Khamis, 20 April 2017

Bila dapat jemputan bagi 'talk' di Universiti..

Rasanya bukan pertama kali.. sebelum ni pernah aku tolak.. dan pernah jugak aku terima jemputan di bawah MARA , nun di Teluk Intan.  Segalanya berkaitan dengan media sosial dan usahawan. Hehehe.. suka tajuk ni sebenarnya. Banyak pengalaman kecil sepanjang berblog ni.. Alhamdulillah. 
Dan bila dapat jemputan gini , terus berkobar kobar semangat nak kembali ke gym ! Bila tengok diri di cermin , badan dah mengecut ! Hahahha.. Kena sadokan semula !
Badan dah naik lemau ! Angkat 10kg pon gigil. Aritu , lepas la nak main 100kg.. hahaha.. Dah kena mula balik. Sebenarnya jadi lemau ni sebab siku sakit balik. Salah workout ari tu. Terpaksa rehat panjang.. huhu.. Maka ni nak mula semula. Nasib tak sempat boroi ! Heee.. 

Ok..ada sebulan nak kemaskan balik. Tak nak kasi besar .. kasi fit jer ! Tapi buffet ramadan preview banyak lak skang ni.. huhu.. Apakah aku berjaya ???? 

Dia dah besar tapi masih lagi cemburu !

3 tahun dah. Tapi lagak dia macam dah 5 tahun. Orang kata anak perempuan memang nampak cepat matang. Hurmm... Setiap malam , dialah yang jadi peneman aku. Dia tak nak benda lain.. nak susu botol dia jer.. 
Sekarang ni , kerap betul datang cium pipi aku. Kalau tengok aku bermanja dengan abang dia , dia jeles.. Ngan adik dia pon jeles ! Masih tak boleh terima adik dia bermanja dengan aku tapi dia sayangkan adik dia. Tak kasi sapa sapa pegang Aariz. Marah dia.. 
Sekarang ni dah pandai mengemas. Jangan disuruh tapi cakap dengan baik ! Tu perangai aku tuu.. Cakap baik baik.. mintak baik baik ! InshaAllah aku turut.. begitu gak ngan dia. Kalau kasar je arahan , dia amik pastu campak kat kita ! Hahhahahaha.. Garang tul minah ni! 
Tahun depan plan nak sekolahkan dia. Sian dia nak berkawan. Garang tapi dia mudah masuk dengan orang  cuma... 5 minit pertama pastu dia akan wat hal dia sendiri ! Haahahah.. dia leh hidup dengan dunia dia sendiri.. cam aku ! 

Petrol naik lagi ! Tak hairan dah tapi...

Geleng kepala ! Sekurangnya dulu sebulan sekali naik.. sekarang , kononnya bila buat mingguan.. stesen minyak boleh bersaing untuk mendapatkan pelanggan ! Apakah pemilik stesen minyak nak bersaing sesama merekakah ? Apakah kelebihan pengguna bila dibuat  cara begini ? Setakat ni , sekali turun , 3 kali naik ! Giler laaaa !
Persoalannya , apa tindakan bagi membendung kenaikkan ni ? Ke biar je dan 'ikut dunia ' ? Hurmmm.. Bukan apa.. bila minyak naik , barang barang lain naik gak.. Bila dah naik , nak turun susah walaupun minyak turun ! Kalau dok harap kat KPDNKK je , payah gak.. berapa la sangat tenaga kerja diorang ada ! 
Letih la gini.. Nak tunggu PRU baru nak buat kerja sungguh sungguh bagi mengelakkan banyak undi rosak atau memangkah pembangkang ke ? Hurmmm... 
Makin ramai rakyat sendiri stress.. 

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI