Ahad, 23 April 2017

Sapa sedang 'patah hati ' ? Kecewa atau ' hilang arah hidup' ? #TheBrokenHeart !

Aku duduk memerhatikan anak-anak bermain. Wife di dapur sedang sibuk memasak.  Sesekali Qhaliff dan Zahra bergaduh. Menangis dan datang mengadu pada aku. Aariz dalam dukungan aku. Pening kepala aku ! Hahahaha.. tapi inilah kebahagiaan. Aku tak sanggup kehilangan mereka. Aku tak tau apa akan jadi pada aku andai mereka tiada ! Aku mungkin hilang semangat. Mungkin... 
Kehilangan ayah pada tahun lepas , kerana kanser adalah sesuatu yang amat pedih. Namun sehingga kini aku belum menitiskan air mata. Andai menitis , aku tak mampu bergerak lagi. Aku kuatkan semangat. Aku kuatkan ingatan aku pada dia. Aku kirimkan doa dan Al Fatihah buat arwah senantiasa. Sememangnya aku dah bersedia ketika dia di peringkat akhir sakitnya. Dia sendiri dah cukup menderita. Mak aku.. hurm.. nasib baik ada cucu cucu dia. Itu saja yang mampu kuatkan dia berdiri sehingga kini. 
Ramai lagi insan insan di luar sana sedang berada dalam keadaan seperti aku malah ada lagi teruk ! Ada yang sampai nak 'ikut sama' arwah ! Ada yang terus hilang punca. Tak tau nak buat apa. Terlibat dengan anasir anasir yang negatif. Takda siapa yang membantu. Cakap banyak , berleter ramai laa.. Tapi nak menghulur tangan ???? Hurmm.. Tapi bukan semua berperangai gitu. Ada saudara mara , sahabat handai yang prihatin dan menghulur tangan membantu seupaya yang mampu, kan ? 
Begitu juga dengan mereka yang baru bercerai.. Aku dah saksikan banyak kes penceraian. Ada yang beranggapan lelaki tabah.. perempuan lebih derita walhal sama jer. Huhu.. Lelaki yang kurang imannya , akan berada di persimpangan jalan.. Andai dapat rakan yang tak betul , maka dia akan silap arah. Jika ada yang membimbing , memberi tunjuk ajar , InshaAllah dia akan redha dan terima ketentuan Ilahi ni.. 
Apa yang berlaku sebenarnya ialah ujian Allah. DIA nak kita 'kembali' padaNYA. Jangan hilang punca. Carilah DIA... Maka atas inisiatif Al Maqaasid  , satu siri forum  bertajuk ' The Broken Hearts' yang dianjurkan buat julung kalinya di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara pada 6 Mei 2017. 

Antara panel yang dijemput untuk membincangkan topik The Broken Hearts ni termasuklah penceramah bebas Ustaz Zul Rambli dan Ustaz Iqbal Zain. Mereka akan disertai oleh beberapa panel jemputan bagi berkongsi pengalaman mereka sendiri di dalam forum sehari yang bermula dari jam 8 pagi hingga 6 petang pada hari Sabtu tersebut. 
Sumbangan sebanyak RM200 bagi setiap peserta adalah untuk menampung perbelanjaan forum ( makanan dan minuman disediakan ) dan sebahagiannya akan disalurkan bagi tujuan sedekah ke jalan Allah untuk Maahad Tahfiz Al-Kholidi , Ulu Yam. Pelajar-pelajar Al-Kholidi juga akan membuat penampilan istimewa bacaan Qaseedah di sepanjang forum sehari tersebut. 
Untuk penempahan tiket dan pertanyaan lanjut , sila hubungi talian 016 615 6870 atau 018 663 3478 atau email ke maqaasid@gmail.com .
Sapa patut sertai forum ni ? Korang tau jawapannya ! 

'Giler Pro' Wan Izhar Abu Bakar !

Akhirnya , aku dapat jugak 'tarik' dia menjadi jurugambar untuk projek Raya 2017 ni.. Bukan mudah nak dapatkan jurugambar yang punya pengalaman selama 20 tahun ! Apatah lagi dia sering menjadi jurugambar untuk projek projek artis dan pernah menang anugerah AIM untuk kategori Kulit Album Terbaik... album Stacy ! Bangga weh !
Event di Muzium Warisan Melayu UPM menjadi saksi kerjasama kali ni. Memang terbaik sungguh la tempat ni ! Hujan tak menghalang dari sejarah ini berlaku. Alhamdulillah.. rezeki di sebelah kami. Hujan tak lama pastu mentari muncul. Cuma padang agak becak namun blogger dan Wan Izhar Abu Bakar serta krunya tak patah semangat. Masing masing mencari sudut terbaik untuk bergambar ! 
Secara jujurnya aku agak terkilan tak dapat bergambar secara individu dengannya semalam sebab memberi laluan pada 'anak-anak buah'  terlebih dahulu. Sehingga jam 2 petang , masih ada yang menanti giliran. Aku terpaksa pulang sebab mertua ada di rumah dan ditambah lagi dengan keadaan Aariz yang tak sihat. 
Tapi sepanjang aku di sana aku dapat lihat betapa profesionalnnya dia bekerja berdepan dengan hampir 40 blogger yang datang ! Hahahaha.. Satu pencapaian terbaik aku mengumpul blogger untuk satu event dan mereka tak perlu keluar sesen pun hari ni.. Makan segalanya ditanggung... Makeup , pakaian pun ada yang ditaja ! 


Jutaan terima kasih buat Wan Izhar dan  ODS Studio  kerana sudi meluangkan masa untuk #KBBA9. InshaAllah , kami ada satu lagi projek bersama selepas raya. Buat pengetahuan , jika mereka ingin menggunakan khidmat Wan Izhar Abu Bakar dan ODS Studio Communications untuk phoshoot koperat dan sebagainya ( kawin takda yer ) ,  boleh hubungi Puan Huda di 012 303 1005.
Pasni aku nak bergambar profile di studio ODS  lak.. hehehe.. dah beberapa kali batal sebab sebab tertentu..

Terbaik ! 

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI