Dapur Tanpa Sempadan...

Isnin, 10 April 2017

Keputusan Akhir Pemenang Contest TYZARA 2017 !

Ok.. iklan dah tamat ! Sambung kembali pengumuman pemenang untuk contest Tyzara yang gempak itu ! Ramai tak sabar sabar menanti keputusan yang mana segala penjurian dilakukan oleh orang terpilih dan takda kaitan dengan aku ! Aku pon tak tau sapa tapi dikatakan cun orangnya ! Waduh , waduhhh.. mana bisaaaa gini dong ! 
Buat yang tak tau sapa pemenang Share Terbanyak dan Tempat Ke 3 Artikal Terbaik , sila baca di entri gempak aku ni... Share Terbanyak dan Tempat Ke 3 !
Cerita banyak tamooo..  meh aku umum pemenang Artikal Terbaik di tempat ke dua ! Fuh , Memang sengit la.. Dengarnya cuma tewas beberapa mata jer.. Dasat dasat ! 
Entrinya memang macam orangnya la. Gempak ! Power Rangerslah !! Siapakah wanita itu ? Siapakah blogger itu ??? Jeng jeng jeng.. Jap , kasi aku tukar link dia tu.. heehhe.. Baru la best ! Ok.. dah tukar... Jom tengok PEMENANG TEMPAT KE DUA ARTIKAL TERBAIK ! Tahniahhh yer Puan ! Cuba lagi yer... hehehehe... 
Dan tempat pertama... Fuh , tak sangka laaa dia leh dapat ! Blogger bukan pilihan ni.. Dia kata dia main hantar jer artikal jer tapi aku memang dari tau , dia seorang blogger yang bagus penulisannya. Cuma kesibukan masa saja menghadkan dia untuk lebih serlah bakatnya ! Siapakah dia ???? 
Baiklah... ARTIKAL TERBAIK CONTEST TYZARA 2017 dimenangi olehhhhh.... olehhhhhh... muzik pleasssee ! Kuat lagi.. Yearghhhhh... Goyang Inul japppp.. Eyahhh.. eyahhhhh... 
Jatuh kepadaaaaa.... Jap, penganjur kata selepas persembahan Aiman Jate ni .. Kita rilek rileks dulu yer.. Layan lagu sebutir dua.. Okeh ? Jangan stress stresss.. Kasi tenangkan jiwa..  Tak syiok la terus umumkan ? Korang leh tunggu 2 bulan.. apa salahnya tunggu lagi 2 hari kan ? Hehehehe... 

Contest TYZARA 2017 : Dan pemenang Iphone 7 ialah...

Mesti korang tertunggu tunggu kan.. sapa laa yang bertuah selain aku tu yang dapat Iphone 7 ! Korang rasa sapa ?? Teka laa , teka laaa ! Alaaaa... malas la korang ni ! Tak pe laa.. Aku permudahkan hidup korang eh ! Hehehehe.. Aku kasi tau sapa dapat eh ? 

image
Tapi sebelum tu , apa kata kita tonton iklan minyak atar ini terlebih dahulu. Aku jadi pelakon dia , ok ! Memang best la lakonan aku tu. Silap aku dah berumur 40.. kalau tak , selamba je Fattah tu aku patah patahkan jer lakonan dia. Apa ? Tak nak tengok ? Hahahahaa.. Kedekut la korang ni ! 
Ok.. ok... Ada 2 kategori yang dipertandingkan... Kita mulakan dengan... jeng jeng jeng... Share paling banyak ! Fuh.. Share paling banyak atau bahasa bestnya , Share terbanyak.. dimenangi olehhhh PEMENANG SHARE TERBANYAK ! Haaa... 
Amacam ? Sentap ? Hahahahaa.. tak adil kan ? Acaner mamat tu leh dapat kan ? Walhal dia tuuuu. ehhh... mana aci kan ? Hahahaha.. Ok ok.. Sekali lagi.. Aku umumkan dengan ini... pemenang untuk share terbanyak jatuh kepada .. aku ! Ehehehe.. kepada PEMENANG SHARE TERBANYAK !!!! 
Tahniahhhh... 
Ok... kita beralih ke kategori model terkacak Tyzara ! Haaa... Dan pemenangnya ialahhhh.. Jap jap. Apa ?? Eh , penganjur kata mana ada kategori ni !! Memandai mandai je aku buat ! Hahahaha.. Rileks rilekssss.. sabare wakkkk ! 
Haaa.. sambung.. Artikal Terbaik , tempat ketiga jatuh kepadaaaaaaaaaaaaaaaaa... jeng jeng jenggg.... Rosyam Noor ! Eh , sori..heheee.. Sila klik PEMENANG KE TIGA ARTIKAL TERBAIK ! Tahniaah , tahniaahh ! Tempat ke tiga berjaya membawa balik wang tunai serta banglo 3 tingkat yang dibelinya sendiri di Cyberjaya ! Cayalah... Masyukkkk tu jadi agen Tyzara ! Hahahaa..
Orait.. tempat kedua untuk kategori ARTIKAL TERBAIK ialah.... huarghh.. anak menangis lak. Jap eh... nak buat susu. Pastu nak mandikan Qhaliff dan Zahra... Nanti aku sambung untuk tempat kedua dan pertama ehhh...  
Hahahaha.. stress sungguh la muka korang ! Nak sangat eh Iphone tu eh ? Rileks laa.. aku dapat laaa.. Aku tak masuk tapi aku menang ! Aku bayar penganjur okkk ! Rasuah baik punyaaa.. Korang kena belajar ngan aku camana nak merasuah ni. Power part ni. Hahahaa.. Gurau gurauu.. tak leh gurau , gi surau ! Huhuhu.. 
Ok.. TEMPAT KE DUA ARTIKAL TERBAIK berjaya dimiliki oleh .. fuh , minah ni kan.. Tak sia sia aku ajar dia camana nak main batu seremban ! Kena power dulu batu seremban , baru leh masuk contest gempak gempak gini... Ok ? Kalau nak , sila whatsapp aku nanti eh ! Oh , terlajak lak.. hehehe.. Dan pemenangnya , selepas iklan ini.. hahahahahha... Tungguuuuuuu di entri selepas ini !
Fuh , lama sungguh aku tak buat perangai macam ni ! Hahahahaha.. 

Tiba-tiba Cikgu Qhaliff mesej aku..

"En. Ben , tadi belakang Qhaliff terkena.... bla bla bla.. ". Cikgu Qhaliff beritahu aku. Aku membacanya dengan tenang. Aku jawab.. Kemudian aku call wife.. suruh dia gi tadika Qhaliff dan tengok keadaan dia. Kalau perlu bawak ke klinik bawa, bawa. Atau bawa pulang rumah je andai perlu.
Wife pergi.. dan tengok keadaan dia. Qhaliff nampak je mak dia , terus berdrama. Nak balik selalu. Hurmm.. Bawak je la balik. Dia tengok belakang badan Qhaliff. Tak kata apa. Dalam kepala nak letak ubat .
Punca ? Aku tak salahkan cikgu sama sekali. Aku tau anak aku tu camana.. Dia lasak walaupun nampak lembut. Asyik nak bermain tak kira tempat. Asal ada peluang je , dia nak berlari. Sebab tu aku tenang jer. Lagi pun tak la teruk mana.. Dan dia pun perlu belajar.. semua ni pengalaman dan pengajaran buat dia ! 
Di rumah.. aku tanya dia.. Dia mengaku dia main.. Aku gosok kepala dia. Selak baju dia. Merah kelihatan tapi nampak macam dah berkurangan. Harap tak teruk la.. Moga dia tak serik gi tadika. Kalau tak , jenuh nak berdrama awal pagi.. 

Terseksa bila 'angin' menyerang !

Aku tak tau apa yang menyebabkan 'angin' sudah menyerang usus aku. Peritnya la rasa.. Tak tidur aku semalaman. Nak update blog pon takda mood. Tangan asyik mengurut perut jer.Mata mengantuk tapi tak leh baring ! Aduhh.. Dah la tu , esok start keje dan wife lak ada meeting penting. Nak tak nak , aku tetap kena jaga budak budak !
Dan nampaknya , kena gi umah mak aku. Aku tak leh jaga diorang kalau aku dalam keadaan gini. Nanti aku mudah cepat naik angin gara gara angin dalam badan. Sian Aariz dan Zahra nanti. Si Qhaliff , tak pe la.. dia sekolah. Leh duduk kat sekolah hingga petang.. hurmmm. 
Kat umah aku senang skit.Mak aku otai dah. Boleh tengok budak budak ni sementara aku terbaring jap. Esok petang ada buffet Ramadan di Kota Seri Emas Golf And Country Club. Hidung selsema dan batuk batuk.. 
Serius.. waktu tulis entri ni, beberapa kali terlelap. Sangat mengantuk dan keletihan ! Bukan senang nak jadi Mr.Mama.. takleh MC melainkan pasangan amik cuti.. hahahah..barulah dapat MC kita ! Gitulah nasib suri rumah.. kan ?

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI