Jumaat, 7 April 2017

Bila buang mekap , terserlah rupa sebenarnya !

Fuh... Aku ni kira bernasib baik .. dah kawin ! Maka tak perlu lagi nak 'mencari' bakal isteri dah ! Jika aku bujang , pastinya aku akan jadikan media sosial antara medan mencari bakal isteri selain dari Perpustakaan Negara. 
Bukan apa... sekarang ni kan , aku tengok di Instagram la antaranya.. fuh , gadis gadis ayu macam terlebih permintaan di pasaran ! Aku sendiri rasa teruja nak mengorat ! Yelah , kalau bukan lelaki cam aku ni menambat hati mereka , sapa lagi kan ? Apatah lagi sekarang ni lelaki sejati di Malaysia dah makin berkurangan. Terpaksa import dari Bangladesh , Nepal , Somalia dan sebagainya bagi menampuang permintaan dan seterusnya mengelakkan dari berlakunya perbuatan di luar tabie ! Haaaa... dasat kan skang ? Lelaki cam aku ni gak la jadi penyelamat. 
Ok... 'operasi menyelamat' bermula.. Wife kata kalau aku nak kawin 3-4 , dia ok je ! Mengelejang kepala lutut aku ! Terus mencari calon di lokasi pertama, yakni Instagram ! Fuhh , asal bukak je , cun! Asal cun je , aku bukak.. Perghhh... cun giler ! Tapi aku antara lelaki yang mudah tertipu dek mekap! Ada lelaki dah power rangers. Tengok je dah tau tu 'ditopengkan'. Tapi aku percaya , wanita tu tetap cantik walaupun dibuang mekap.. 
Hinggalah di zaman segalanya boleh GO LIVE , maka tengok la rupa mereka sebelum mekap dan selepas dimekapkan ! Fuhhhhhh... giler laaaaa.. Scary Movie sungguh ! Mudah sangat la mata ni tertipu dengan alatan mekap wanita.. Adehhh..
Dan sekali lagi aku bersyukur.. aku dah kawin. Cukup la sorang ni ! Wife pun jenis tak mekap tebal. Asal 'bercalit' je dah.. Aku bukannya tak suka perempuan mekap.. sukaa ! Cantikk... Tapi bila buang mekap tu , kekadang aku rasa... hurm.. Malas nak sambung ! 
Seperkara lagi. dah la mekap tebal.. pastu berlagak cun giler ! Eh , akak.. kalau rasa cun sangat , cuba la buang mekap tu ! Nak tengok rupa original !! Ada berani ??? Heheheheh..

Maka nasihat aku la.. mekap la nipis nipis pastu post di media sosial. Yang mana mengutuk tu , blocked jer. Jangan dilayan... Yang mana memuji tu , jangan percaya sangat ! Mesti scammer tu ! Haa.. Masa ni akan ada yang sudi berkawan dengan kita walaupun muka kita cam Kong ! Hati mau baik wooo.. Muka cun tapi hati busuk , tak guna gak. Muka tak cun dan hati busuk , tu memang busuk laaa.. Hati mau kena jaga , Ok ? 
Akhir kata.. bersederhana terutama dalam mencari jodoh atau memancing jodoh.. heheheee..

Sebab ada D-Tox !

Huhhh.. dia tunjuk pada aku di kala aku kemurungan sebab terlebih makan malam ! Dia gi beli satay dan bihun sup. Patutlah beria dia suruh aku makan walhal dia tau , sebelah makan , aku cuma makan roti nan jer  Roti nan bagus woooo.. fiber.. esok pagi , zasssss... abis berderai kat jamban ! Takda simpati langsung hasilnya tapi amat memuaskan.. 
Tapi semalam, dia kasi aku try D-Tox... apakah hasilnya di pagi hari ? Hurmm... Dulu aku suka la makan pil kasi lawas perut.. maklumlah , zaman aku keboroian di usia 20an , macam macam makan.. tapi bab membuang tu memang payah laaaa... ilmu mengenai khasiat makanan tak tau sangat. Takda bini orang kata... 
Dengan adanya D-Tox.. baru semalam la cuba.. boleh tahan kesannya ! Takda la tahap memulas tapi bila sampai masanya , dengan tenang dia keluar. Tanpa perlu beratur atau berlumba lumba. Mereka keluar dengan comelnya gitu. Haaaaa... 
Rasanya ? Ada rasa limau dan halia.. sedap ! Aku rasa macam nak abiskan semua jer.. tapi risau nanti dengan usus usus aku sekali keluar...hehehehe... 

Pilihan Makan Malam Menarik Di Hotel Seri Pacific , Kuala Lumpur Sepanjang Bulan April 2017

Setiap kali Hotel Seri Pacific menjemput aku untuk memperkenalkan promosi makanan mereka , aku takkan lepaskan peluang untuk hadirinya kerana bagi aku , makanan yang disajikan mereka tidak menghampakan sama sekali ! 
Kali ini , untuk sepanjang bulan April di Zende Restaurant ada menu menu menarik menanti anda.. untuk makan malam bersama yang tersayang mahupun rakan rakan. Pastinya tidak akan mengecewakan ! Dengan RM70 hingga ke RM100 seorang, anda boleh menikmati makan malam bermula dari jam 6.30 petang hingga 10.30 malam. Makanlah sepuashati.. tiada siapa yang melarang. 
Apakah kelainan yang ditonjolkan oleh Hotel Seri Pacific kali ini ? Ok.. Ada 3 pilihan. Semi Buffet Combo , BBQ Nite atau Enticing Seafood.  Menarik ? Hehehehe.. Tentu laa.. Tu belum rasa di lidah sendiri ! Pastinya akan datang lagi punya. 
Semi Buffet Combo
Isnin hingga Jumaat , dengan harga RM70 seorang.. korang akan menikmati appetizers dan desserts di meja buffet dan hidangan utama adalah pilihan combo yang terdiri dari selera tempatan atau pun makanan barat ! 
Antara pilihan makanan tempatan yang ada ialah Mee Mamak , Nasi Goreng Omelet , Mee Rebus , Nasi Ayam , Char Kuey Teow , Cantonese Kuey Teow. Manakala selera barat pula terdiri dari Fish & Chips , Pasta Bolo & Napo  , Sandwiches, Lamb Chop, Chicken Chop Cajun dan Choice of Pizza 6" .
BBQ Nite
Setiap Rabu , dengan harga sekepala RM95 korang akan dihidangkan dengan Carribean Jack Beef Steak , Old Bay Marinated Lamb Shoulder  Steak , Grilled Spiced  Spring Chicken , Buffolo Wings , BBQ Beef Ribs dan macam macam lagi. 
Untuk appetizer dan desserts ada pelbagai pilihan untuk dinikmati seperti Chorizo Fundido , Homemade Guacamole , Texas Egg Rolls , Country Red Potato Salad dan Nachos. Dessers lak ,Blueberry  Mousse yang dihidangkan dalam gelas , Mocha Brulee ,Jack Fruits Strudels , Semolina  Pudding , Miniature Pavlova Lemon Cheese Cake dan Macaroons. 
Enticing Seafood
Setiap Jumaat , peminat peminat makanan laut pastinya akan berpuashati dengan pilihan makanan yang dihidangkan.  Hanya RM100 seorang , korang akan menikmati Lobster Terrine with Tarragon Tomato Coulis , Marinated Jellyfish  with Young Mango , Cocktail,  Pam Seared Blackened Tuna with Citrus Salsa , Assorted, Nigiri Sushi Platter , Smoked Salmon , Grilled Flat Head Lobster with Garlic Butter . Safood Otak Otak dan Breaded Soft Shell  Crabs with Aioll Sauce . 











Antara makanan yang bakal menanti anda.. Antara yer.. Ada banyak lagi ! Aku tak sempat amik gambar sebab sedap sangat.. Aku makan dulu.. hahahaha .. Ok.. kalau ada apa apa pertanyaan atau nak buat tempahan , sila hubungi 03-4042 5555 atau email ke fbresv@seripacific.com atau lawati www.seripacifichotel.com.


Apa ? Qhaliff ada ujian 'spelling' ?

Dapat mesej dari guru tadika Qhaliff. Jadual peperiksaan dia ! What ?????? Eh , teromputeh lak.. Apaa ???? Adehhh... Siap diberi 'soalan bocor' lagi. Bermakna kena kasi dia hafal perkataan perkataan tersebut. 
Tetiba teringat zaman aku sekolah dulu... Cikgu kelas yang biasa bagi 'spelling' ni , memang time tu dia tak da mood nak mengajar ! Dan anak anak murid dia bergumbira sangat sangat ! Tak yah belajar masa tu.. Takat spelling , apa la sangat kan ? Cecece.. Tapi tu masa sekolah menengah. Masa sekolah rendah , cikgu kasi hadiah berupa wang ringgit.. Sapa paling tinggi markah , dapat RM1 ! Haaaa.. masa tu air tin baru 50 sen ! Haaa.. sekarang berapa ? Bayangkan apa boleh buat dengan RM1 ! Syurgaaaaa... hahahaa.. 
Selain dari 'exam' dia akan ada sukan ! Dan parents wajib kena hadir. Kebetulan lak mertua aku datang dari Kelantan.. Haaaa , camana tu nanti ! Pening dah ni... Jujur cakap.. aku malas nak join sukan sukan ni. Bukan tak sporting.. tapi takut terover nanti ! Terlupa daratan lak.. Hahahaha... 
Apa apa pun... kena kasi Qhaliff hafal dulu. Takat ni dia reti eja 'ibu' dan dah poyo... Dia kata ibu dia yang salah eja dan suruh gi sekolah.. belajar ! Banyak dah dia reti cuma dia malas nak tunjuk depan aku ! Takut dia kena studi lagi... Pandai mamat ni nak larikan diri ! 

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI