Dapur Tanpa Sempadan...

Selasa, 11 April 2017

Jangan jadi BLOGGER SOMBONG tapi KOSONG !

Nak punya nama dalam dunia blog ni bukan mudah. Jalan paling cepat ialah join komuniti atau jadi 'pengipas' blogger top ! Tapi nak jadi 'pengipas' pon bukan senang wooo. Banyak cabaran. Boleh dibaca tindak tanduk gitu.. Apa pun , ikut suka korang la.. Mana mana pon ok je asalkan jangan kacau orang lain.. kan kan ? 
Yang penting ialah bila ada nama... Bila dah ada nama , nak jaga nama tu bukan mudah. Kita kena jaga kesemuanya ! Bukan suruh berlakon tapi kena ubah ! Kalau dulu suka korek hidung sewaktu memandu , skang tak leh dah.. risau risau pemandu kereta sebelah kenal kita ! Hilang privacy kan ? Apa nak buat.. sapa suruh ko popular ! Haaa..
Tapi semua tu hal kecik.. Yang nak kena jaga , paling penting ialah hubungan kita dengan PR Agency! Jangan berlagak bagus dengan diorang. Bila dijemput secara baik tak kira la melalui email atau whatsapp , kita balas dengan baik. Tak kira la nak terima atau tidak , jawab dengan berhemah. 

Ada kes la.. yang aku dengar di telinga aku.. sedih gak la ! Sikap poyo dan sombongnya macam dia dah cukup gah ! Seumpama dia punya income dari blog dah cecah ratusan ribu sebulan ! Bagi aku kalau ko gempak sangat , berenti keja dan carilah makan dengan blogging. Buat apa nak kerja kan ? 
Sikap sikap ginilah yang membuatkan nama blogger lain terpalit sekali kebusukkannya ! Jangan gitu. Ingatlah... hari ni korang naik , esok lusa boleh turun ! Bila dah ada nama tu , jagalah personaliti. Jangan ingat kita ni level Hollywood ! Ada blogger rasa dia sama level dengan artis Malaysia ! Kena layan baik baik.. Aparaaaa ! Bikin malu kompeni jer. 
Nasihat aku.. kekalkan momentum blog.. jaga disiplin .. jaga nama dan senyum selalu ! 

Pemilik Iphone 7 contest anjuran TYZARA 2017 ialah..

Waahh.. aku dah umumkan pemenang pemenang untuk contest anjuran TYZARA yang gempak tu.. Giler kauu.. hadiah memang berbaloi gitu ! Dan pulangan dikatakan juga berbaloi. Alhamdulillah.. Terbaik TYZARA ! Pasni akan ada banyak lagi contest contest anjuran TYZARA. InshaAllah.
Ok. Seperti yang korang dah tau.. kalau belum tahu , meh aku ulangi yer... Share Terbanyak , Artikal Terbaik #3 , Artikal Terbaik #2 dan skang aku nak umum , juara di antara juara ! Haaaa...tak sabarnyaa aku nak umum tapikan.. tapikan.. rileks dulu.. 
Rasa tak puashati bila tak menang tu biasa... tapi itulah rezeki kita. Dan anggaplah semua ni pengalaman. Mungkin kita tak menang tapi kita dapat ilmu ! Kita boleh belajar dari blog blog yang menang ni cara penyampaian mereka.. bagaimana mereka mengorek info info , posting gambar dan paling utama ialah tarikannya ! Haaaa.. Fuhh.. 
Ok.. Cerita banyak tamooo.. korang pon mesti skip skip part aku bebel ni kan.. nak terus cari kat mana aku backlinkkan nama pemenang tu kan.. hehehehe... Tak pe.. Aku umum terus eh kat sini ? Ke nak backlink ? Hahahaha.. 
Alhamdulillah.. Rezeki anak anak ! Oh ya, juri .. aku tak tau sapa tapi yang pasti bukan di kalangan rakan blogger #KBBA9 yer ! Ha , sambung... rezeki anak anak. Memang aku akui dia seorang ibu yang bagus. Penyabar dalam membesarkan anak anaknya . Opsss... Terbagi klu lak ! Hahahaha.. Ada anak.. wanita ! Oh , maafkan saya wahai blogger lelaki ! Iphone 7 ni milik Puan HANANI aka MAMA KEMBAR 3 !!!!


TAHNIAH semua ! Satu penyampaian hadiah akan dibuat nanti... Terima kasih atas sokongan semua. Jangan sesekali kecewa ! Yang penting ialah ilmu yang kita dapat untuk perbaiki lagi mutu blog kita...

Penatnya jadi suri rumah...

Bagi yang bekerja , lepas subuh dah kalut bersiap nak gi kerja. Melainkan pejabat dia depan umah je.. maka boleh la sambung buat setengah jam gitu.. hehehe.. kan kan ? Tapi buat mereka yang bergelar suri rumah dan punya anak.. pastinya tak boleh gitu dah sebab... sebab.... dah kena mula bertugas ! Melainkan ada 'orang gaji' ! 
Pengalaman aku menjadi suri rumah selama 5 tahun , memang hurmm.. kalau boleh tu kan , aku nak je gi kerja ! Tak sanggup duduk rumah hari hari ! Seriussss !! Maaf , aku bukan mengeluh tauu.. tapi sekadar nak bagitau.. suri rumah ni bukan duduk rumah 'mengangkang ' sambil tengok telenovela atau drama bersiri yang bila dah abis, bersambung cerita lain lak ! Fuhhh... 
Aku ada 3 orang anak kecik..

Serius seronok tengok diorang membesar depan mata tapi dikala mereka membesar , pelbagai ujian dilalui. Jujur aku kata , ikutkan ujian yang aku alami ni kecik jer. Alhamdulillah.. mungkin Allah tau had aku kat mana kan..huhu.. Ni pun dah buat aku hari hari rasa cam... "Ya Allah , Kau hantarlah seorang orang gaji untuk membantu aku mengemas rumah ini... setiap hari !  ".
Nasib baik si abang tu dah bersekolah.. kalau tak ? Macam semalam.. dia balik awal. Si Zahra suka laa.. bila ada geng kat rumah... fuh , rumah serupa kapal karam ! Dan si kecil ni pon dah mula nak join dah !! Senyum tengok abang n kakak dia mengkaramkan rumah. Adehhh.. 
kat bahagian ni saja semalam 3-4 kali aku kemas. Dia kasi tumpah nasi... kasi tumpah air.. apa saja yang dia dapat , confirm akan tumpah ! Mengingatkan aku pada diri aku sewaktu kecik dulu. Aku rasa dia ni memang dapat ciri ciri aku ni ! Adehh.. bahaya ni.
Walaubagaimana pun , aku pasti sangat.. sepenat penat suri rumah.. mereka ikhlas 'menjaga' rumah dan membesarkan anak anak tanpa berbelah bagi perasaan ! Sesungguhnya , nak gi kerja tu lagi membosankan dari mengemas rumah. Cuma bezanya , suri rumah tak nampak dunia tapi dikatakan duduk berehat sambil jaga anak je ! Amboiii..mulut !!! Aku takda gaji tauuuuu ! 

Musim demam ? Cubalah VIVIX

Letih..lesu.. tak bermaya ! Semangat ada tapi rasa cam aku bakal buang masa je kat gym nanti. Bukan tak pernah gi gym dalam keadaan gini.. Gi gym tapi duduk je kat sana dan berborak ! Nak tolak besi pon rasa malas..inikan pulak nak angkat besi ! 
Bila aku tengok di timeline Facebook , ramai yang tak sihat... termasuk anak kecil mereka. Mak aku serta cucu dia di rumah dia sana pun abis semua batuk dan demam. Cuaca tidak menentu. Panas kering dan kemudian hujan lebat dikatakan antara penyebab utama. 
Sedang aku tidur , tiba-tiba wife kejut aku. Dia suruh aku minum sesudu VIVIX ! 
Aku dalam keadaan mengantuk , aku hirup je pastu tidur. Beberapa jam kemudian  aku bangun.. terasa lama sangat aku tidur. Tengok katil ,sapa sapa pun takda. Perhati di ruang tamu.. rupanya semua pakat tidur kat sana. Hurmm... Kul 11 malam dah !  Aku tidur cuma 2 jam je. Nak gi gym , dah lewat sangat. Segar semula kerana VIVID ? Apa VIVIX ni ? Hurmm.. 
Aku google dan.. lor , rupanya aku pernah buat entri pasal VIVIX pada tahun 2016.
Ia adalah sejenis cecair pekat berwarna merah yang terhasil daripada kandungan anggur muskat & tumbuh-tumbuhan lain. 
Apa yg terkandung dlm Vivix ni sehinggakan ia dikatakan sangat best? Vivix ia mengandungi resveratrol. Vivix juga terbukti 10 kali lebih bertenaga daripada resveratrol, tidak mengandungi alkohol dan menggunakan bahan semula jadi, tanpa pewarna tiruan serta perasa tambahan.
Saintis mendapati Orang Perancis makan makanan daging yang berlemak tinggi dan minum wain dengan banyak, tetapi kadar penyakit jantung tetap rendah di Perancis. Selepas bertahun-tahun membuat kajian, saintis menemui: Rahsia di sebalik Paradoks Perancis terdapat pada Resveratrol yang terdapat dalam wain merah...
Apakah itu Resveratrol?
• Antioksidan yang kuat,
• Anti-inflamasi
• Anti-kanser
Tapi takkanlah kita as muslim nak gi minum wine merah plak kan..hehe.. ALTERNATIF terbaik adalah dptkan vixix..Satu hidangan Vivix™ mengandungi sama banyak resveratrol yang terdapat dalam 100 gelas wain merah..Vivix mendapat sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
Vivix ni utk bantu pulihkan DNA yg rosak, mengawal genetik, menghasilkan tenaga yg diperlukan ole) sel, melambatkan pembentukan prtein AGE-advanced glycation end products. protein AGE yg berlebihan ni bole ganggu keutuhan sel. bantu jaga n pelihara kesihatan jantung, kesihatan otak, sistem imun, sendi, perlindungan antioksidan, utk kesihatan overall.
Vivix merupakan tonik anti-penuaan pelbagai manfaat yang sesuai untuk mereka yang menghidapi diabetes, arthritis, gout, penyakit kardiovaskular, kanser, tekanan darah tinggi, kencing manis, terlebih berat badan n masalah kegemukan, nyanyuk, osteophorosis, penyakit2 mata spt katarak n glaukoma dan macam-macam lagi. Mengandungi resveratrol yang dipercayai mampu memperbaiki DNA seterusnya mencegah penuaan berlaku dengan pantas.  " 
Hurmm... patutlah. Kalau nak tau lagi , boleh tanya pada Cikgu Nizam di 0139761627.

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI