Dapur Tanpa Sempadan...

Rabu, 5 April 2017

Lipstik Soul Matte Lip Cream dari Stylista Cosmetics yang aku sendiri pakai !

Kali pertama aku pakai lipstik ! Selama 9 tahun aku kawin , aku tak pernah sentuh lipstik dia. Tapi mak aku punya, masa aku kecik kecik dulu aku ada la pakai. Tapi bila colek kat bibir tu , aku jadi cam.. erkkkk.. apahal laaa mak aku pakai water color kat bibir dia eh ? Terasa macam letak cat jer ! Hahahaha.. 
Bila dah tua tua ni , barulah tau akan kelebihan lipstik ni pada orang perempuan terutamanya. Kekadang ianya bukan sekadar lipstik.. haaa ! Ada kebaikan bila pakai gak wooo.. Bukan apa , ada lipstik nampak macam cun bila dipakai tapi bibir jadi kering.. melekit dan paling tidak pun cepat tanggal ! 
Ok... semalam aku test satu lipstik. Aku sendiri pakai dan cuba ! Apakah berbau ? Apakah melekit lekit ? Dan apakah mudah tanggal ? Hurmm.. 
Soul Matte Lip Cream Limited Edition dari Stylista Cosmetics ni aku cuba pakai sendiri. Sendiri pakai yer ! Takda orang tolong punya dan kemudian aku tanya pada wife aku yang sangat cerewet bab lipstik ni , apakah ok atau tidak ? 
Maaf yer.. aku bukan nak bertukar jantina atau hormon berubah ! Nak jadi blogger mereview produk bukan mudah ! Kena sendiri try woooo.. Harap jangan ketawa atau muntah darah . Sila fokus pada bibirku yang seksi itu.. 
Aku try 3 warna... aummm ! Amacam ? 


Ok tak ? Haaaa.. mungkin tak kena ngan bibir aku tapi ngan bibir korang yang mongel tu mesti lagi menarik.. kan ? Menurut founder Soul Matte Lip Cream ni , sekarang ni dia sedang buat harga promosi iaitu RM130 untuk sekotak yang ada 5 batang lipstik dan harga di luar promosi ialah RM150! Manyakkk jimat wooooo ! Lugi talak amik skang ni... Free postage gitu ! 

Untuk info lebih lanjut , sila : 
Whatsapp : 012 321 3104 
Web : www.stylistacosmetics.com

Oh ya... nak jadi dropship pon boleh ! Cepat hubungi mereka.. 


Tanggungjawab sebagai 'social media influencer' !

Tonton video penuh di This AS Life- Malaysia
Alhamdulillah.. dalam kesibukkan menjaga anak dan juga berblog , aku sempat juga membuat projek amal kebajikan.  Apa yang menariknya projek ni ialah penyakit yang jarang kita dengar tetapi sebenarnya dah lama wujud di kalangan kita. Tiada yang amik berat sehinggalah ada antara kita menghadapinya dan ketika itu , dunia seakan kelam sudah baginya..
Sebagai social media influencer , aku menyahut cabaran dan merasai sendiri 'tekanan' yang dialami mereka dengan merasai sendiri keperitan yang sedang mereka tanggung..tanpa sebarang ubat atau penawar bagi menghilangkan kesakitan atau penderitaan mereka . 
Bukan mudah tapi itu saja yang mampu aku buat , ketika ini. Bahagian aku sudah.. bahagian korang ? Sekurang-kurangnya ada juga tindakan walaupun kecil.. walaupun sekadar LIKE.. sekadar KOMEN .. sekadar SHARE atau nak lagi best , jom turut sama sertai kempen yang sedang mereka buat.. 
Nak tau lebih lanjut , sila baca di SINI

Apa giler Ben Ashaari pakai lipstik di malam buta ???


Sebenarnya aku tengah buat review amatur.. apa pendapat aku mengenai lipstik yang aku dapat tu. Bukan apa , founder lipstik tu bagitau aku lipstik tu bagus.. kalis air dan mampu tahan lama walaupun selepas berciuman dengan kucing mahupun pingat  emas yang baru dimenangi dalam acara lumba dalam guni. Fuh , tu aku nak try tuuu.
Aku kasi wife try gak. Pada awalnya dia suh letak je bibir dia sebagai testimoni.. tapi aku tak kasi sebab bibir dia cam Angelina Jolie. Kang ada yang ingat aku kawin dua lak ! Haaa.. Dah la minah tu menjanda skang.. Haaaa... Tak ke timbul fitnah kat situ ! Lagi pun kan menarik lelaki yang pakai. Kalau nampak menarik , sah sah lipstik tu memang gempak , kan ! 
Ok.. kesimpulannya , lipstik tu seperti yang dia kata ! Takda bau cat dan memang tahan walaupun lepas gomol Qhaliff dan Zahra.  Apa ? Gomol mak diorang ? Huhh.. Tak baik citer gitu dalam blog ni... Ni blog cerita baik baik punya...
Apa ? Nak tau jenama lipstik tu ? Eh.. rileks ar... tunggu sampai aku buat entri penuh. Apa lagi kelebihan lipstik tu dan harganya.. Harganya , memang tak masuk dek akal la ! Murah wooooo.. Wife pun tak caya ! 5 lipstik dengan satu harga ! Wowwww .. cayalaahh ! 
Pasni aku nak tukar niche blog la.. Blogger Beauty ! Aummmm...

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI