Ahad, 16 April 2017

Awas !! K.Roger's kembali menghantui anda !

" Ben , aku nak bagi kau rasa ni.. ". Mesej dari sahabat , Amin Jamri. Ah , sudahh.. Dia dah nak bikin haru balik dah ! Teringat tahun lepas , banyak kali aku order dengan dia sebab sedap ! Kasi kat mak mertua.. kasi kat mak aku.. adik beradik pon order ! Adehhhh.. Kononnya nak kasi rasa .. padahal nak kasi aku ketagih balik !! Aminnnnn.. aku tauuu rahsia koooo ! 
Tapi aku tak mampu tolak ! Sebab apa ? Sebab memang sedap. Wife pun menggilainya. Eceh , ayat tak hengat ! Wife aku pun suka. Siap suruh order lebih sebab nak bawak ke pejabat. Alang alang , kasi ramai turut sama 'sawan'kan biskut K.Roger's ni ! Mana aci dia je kan? 
Amin bagi aku 4 tin. Mintak aku rasa dan tulis di blog. Aku , sorokkan dalam kereta. Tak nak kasi wife nampak. Kalau dia nampak , abis laaaa... Keje tak buat lagi , biskut akan abis. Huhuhuh... Aku nak tunggu feel baru buat dengan jayanya ! Hahahhaa... 
Tapi tak sampai hati.. aku tunjuk jugak kat dia. Waaah , terbeliak bijik mata dia. Tak sangka dah ada stok ! Ingatkan kena tunggu Ramadan baru ada.. hehehe.. Terus dia bukak.. Aku tak leh nak kata apa sebab aku pun nak ! Hahahahaha.. Sedap ok ! 
Biskut K.Roger's ni  100% pure butter ! Boleh test bau dahulu sebelum gigit ! Tak mungkin akan keras seperti sesetengah biskut yang mana ada isu nak patah gigi pelanggannya ! Hahahaha.. Ada okkk.. ada satu akak komplen kat aku di FB. Nampak sedap tapi bila beli , makan.. nak patah gigi dia gigit biskut tu ! Tapi bukan biskut K.Roger's yer ! Haaaa... 
Ada pengiktiran ke ? Perlu ke ?? Ada yang tanya.. sebab nama dia omputeh gitu haaa ! Kan ? Hahahaha.. Adaa kawan ! Ada sijil HALAL Jakim Malaysia yer dan juga mematuhi HACCP dan GMP ! Pastinya K.Roger's adalah biskut buatan Malaysia. Tak perlu nak import luar.. Eksport , yer. heeee..sebab tu tin dia cantik dan berkualiti ! Tin ni pastinya sayang nak dibuang sebab boleh dijadikan bekas yang bagus. 

4 perisa K.Roger's Cookies :  
  • Almond Cocoa Chips - Paling digemari ramai. Cair di mulut. Rasa butter sebenar diadun dengan cip coklat untuk memberikan rasa kemewahan bila dikunyah dan pastinya akan menyukarkan korang untuk berhenti makan.. nak makan , dan makan lagi ! Huhuhu.. Tau tau abis dah ! 
  • Rasberry Almond Chips - Gabungan bit-bit buah Rasberry dengan serpihan badam untuk memberikan tekstur kerangupan yang sukar digambarkan dengan kata-kata. 
  • Blueberry - Haruman terserlah gabungan buah blueberry dan butter sebaik saja tin dibuka ! Masam manis bit buah blueberry sangat memikat hati.
  • Cornflakes & Cereal - Bukan sekadar biskut cornflakes biasa yer ! Kerangupannya dikatakan antara yang sempurna. Rasanya ? Pasti sangat menepati selera korang ! InshaAllah. 
Haaaa.. 4 perisa yang cukup ummph ! Jangan lupa followK.Roger's untuk info info terkini di ; 

Untuk order atau pertanyaan , korang leh  Whatsapp < order > www.wasap.my/60143348803

Cepat order skg.. Kang keabisan stok! 

Bila LELAKI cari barang...

" Mana tab abang ? Nak charge ! Dah abis bateri tuu.. Qhaliff main semalam.. " . Tanya aku. Wife jawab dalam laci.. Aku tanya dia dikala dia sedang lena tidur. Aku berpusing pusing cari dalam bilik tidur. Semalam nampak atas almari. Tapi bila aku kembali cari , tak da dah ! Arghhhh ! Stress.. Malas nak cari dah. Tunggu je wife bangun tidur kang.. baru tanya semula.
Aku sambung update blog. Zahra menemani aku. Aku pandang dia. 
" Zahra nampak tak tab daddy ? ". Tanya aku. Dia pandang aku dengan muka blur. Pastu sambung tengok KungFu Panda. Tak layan aku ! Huhhhh... Sampai hati dia tak nak tolong carikkan.. Huwaaaa... 
Azan subuh berkumandang.. Aku solat dulu. Abis solat , aku sambung update blog. Terdengar seseorang kat dapur. Yes , dia dah bangun ! Terus aku tanya sekali lagi.. " Takda pun tab dalam laci ? Laci mana ?? "
" Tuuu.. depan mata tu apa ??? ". Jawab dia ! Aku tergamam. Bila pulak ada kat depan aku ni ? Apahal aku tak nampak ???  Aduhhh... apakah mata aku semakin kabur ?? Ececeh.. tetiba salahkan mata ! Hahahahaha.. 
Terus aku teringat akan status aku sebelum aku tidur .. hehehehe... Terkena balik kat aku.. hahahaha.. Adeh.. lelaki bila cari barang.. memang huru hara ! Yelah , bukan semua.. tapi majoritinya gituu.. Bukan apa sebenarnya.. dalam kepala lelaki ni macam macam ada.. Sambil mencari barang , dia sedang berfikir camana nak selesaikan masalah ekonomi dunia ! Sebab tu , benda depan mata pun dia tak nampak ! Haaa.. kan lelaki kan ? 
Adeh.. 

Bila aku sakit gigi...

Aku pasti ramai yang  takut bila 'sakit gigi' menyerang ! Segala aktiviti seharian boleh terganggu. Selera makan langsung takda.. Gusi berdenyut denyut ! Fuh , rasa cam nak amik 'playa' dan cabut gigi terus pada masa tu gak... kan ? 
Aku mengadu kat wife... nasib baik ada wife kan ? Kalau tak ? Haaa..mengadu kat awek ? Hehehe.. kena bahan la jawabnya kann... Kalau ngan wife , dia tau kalau 'hero down' ... abis la dia tak da bantuan menjaga anak anak di rumah sebab si hero dah 'tertewas'..kan kan ? 
Dan wife kasi aku minyak Living Oil. Katanya bagus.. Aku pun letak kat gusi. Kebas rasanya... Terkena kat bibir.. memang kebas la ! Huhuh.. Rasa sakit tu hilang jap.. tapi tak hilang sepenuhnya. Kena ulang 3-4 kali kata wife... Hurmm..
Aku solat Zuhur.. sewaktu sujud , entah camana.. terimbas di benak aku , sesuatu yang aku amalkan dari dulu.. membantu aku hilangkan sakit gigi ! Setiap pagi dan malam aku amik secubit dan gigit... lalu telan ! 
Abis je solat .. terus aku ke dapur dan cari.. Terus amik secubit dan gigit.. kemam jap.. pastu telan.. Pahit giler ! Tapi aku dah biasa.. Alhamdulillah , sakit gigi aku hilang ! Dan lepas solat Maghrib tadi , sewaktu sujud , sakit gigi tu tak rasa dah.. Kalau tak , masa sujud tu memang terasa laa sakitnya.. 
Wowww....serius ! Wowww.. Lega sangat ! Dan yer , antara makanan sunnah ! Habbatus  Sauda ! Amalkan amik secubit setiap pagi.. InshaAllah , banyak manfaatnya. 

 Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Pada habbatas sauda itu ada penawar/ubat bagi semua penyakit kecuali mati.” [Riwayat Al-Bukhari dalam Sahihnya, kitab Al-Tibb no. 5687; Riwayat Muslim no. 2215]

Tapi ingat yer , tak semua orang boleh amik tauuu !  Mohon baca satu artikal Salah Faham Hadith Habbatus Sauda Ubat Segala Penyakit dulu yer... 





Selamat Datang Nando's ke dalam hidupku !

Fuh....tengok ayam dia jer , dah terasa terliur ! Tak sangka rasa dagingnya begitu.. yummy !! Aku adalah pengemar Kenny Rogers.. Aku tak pernah rasa nak makan Nando's bila ada kawan kata tak sedap berbanding Kenny. Maka aku tak teringin nak makan langsung sehinggalah baru-baru ni , wife ajak gi makan. Katanya , sedap ! Wife aku kalau kata sedap , bermaknanya ianya memang sedap sebab dia memahami sangat selera aku.. Dia tau aku 'penggila' ayam dan tau mana yang sesuai untuk aku. 
Dan yer , semalam adalah kali kedua aku makan Nando's. Aku tak boleh 'stop' bila dah mula makan. Sup cendawannya , friesnya... air lemon aisnya yang boleh direfill, melengkapkan malam aku ! Aku makan cam tak pernah makan ayam !! Goshh.... selagi tak abis sekor dalam pinggan tu , aku takleh tengok kiri kanan. Ditambah dengan sos peri peri dan extra hot , adoiyaiiiiii... mana mana buffet Ramadan preview aku sanggup tolak ! Hahahahhah.. 
Harga ? Ada kata mahal tapi kalau dengan kesedapan gini , mahal skit pon ok laa... Asalkan balik dengan puashati ditambah lagi dengan layanan staff Nando's teruamatanya di cawangan Giant Bandar Baru Nilai , terbaik buat aku ! Aku selesa sangat makan kat situ. 
Rasa nak gi lagi ? Gilerrr ! Kalau boleh nak berumah sebelah Nando's jer ! Hahahahaha.. Aku dah kemaruk wehhhh ! Aku kalau dah suka , hari hari boleh makan menda sama. Pasni nak rasa menu lain lak.. Semalam tengok ada mat salleh tu order satu menu tu... menarik ! Nak try... malam ni gak ! Hhahahahahahahhahaa...

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI