Dapur Tanpa Sempadan...

Selasa, 4 April 2017

Semalam dia tersenyum dalam mimpinya..



Semalam dia tersenyum. Hari ni dia menangis. Demam. Segala perancangan hari ni, bertukar. Wife ada meeting penting, kena ganti dengan orang lain. Aku patut ada photoshoot hari ni dengan jurugambar terkenal, Wan Izhar, dibatalkan untuk kali ke 2. Hari tu pun sebab anak anak demam. 
Dan petang ni aku ada meeting dengan satu syarikat besar, untuk satu projek besar. Boleh gi ke? Wife suruh pergi je. Dia boleh handle. Si baby nak berkepit ngan mak dia jer. 
Hurm.. Gitulah kehidupan. Ada senyum.. Ada tangis. Barulah ada 'keseronokan'. Kalau senyum je, kita tak tau dengan siapa kita hidup. Insan di sekeliling kita hanya bijak amik kesempatan terutama di kala kita senang. Masa susah? 
Ada satu hal lagi nak kena selesaikan.. Hurmm hal keluarga. Penat gak hal ni. 

Kerana Pj Masks !

" Qhaliff.. tunggu dulu. Daddy nak amik gambar dulu. ". Ujar aku pada Qhaliff. Dia dan Zahra dah tak sabar nak 'robek' mainan baru yang diorang dapat. Beli online jer kat @privateyes_malaysia , senang ! 
Sebenarnya aku tak kisah pon diorang nak koyak pembalut tu tapi saja aku nak uji kesabaran diorang.. Hampir 2 jam gak la Qhaliff mengusung mainan tu. Aku mampu tersenyum jer. Biarkan dia tengok mainan tu 'dari luar'. 
"Daddy , dah amik gambar dah.. !" . Qhaliff tersenyum. Aik ???? Bila lak aku amik gambar ? Wife pandang aku. 
" Dia amik guna tab.. ". Jawab wife tanpa ditanya. 
Huhhhh.... Aku tengok tab. Qhaliff tersengih jer.. 
Nak oiii ! Kalau gini punya hasil , rasanya bulan depan daddy tak dapat apa apa job dah ! Huhuhuh... Main amik je gambar ! Asal ada objek dalam tu , dah !  Hahahaha.. hancusss bisnis daddy lagu nii haaa ! 
Aku keluarkan kamera dan ajak dia bergambar.. 
Dekat 20 keping gak percubaan. Pelbagai gaya dia buat dengan penuh kesabaran. Hanya tunggu aku jawab ' Ok' jer.. huhu... Dan penantian dia berakhir... Gembira tiada kepalang. Dia dan adik dia dapat juga bermain PJ Masks yang selama ni dia tengok di tv. Amik yang hero jer.. yang jahat kasi daddy ! Huhhh...

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI