Isnin, 3 April 2017

Anak-anak conteng dinding ? Nak kena marah ni !!

Wow ! Tu dulu laa.. sebelum aku ada anak... Aku tak tau camana perasaan bila tengok anak anak kecil conteng dinding.  Tapi bila dah ada 3 orang anak ni.. aku biar je la diorang nak buat apa pun ! Asalkan jangan conteng home teater aku dah ! Tak mampu nak beli baru.. huhu.. Tu pon nasib baik Pioneer sponsor.. kalau tak , jangan mimpi laaa nak ada home teater ! 
Anak anak conteng dinding ni ada banyak bagusnya. Mengikut Sirap Limau punya entri , ada 7 kebaikan yang boleh mereka peroleh.. 
  1. Melatih kekuatan otot
  2. Meningkatkan kreativiti
  3. Mengekspresi diri 
  4. Praktis postur yang baik
  5. Lebih daya tumpuan dan konsentrasi
  6. Motivasi untuk belajar menulis 
  7. Koordinasi tangan dan mata 
Tapi.. sapa nak bersihkan lepas conteng ? Bukan mudah nak bersihkan ! Kan ??? Betul.. aku sendiri pon ada kalanya dah boring.. maka biarkan je.. nanti upah orang jer cat balik ! Kan kan ? Tetiba aku terbaca satu artikal mengenai conteng dinding ni dan menariknya , bahan yang diperlukan untuk membersihkan contengan tu , rupanya lama dah ada di dapur rumah aku ! Hahahaha.. aku try buat ! 
Untuk pengetahuan korang , kesemua lukisan ni dah berbulan lamanya. Aku biarkan jer sebab penat nak cuci. 



Tapi aku ada BASIC H Organic Cleaning Concentrate yang selama ni aku tak tau kelebihannya.. Hehehehe.. Skang dah tau antara kegunaannya. 



Tadaaaa ! Tak sampai 10 minit punya kerja... selesai wehhh ! Hahahaha.. Sila conteng lagi ! Daddy leh senam otot mencucinya.... Nak beli menda alah ni ? Sila hubungi Cikgu Nizam di 013 976 1627 ! Agen Shaklee berdaftar gituu... hehehe ..

Tak susah jaga bayi berusia 6 bulan ke atas..

Aariz dah diajar bangun awal pagi. Dalam jam 7 , dia dimandikan dan seterusnya sarapan pagi. Kemudian , lepak tengok tv atau 'tengok dunia' . Aku tak tau la bayi lain camana tapi kalau Qhaliff , Zahra dan Aariz ni , pagi pagi memang aku kena bawak diorang berjalan sana sini dulu sebelum tidurkan semula dia. Cuma tang Aariz ni payah sikit nak bawak berjalan sebab mak dia awal pagi dah kelam kabut. Siapkan Qhaliff , makan Zahra dan bersiap untuk pergi kerja. Maka aku terpaksa duduk rumah jaga Aariz dan tolong dia juga. 
Selepas dia pergi kerja.. barulah masa aku dengan Aariz. Hehehehe... Jom lepak cuci mata. Sayang anak dara sebelah dah pindah. Tak leh tengok awek awek cun dah.. Kalau tak , mesti akak akak tu tergoda tengok Aariz yang hensem cam daddy dia.. hehehe.. 
Samada nak cuci mata atau bermain dengan anak kita tu , terpulang.. Tapi yang pasti , bayi takkan dapat bertahan lebih dari 2 jam. Tu dari pengalaman aku la.. Selepas 2 jam , diorang akan mula lapar , dahaga dan kepenatan. Susukan , tukar lampin.. dan tidurkan mereka.. Ada yang bagi tanda tanda terlebih awal dengan buat 'perangai'. Aku tak tau la kot ada bayi mampu tahan lebih 2 jam. Mungkin dah dilatih berjaga lebih lama.. sapa tau kan ?  Heheeee..
Apa pun.. jika korang jaga anak korang sendiri , pastikan korang senantiasa cukup rehat , tidur dan yang penting.. mental dalam keadaan stabil. Pasangan perlu pastikan semua ini atau anda biarkan anak anda dengan insan yang dalam keadaan emosi yang kurang stabil , fizikal yang t idak bersedia ! 

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI