Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 6 April 2017

Lelaki memang malas membeli belah secara online eh ?

Secara jujurnya , aku pun tak suka. Tapi baru baru ni , ada la jugak minat aku mula memutik terutama nak beli barang dari USA ! Hahahahaha.. ghairah tuu.. Barangan berjenama. Nasib baik la owner dia tu boleh dipercayai. Dan menariknya , auuww... dia kenal aku gak ! Fuh , tak sangka kooooo.. popular gak pakcik ni ! Hurmm.. pakcik dah title aku skang ! Tunggu Dato' , tak tau bilaanya ! 
Ok. selain dari tu , aku mula giler mengusha barang barang di Shopee.Com.My ! Semuanya pasal semalam laaa.. Aku meeting ngan PR Shopee, Cik Paris namanya.. Aum... Dan katanya barangan dalam tu semua best best ! Dan murahhh ! Yekeeee ???? 
Tapi Shopee ni lain dari Lazada mahupun Zalora ! Korang pun leh jual barang korang dalam tu ! Selain dari membeli , menjual pun boleh ! Haaaa.. Ni la pasalnyaa.. Aku nak jual produk dari jenama BenAshaari.Com ! Haaaa.. Amacam ??? 

Aku rasa laa.. kalau cara gini la kan.. boleh tak tarik orang lelaki membeli barangan atau menjual barangan terpakai diorang kat Shopee ni ? Kot la ada nak jual jaket ke.. sport rim ke.. atau jual diri.. eh ! Jual diri jangan ehhh ! Haaa.. kena tangkap , sendiri tanggung ! 
Ok.. aku nak sambung mengusha.. Barang Sony banyak kauuu ! Huhhuuh.. Rambang mata aku jap nyahh ! Huhhh.. Apahal ngan aku ni ? Baru pakai lisptik , dah berubah cara cakap ???? 
Lupa lak.. Boleh download app Shopee atau tengok je di shopee.com.my/

Kepercayaan Menghasilkan Kejayaan !


Alhamdulillah.. Walaupun nama aku 'diburukkan' di kalangan insan insan 'terpilih' demi mengejar projek projek tertentu , akhirnya yang 'terhapus' dengan sendirinya cerita cerita negatif itu selepas mengenali insan ini.. ecehhhh.. 
Tapi serius woooo. memang ada je manusia membawa mulut pasal aku ! Kononnya aku kejam ! Aku itu , aku ini ! Hurmm.. Memang gitulah sejak aku mula 'membrandingkan nama'  Ben Ashaari ni. Yang menyokong , boleh dikira dengan jari termasuk la saudara mara mahupun adik beradik. Katanya mengarut dan membuang masa .. tak bermanfaat langsung !
Sekarang ni... ada je syarikat syarikat besar berminat nak bekerjasama dengan aku dan juga team #KBBA9 yang dikepalai aku ! Dulu orang tak pandang wooo ! Katanya... macam macam la dikatanyaaa.. Sekarang ?? Haaa.. malas nak cerita laaa.. eceh !
Aku tak kisah semua tu.. yang penting pencapaian yang dicapai oleh aku dan juga team #KBBA9. Yang berbunyi kat luar tu , cuba tengok balik asal usul. Aku malas nak mengungkit.. Nasihat aku pada insan yang sering dikecam.. tenang sudah. Hadirkan kepercayaan mereka dengan berikan
melakukan tugas tugas dengan ikhlas..

Bila aku berlipstik..

Aku post gambar aku review lipstik di Instagram dan Facebook. Ada yang faham kenapa aku buat gitu dan ada yang tidak.. dan ada yang buat buat tak paham walhal tau je kenapa aku buat gitu.. kan kan ? Tak kisah la.. tapi isunya , ada yang mempersoalkan.. kenapa aku buat gitu ? Tak reti malu ke ? Haish..
Aku tergaru kepala..Yang korang tengok rancangan lawak kat tv tu , pelawak lelaki berpakaian perempuan.. korang ketawa berderai air mata ! Tak pulak kata macam tu ? Kenapa bila time aku , pandai pulak berkata macam tu ? Apakah sebab aku ada pertalian persaudaraan ???? Hekler... Apa yang aku lakukan , segalanya bersebab... Aku tak buang masa aku sia sia di media sosial ! Tak seperti ada insan insan yang gunakan media sosial untuk mengutuk sesama sendiri terutama adik beradik melalui status status yang dimuat naik ! 
Ok.. Yang menariknya , aku post satu lagi menda di Facebook dan Instagram. Sengaja aku buat gini sebab aku nak tengok , siapakah insan yang akan prihatin dan perasan.. Aku post mengenai projek amal yang aku terlibat sama ! Aku ulangi.. aku post dua menda.. satu pasal lipstik dan satu lagi projek amal ! Jumlah komen pada lipstik jauh lebih tinggi dari projek amal yang aku terlibat tu ! Wow... ternyata kita lebih tertarik pada sesuatu yang 'mengundang kontroversi' , kan ? Hehehehe.. 
Menariknya , bila aku melakukan sesuatu di luar kebiasaan.. terutamanya yang tak sedap mata mereka memandang , mereka bercakap ! Bila ianya sedap sangat untuk dipandang , krik krik bunyinya ! 
Sian orang orang gini. Serius... aku kenal sangat orang orang gini.. Mereka sangka mereka bijak. Mereka sangka mereka dah cukup bagus..padahal mereka tak tau apa apa langsung ! Dan kesiannya , mereka berada di bawah tempurung.. 

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI