tetapi selepas beberapa hari, keadaan saya masih belum pulih.
“Kemudian saya ke Hospital Pantai Batu Pahat dan sempat jalani pembedahan untuk keluarkan angin dalam paru-paru, tetapi masih tidak pulih. Apabila buat imbasan CT, doktor dapati paru-paru saya bocor."  - Baca selebihnya di Harian Metro.

Buatlah wasiat andai punya banyak harta...

Hurm... aku cukup bosan bila cakap pasal harta harta yang bukan milik aku ni. Entah kenapa gitu pun aku tak tau.. mungkin aku dah diajar dari kecik lagi , kalau nak apa apa.. usaha sendiri ! Jangan harap harta orang terutama mak ayah punya ! 
Ayah dah meninggal dunia. Tanah ditinggalkannya tak bertukar nama. Nak tak nak , seseorang kena uruskan dan aku memang tak berminat nak uruskan sama sekali ! Kalau ikut hati aku , jualkan je. Duit tu masuk tabung anak anak. Tapi orang kata , tanah tu ada 'gunanya'. Hurmm.. Entah la.. 
Hal tanah ni , dari masa sihat lagi kena settlekan. Mungkin 'zaman tu' belum ada cara mudah kot ? Kalau nak harap anak anak uruskan , paham paham je la.. Masing masing ada agendanya ditambah lagi dengan ' sok sek sok sek ' di belakangnya. Duit woi !  Sapa tak nakk... 
Sekarang ada dah e-wasiat. Mana mana yang ada harta tu , silalah uruskan dari sekarang. Jangan tunggu mati baru nak buat.. sian anak anak bercakaran ! Mungkin ada yang tak kisah tapi bila dapat tau value tanah tu harga ratusan ribu atau jutaan ringgit , tergelap jap mata.. kan ? Heeee.. Pak Aji pon leh hilang kopiah wooo ! 
http://wasiat.com.my/
Lakukan sesuatu dari sekarang atau akan 'menyusahkan' anak anak di belakang hari. Teringat satu kes.. Tanah arwah banyak. Termasuk wang tunai di bank. Arwah tiada anak. Cuma ada anak angkat jer. Dan bila meninggal dunia , tiba-tiba datang insan yang selama ini tidak pernah nampak batang hidung.. tuntut harta ! Huhuhuh.. sian kat anak angkat tersebut. Wasiat tak dibuat. Camana nak selesaikan kes gini ? 
Hurmm.. entahlah.. 

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI