Dapur Tanpa Sempadan...

Isnin, 24 April 2017

Celaka sungguh bas Travel And Tour itu !

Semalam... sewaktu waktu balik dari Sg.Buloh , di lebuhraya menghala ke KLIA.. aku memandu di lorong tengah, mengikut had laju. Di depan aku ada sebuah kereta Myvi yang juga memandu ikut had laju. 
Sesekali aku menjeling ke cermin pandang belakang. Dan tiba-tiba ada sebuah bas besar macam bas ekspress memandu menghampiri kenderaan aku... betul betul dekat ! Giler ke apa pemandu ni ??? Ko nak aku pecut ke apa ??? Aku tenangkan diri.. Rasa macam nak bukak je tingkap dan bagi jari tengah kat dia ! Tapi itu akan mengeruhkan lagi keadaan.. Dah la dalam kereta ada anak bini. Aku teruskan pemanduan.. 
Tiba-tiba bas besar di belakang aku tu , bagi lampu tinggi berkali kali ! Berkelip kelip dia buat ! Huhh.. Jilake sungguh la perbuatannya ! Lorong tengah okkk ! Sejak bila bas besar leh duduk lorong tengah di lebuhraya ? Kalau dia nak memotong pon dia kena tunggu la.. Bukan memaksa pemandu lain pandu laju ! Aku buat dek.. kawal stering aku betul betul.. Masih jarakkan lagi kenderaan dengan kenderaan depan. Dia makin hampirkan bas dengan kenderaan aku. Haih , tak leh jadi ni.. Nak tak nak , aku pecutkan kenderaan aku. Mana tau pemandu tu gile ke atau tengah mengantuk ! Bahaya kat aku gak kan ? 
Selepas berjaya jarakkan bas tu , aku tengok dia masuk ke lorong paling kiri dan terus memecut ! Huhhhh.. pastu dia hon kereta depan aku ! Marah laa tuuu... Huhhh ! Aku sempat tengok warna bas.. Hurmm.. Bas pelancongan. Ni kalau aku kerja kat Kementerian Pelancongan lagi , mau gak aku gi naik ke pejabat Perlesenan dan buat laporan..  Aku hafalkan nama Travel And Tour tu... Dan suruh wife aku amik gambar.. Dapat tapi kabur.. Hurmm.. 


Sayangnya aku tak dapat rekod perbuatan dia tu. Kalau takkkk.. Haaa !  Nampaknya pasni aku kena pasang kamera depan belakang laa kat kereta aku. Selepas menyaksikan beberapa kemalangan yang mana pemandunya tak nak mengaku bersalah ,rasanya kamera di dalam kereta amatlah penting ,kan? 
Kejadian bas berlagak samseng ni bukan kali pertama ! Maaf , tak perlu nak sentap yer... Ahli keluarga aku pun ada yang jadi pemandu bas ! Aku cakap umum dan bukan semua berperangai gini tapi perlu tahu , sikap begini mengakibatkan nyawa melayang jika ego menjadi raja ! Dia rasa dia bawak bas besar , kereta kecik boleh dihimpit disondol begitu saja ! 
Aku tak tau dan tak nak tuduh.. kat area Sepang ni , banyak lori lori bawa batu dan tanah.. setiap pagi dan kekadaang ada JPJ buat sekatan... baguslah.. cuma aku harap , tiada unsur unsur negatif berlaku di situ sebab setiap pagi , memang banyak kenderaan akan berselisihan dengan lori lori ini ! Jangan tunggu sesuatu yang buruk berlaku baru nak amik tindakan ! Kami tahu , nyawa rakyat tak semahal nyawa VVIP tapi nyawa tetap nyawa ! Jangan pandang ringan.. Dan bukan tuduhan yer ni.. Mintak buat kerja dengan lebih tulus dan lebih tegas ! 

#PhotoshootRayaKBBA92017: Terima kasih Muzium Warisan Melayu UPM !

Satu kebanggaan dapat buat photoshoot kat sini beramai ramai ! Bukan mudah untuk mengumpulkan lebih dari 10 blogger memandangkan ramai yang dah bekerluarga  serta berada di luar Kuala Lumpur namun , aku sekali lagi dapat melakukan..dengan kerjasama rakan rakan blogger yang lain ! Alhamdulillah. Tahniah semua ! 
Terima kasih kepada Muzium Warisan Melayu UPM , Serdang kerana sudi menaja tempat buat kami kali ini dan pastinya ini adalah photoshoot yang cukup berjaya dikendalikan oleh juru gambar yang cukup berpengalaman , Wan Izhar Abu Bakar ( baca Giler Pro Wan Izhar Abu Bakar ! ). 
Dan blogger sendiri telah beri kerjasama dan komitmen lebih 100% ! Bangga aku wehhh.. Ahaaa , MUA-MUA yang datang pada awal pagi , jutaan terima kasih atas kesudian menaja makeup makeup para blogger wanita. Memang nampak anggun dan gempak mereka. 
Cun kan ?  Ketara muka berubah hingga ada sang suami terus nak bawak balik rumah ketika tu gak ! Hahahaha.. gurau gurau... terkedu je la.. tengok bini diorang tetiba cun ! Hahaha.... kena antar gi kelas mekap eh ? 
Ni baru setengah je turun.. kalau semua blogger #KBBA9 turun , memang hari hujan ketika tu.. terasa bahang ! Hahahaa..


Dan blogger blogger lelaki... segak segak belaka terutamanya yang berbaju oren tu ! Fuh , simple tapi ketampanan terserlah tanpa berbelah bagi. Tak sangka kan ? Rugi laaa yang tak nak taja baju mamat tu ! Hahahahah..
Tuuu.. baju oren tuuu..

Tak nampak ? Meh aku close up skit.. Tak nak tengok ? Hahahaha.. tak kiraaa ! Tengok gaakk..
Ah, kacak , kan ? Hehehe.. gurau gurau ...
Makan tengahari paling akan diingati ! Hehehehe..


Sekali lagi.. jutaan terima kasih buat Muzium Warisan Melayu UPM. Sebarang pertanyaan , boleh rujuk pada page mereka atau di Instagram , MuziumUPM.
Selesai.. tunggu hasilnya selepas ini !

Badan Aariz merah merah.. 'Campak'kah dia ???

Anugerah Era Meletop baru aku. Aku ingat nak komen pasal tu tapi.. malas la ! Boring ! Huhuhu... Biarlah mereka dengan cara mereka dan aku ini , dengan cara aku... kan ? Bolasepak pon dah abis game gempak.. aku pon ada nak komen tapi malas la.. biarlah ! Hahahaha.. Aku cerita pasal anak aku je la yer.. 
Gini.. 3 hari lepas , Aariz.. badan dia naik banyak merah merah ! Demam tak. Dia ok jer. Tapi merisaukan aku gak laaa.. Hurmm.. Aku ajak wife gi klinik untuk check up tapi dia rasa ok jer. Mungkin sebab ari tu dia nak demam tapi tak jadi.. panas dalam badan kot. Kuar ruam ruam merah tu? Tu tanggapan kitorang je la.. 
Setiap jam aku check.. tengok kepala dia..badan dia.. ada penambahan atau tidak. Wife kata dah mula surut.. Pastu baru dia teringat. Baru baru ni dia ada belikan satu  shampoo mandian organik untuk Aariz. Penjual tu cakap , dah nak expired.. Bulan 8 expirednya. Tapi takkan kot ? Sebelum ni ok jer ! Aku rasa sebab organik kot... sebab nak expired kan ? Aku rasa la.. Wife pon memang tak mandikan dah dengan shampoo mandian tu.. tu sebab nak ok kot ? 
Hurmm.. dengan baby ni kena prihatin banyak.. jangan pandang ringan terhadap kulit mereka.. kesian diorang.. Dah tak tak reti cakap. Kang asyik menangis , kita lak yang stress ! Untuk elakkan dari itu berlaku , sila belai mereka.. kan kan ? Bukan belai baby dah dah akil baligh tuuuu ! Tu tak yah berbaby baby.. huhhhh.. tua dah tuuu ! 

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI