Khamis, 13 April 2017

Merehatkan diri di The Sembunyi Spa , CyberView Resorts & Spa

Korang tengah stress ? Perlu ruang dan tempat untuk berehat seketika walaupun untuk sejam dua ? Aku ada cadangan.. 
Baru-baru ni aku berpeluang mencuba sendiri merasai 'keenakkan' serta' belaian' dari sentuhan urutan di Sembunyi Spa , Cyberjaya. Dengan lokasi serta tarikan tersendiri tempat ni , aku rasa mana mana pelanggan yang datang ke sini pasti akan balik dengan rasa yang cukup segar ! Kalau menginap semalam dua kat situ pasti lagi seronok.. Fresh !! 
Aku diberi cuba urutan selama 5 minit... 


Kemudian dibawa bersiar siar melihat kawasan spa.. Dan wow ! Ketenangan pastinya milik korang andai dalam keadaan stress , datang berspa di sini. Tiada sangsi lagi... Kalau tak caya , ajak aku sekali ! Aku hari hari stress.. hahaaha.. Masuk dalam bilik spa , dengan bauan aromatherapy... fuh , terus rasa tenang gitu... Selsema pon hilang jap.. heeee.. kebetulan aku selsema ! 
Cantik kan bilik dia ? 




Ada beberapa pilihan menarik untuk korang nak mencuba seperti Gentle Wellness Treatments ( RM339.20 per person ) , Royal Emperor Stone Experience ( RM296.80 per person ) dan Sound Therapy ( RM120 per person ). Setiap pakej tu , korang akan nikmati pelbagai kelebihan tersendiri. Haaa.. Aku teringin gak nak rasa nanti.. Cuma ari tu , mampu tengok je orang lain buat dulu.. hehehe.. 
Untuk tempahan atau pertanyaan , boleh hubungi talian terus ke THE SEMBUNYI SPA di +603 831 27136 atau email ke spa@cyberviewresort.com

Segalanya , terpulang pada diri sendiri !

Kenal mamat kat atas ni ? Dia satu tika dulu , pernah tergolong dalam manusia yang gagal ! Dan sekarang masih lagi 'gagal' namun berusaha untuk berjaya ! Nak berjaya ni , bukan mudah.. dunia dan akhirat kena seimbang ! Kalau setakat dunia je berjaya , tu tak guna.. tak guna sama sekali ! 
Aku teringat lagi sewaktu aku usia 20an. Bila jejak 20an tu , MasyaAllah.. aku rasa tua sangat dah ! Segan nak bagitau umur aku kat orang masa tu. Maklumlah , usia muda kita cumalah di zaman sekolah.. bagi kita walhal bila dah cecah 40 tahun , 20 tahun itu amat mentah sekali usianya !!!
Dalam usia 20an , aku amat membazirkan masa ! Sangat membazirkan masa. Sayang sungguh.. Namun aku bersyukur , walaupun dalam pembaziran masa tu .. aku belajar banyak perkara yang berguna untuk aku di usia ini. 
Bayangkan.. dalam usia 20an tu , aku tercari cari kehidupan.. menganggur.. melepak sana sini ! Tak tentu hala kehidupan tapi aku bersyukur tak terpesong jauh ! Masih boleh dibentuk dan ditegur ! Dalam hati selalu berdoa agar Allah hadirkan seorang insan yang mampu mengetuk kepala aku lalu mengubah aku 100% !!!
Aku pemalas dulu.. Fuh , serius.. sekarang pon pemalas tapi tak seteruk dulu. Dulu , takda orang nak ajar atau nak bimbing aku. Ada la sorang dua insan yang bergelar ' guru ' yang aku nampak serius nak tolong aku.. Alhamdulillah. 
Sejak mengenali mereka.. aku tahu.. rezeki ni luas ! Kena rajin je carik. Walaupun aku bukan angkasawan , adalah tidak mustahil aku tidak mampu ke angkasa lepas andai ada rezeki aku ! Cuma aku perlu berusaha..berdoa.. minta pada yang sepatutnya ! 
Begitu juga dengan korang.. ada yang mengeluh.. gaji kecil.. tak cukup makan.. pekerjaan tak best.. tak kawin kawin lagi.. takda anak ... dan mcm mcm lagi la masalah. Jangan sesekali mengalah ! Berusaha selagi bernafas ! Ingat.. Kalau kita nak A , andai dapat B... maka itulah yang terbaik buat kita , masa itu ! Allah Maha Mengetahui. InshaAllah ada yang terbaik buat kita cuma belum masanya lagi... 
Contoh cam Amira Othman.. kan Mira kan ? Tunggu abg Ben tauu... aummmm ! 

Terima kasih abang GDEX !

Terima notis ni minggu lepas. Rasanya Jumaat. Kemudian aku call pada hari Sabtu , katanya nak hantar semula pada hari tu... namun aku tunggu sepanjang hari.. tak kunjung tiba. Hurmm. aku tak tau laa barang apa ni. Aku tak buat sebarang pembelian. Dan selepas mengerah keringat.. wife baru teringat , dia yang punya. Aku tengok dia kecik besar kecik besar jer.. Awat laaa tak guna alamat pejabat jer ! Walhal dia yang ajar aku suruh kasi alamat pejabat andai ada apa apa pembelian.. Jadi kes gini , jenuh nak gi cari kat mana pejabat dia , kalau dia tak hantar semula.. 
Isnin menjelang.. wife call pejabat dia dan set bila aku ada rumah.. RABU ! Ok..fine ! Aku ada rumah pada hari Rabu tapi aku terlupa , aku ada job pada hari Rabu ! Ah, sudahhhh... Camana eh ? Aku tetap kena gi gak sebab dah janji dan kurier tetap akan dihantar pada hari Rabu !
Rabu menjelang.. Jam 3 petang aku di Cyberjaya. Wife call bagitau yang abang GDEX berkali kali call dia dan dia tengah meeting. Menariknya , abang GDEX ni kan... menurut wife , bercakap baik jer.. takda nak marah marah atau tinggi suara. Penyabar jer..
Dan dia gi hantar barang ke rumah orang lain di taman berdekatan.. Kemudian wife mintak aku call abang GDEX tu dan deal nak amik barang tu memandangkan aku dah abis event dan pulang ke rumah aku nun di Sepang tu. 
Aku call.. Sememangnya dia bercakap lembut dan tidak ada nada marah sama sekali ! Bayangkan dia nak hantar tu dari jam 2 rasanya.. sehinggalah jam 5 petang ! Aku call dan bagitau aku akan tiba lagi 15 minit. Dia akan tunggu. Wowww.. Boleh tahan kesabaran dia.. Atau tinggalkan saja di depan rumah aku. Tapi dia tak nak.. Nak kena pass pada tangan orang jugak ! Huhuhuh.. 
Tiba-tiba aku tersangkut dalam jammed ! Aduh... tak leh lari dah ni ! Camana eh ? Terus aku teringat rakan di gym. Aku call dia.. sayangnya dia takda di kawasan berhampiran untuk terima kurier tu bagi mewakili aku. Aku call jiran aku.. harap dia dah balik kerja dan ada di rumah.
Alhamdulillah... dia ada.. Terus aku call abang GDEX tu dah mintak dia hantarkan barang tu ke jiran aku memandangkan aku tak mungkin sampai pada masa yang aku janjikan. Dia ok jer. Takda nada tinggi suara pun ! Fuh.. dasat tuull.. Teringin nak tengok camana orangnya ! Tenang dan penyabar ! 

Terima ! Dan selesai sudah... Dan menurut wife , abang GDEX tu ke area Sepang tu semata mata untuk tolong seseorang walhal kawasan dia adalah nun di KL sana tu. Buat bro GDEX tu , jutaan terima kasih. Walaupun bukan barang gempak mana pun tapi amanah tetap amanah ! Fuh.. respek arr orang gini.. 

Kali ni , Qhaliff Iman 'smash' daddy !

Terkedu dan diam. Apakah ini suara hati dia atau dia cuma 'penyampai' sahaja ? Peringatan dari Allah! Hurmmm... Sememangnya teringin lama sangat dah. Dari dulu lagi... merindui sangat cuma..hurmm... 
Petang tadi , aku gi amik Qhaliff selepas perasmian satu produk di Cyberjaya.Saja aku gi amik dia.. Kalau tak , wife amik tapi wife bagitau dia agak lewat nak amik Qhaliff maka aku gi amik la dia. Lagi pun lama dah aku tak lepak berdua dengan dia... 
Bila dia bersama aku , dia umpama 'baby' lagi tapi bila bersama ibu dia , berubah abis ! Dia jadi cam matang sangat ! Mak dia suruh mengeja pon , dia mengeja.. Dengan aku , jangan mimpi laaa.. Aku rasa , dia nampak aku garang sangat kot.. Hurmmm... Yelah , aku memang garang kat rumah walhal aku sebenarnya paling manjakan diorang .. Huhuhuh.. 
Namun apa yang terluah dari mulut dia tu , satu peringatan buat aku.. peringatan yang mana aku perlu amik tindakan sebelum aku kehilangan masa dan nyawa ! Jangan tunggu lagi.. Berubahlah ! Berubahlahhhh.. sebelum si Qhaliff bagi TKO dan ketika tu , muka tak tau nak letak mana dahh ! 

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI