Dapur Tanpa Sempadan...

Selasa, 25 April 2017

Dia dah mula bergaya ! Princess katanya..

Fuh.. Baru 3 tahun.. baju dah pilih sendiri. Pastinya My Little Pony je pilihan dia. Kalau menangis, pujuk cakap beli baju MLP , terus diam.. jawab nak ! Aishhhh.. Dan bila dengar muzik , terus bangun menari.. ala ala Ballet gituuuu..
Dan sekarang sibuk bermekap lak ! Pantang tengok mak dia bermekap.. Aku tak tau sapa ajar dia buat semua tu. Rasanya terpengaruh dengan Youtube kot ? Nak kata mak dia , tak mungkin. Mak dia takkan nak kasi semua tu.. hurmm.. 
Menariknya , selepas puas melawa.. bermekap. pakai cantik cantik.. naik kereta gi shopping mall , dia tidur ! Dari dalam kereta.. berjalan jalan dalam mall , balik ke kereta dan sampai ke rumah.. dia , tidur! Hahahahha.. rugi rugi... 
Bulan depan hari lahir dia.. dah tau nak belikan dia apa ! SK II punya bedak atau MAC ! Haaa.. kasi dia main main gitu jer.. ok tak ? Ecececehhh.. kononnya laa.. hahahaha.. giler kauuu ! Mahal kot ! Hurm.. pasni tak leh upload dah video gini.. nanti job job mekap, dapat kat dia.. tak dapat kat aku dah ! Huhhh..

El Ray Cafe , Damansara Damai santai tapi makanan dia..perghh!

Ketika dijemput ke El Ray Cafe , aku tergamam ! Aku tinggal di Sepang. Nak ke Damansara Damai pada hari Jumaat selepas solat Jumaat memanglah satu cabaran buat aku. Jalan jammed kot ! Dan bukanlah dekat woooo ! Huhuhuh... Tapi aku diberitahu yang food review kali ni berbaloi sangat ! Aku terus rasa tertarik. Nak tau apakah menu atau masakan di El Ray Cafe ni yang mampu membuatkan aku makan bertambah ! Huhuhuh.. 
Seperti yang dijanjikan , rakan rakan blogger tiba pada masanya di One Damansara Condominum , Damansara. Alhamdulillah.. kena jaga nama wooo.. tiba pada masa yang dijanjikan. Jangan kasi orang tunggu kita.. kita tunggu orang , tak pe ! 
Cantik cafenya... ala ala hipster tapi lagi santai.. Katanya masih dalam proses penambahbaikan. Pelanggan mereka terdiri dari pelajar pelajar Kolej Perkembangan Awal Kanak Kanak dan juga penghuni kondo di kawasan situ. Sebab itu harga makanan mereka berpatutan saja. 

El Ray Cafe yang baru saja dibuka pada awal Februari lepas dimiliki oleh seorang yang masih muda lagi ! Antara 'signature dish' yang disediakan di El Ray Cafe yang menarik perhatian aku ialah Claypot Chicken Mandy yang bagi aku memang terbaik ! Aku rasa macam nak tapau bawak balik rumah je selepas abis 'kerja' aku petang tu tapi segan ! Hahaha.. Lain kali je aku datang dengan wife serta anak anak.. Selesa bawak budak budak di sini. 

Pemilkk El Ray Cafe, Rayyan Akmal Edmett 
Selain tu ada Kebab ( Skewer ) , Burger ( home made patty ) , Chicken Wing dan juga Nasi Lemak. Buat pengetahuan korang , kat area situ ada banyak juga cafe tapi yang membezakan El Ray Cafe dengan cafe cafe di sana ialah penyajian Nasi Arab di dalam menunya yang mana masakan arab ini merupakan air tangan daripada chef tempatan namun tetap mengekalkan keaslian rasa Chicken Mandy itu sendiri. 
Chef yang bertanggungjawab menyediakan kesemua hidangan di sini ialah Chef Faizal yang mempunyai pengalaman memasak di beberapa buah hotel dan resort terkenal di negara kita. Maka , di sini .. dengan harga berpatutan , korang akan merasa makanan 'mewah' seperti di hotel la gituuu ! 




 Sasaran mereka, semua golongan ! Sebab tu harga jualan di sini berpadanan dengan mereka terutamanya yang masih belajar lagi.. Bukanlah budak sekolah rendah yer... atau sekolah menengah ! Huhuhu... Contohnya , set sarapan pagi , baru berharga RM4.90.. dapat Nasi Lemak dan Teh O. Sedap Nasi Lemak dia ok ! 
Ok , okkkk... Ramadan bakal menjelma dan pastinya semua restoran atau cafe bakal menyediakan pakej pakej berbuka puasa yang menarik punya kan ? El Ray Cafe tidak ketinggalan juga. Mereka akan menyediakan 3 pilihan set hidangan yang sangat menarik yang mampu bayar punya laaa iaitu RM10.55 ! Oh ya.. ada promosi Moreh berharga RM6 saja. Korang boleh pilih samada nak makan Bubur Lambuk , Bubur Gandum atau Mee Hoon Goreng dan Air Teh O. 
  1. Pilihan Hidangan Pertama - Nasi putih , Ayam Masak Merah , Acar Timun & Nenas , Buah Kurma , 2 jenis kuih dan air Sirap Selasih 
  2. Pilihan Hidangan Kedua - Nasi putih , Kari Ikan Kacang Bendi ,  Acar Timun & Nenas , Buah Kurma , 2 jenis kuih dan air Sirap Bandung
  3. Pilihan Hidangan Ketiga - Nasi putih , Claypot Tahu Bersayur , Acar Timun & Nenas , Buah Kurma , 2 jenis kuih dan air Sirap Limau
Amacam ? Makanan gini nampak simple tapi bila chef berpengalaman yang sediakan , korang mau sendiri paham paham je la kannn.. memang terbaik ! Camana ? Terliur ? Nak rasa tapi jauh ? Apa salahnya try dulu kan ? Baru tau berbaloi ke tak.. kan kan ? 
Bagi yang berminat , El Ray Cafe dibuka setiap hari bermula jam 11 pagi hingga 10.30 malam dan terletak di Unit LG2 -003 , Podium One Damansara , Kondominium Jalan PJU10/3C , Petaling Jaya. Kalau rajin sila ke instagram EL RAY CAFE yer.. Kalau malas ? Gi gak laaa .. bukan kena bayar pon ! Adeh.. kedekut klik tul la.. hahahaha... sila ringankan jari tu yer.. 



Jatuh cinta dengan Osmo Mobile !

Lama dahhh aku perati menda alah ni ! Teringin tak mampu nak beli lagi. Terpaksa la memendam rasa.. untuk beberapa lama ! Sehinggalah semalam , aku ternampak depan mata aku.. untuk kali ke 3! Hurmm... antara nak buat tak nampak atau perlu tingkatkan lagi gaya penampilan aku sebagai media influencer untuk bersaing dengan mereka yang semakin meningkat naik ! Huhuhuh... 
Puas pikir... dengan ekonomi yang semakin mencabar.. Ramai yang mula menyimpan emas sebagai backup , aku lak nak kuar duit beli gadget ! Tapi ni kerja aku ! Aku perlu menambahbaik gaya aku atau.. hurmm...  Penat pikir ! 
Akhirnya tanya pendapat menteri kewangan... Korang pun tau la kann.. kalau menteri kewangan tu perempuan , memang payah la nak setuju 100% ! Huhuhuh... Tapi aku kena keraskan hati demi untuk masa depan aku jugak ! Aku beli gak ! Memula aku nak amik yang ada kamera ni tapi ternampak di sebelah dia ! Haaaa... ni la yang aku nak sebenarnya ! Huhuhuhu... 
Terus tanya kat pekerja kedai ni pasal produk ni..  Ni kalau beli online , murah lagi dari kedai ni ! Tapi aku malas nak menunggu. Hehehehhe.. Aku terus je beli. Dan jangan ditanya camana muka wife aku ketika tu ! Hahahahaha... Ku keraskan hati demi kerjaya aku ! Hahahaha.. Jangan ingat aku buang masa dengan semua ni yer ! Segalanya ada pulangan !

Yessss.... Aku milik aku akhirnya ! Tak payah nak bodek mana mana untuk sponsor kat aku. Hahahah... Beli je sendiri , lagi puashati.. kan ? 

Sampai rumah.. aku charge dan pasang Youtube. Tengok tutorial dia dan belajar serba sedikit mengenai Osmo Mobile ni memandangkan aku tak pernah studi langsung pasal produk ni. 3 jam kemudian , bateri penuh sepenuhnya.. masa untuk test drive ! Gabungan Osmo Mobile dengan Sony Xperia XZ , memang terbaik ! Tak sabar nak try dengan Sony Xperia XZs nanti ! Huhuhuh..
Pasni banyak la kot vlog aku ? Huhuhuh... Kalau rajin la nak buat dan ada yang sudi nak buat editing.. hahaha..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI