Khamis, 27 April 2017

Boleh buat lawan wrestling !


Sekejap je masa berlalu.. Dah merangkak dah mamat ni ! Sepupu dia pon tak merangkak lagi walhal ikutkan ari tu , dia ni 'lembik' jer.. Tapi skang ,  aku berdirikan dia pon dah boleh bukak langkah nak berjalan ! Alhamdulillah..
Dan paling menarik.. dah start kena buli ngan abang kakak dia.. dan daddy dia ! Tu bertepek tu hasil kerja daddy tu.. hahaha.. dia  redha jer. Sengih ajaaa.. asalkan ada orang layan dia.. Hurmm.. Aku rasa mamat ni tinggi dari aku nanti. Skang ni pon dah rasa meninggi semacam.
Makan ? Kuat.. Susu ? Kuat ! Dan pandai terliur dah tengok aku makan... Nasib tak pandai mintak lagi. Tapi dah pandai mintak nak ikut berjalan sana sini.. Satu lagi , sedap peluk dia... pastu dia meronta ronta. Memang terasa kuat dia.. 
Pasni leh sunat sekali ngan abang dia.. daddy leh join sama.. ehh ?

Buffet Ramadan " Halaman Haji Saad" di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur 2017

Tercari tempat best untuk berbuka puasa ramai ramai nanti ? Aku ada satu tempat nak syorkan kat korang. Masukkan dalam senarai wajib pergi nanti ! Hehehehe.. Mana ? Alaa.. tanya laaakk.. Tuuuu haa ..tajuk pun dah kasi tau dah ! Yer laaa , Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur. Hotel wajib aku buka puasa bersama wife jika berkesempatan atau dia teringin nak berbuka di luar. 
Tahun ni Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur buat sedikit kelainan tapi masih mengekalan aroma masakan mereka yang sedap belaka itu. Dengan tema " Halaman Haji Saad " , Chef Haji Saad dan anak buahnya menawarkan juadah berbuka puasa yang menarik dan pastinya membuatkan pengunjung berpuashati berbuka puasa di sini. 
Ada 3 pakej ditawarkan iaitu Pacific Ballroom ( RM98 dewasa dan RM49 kanak kanak ) , Zende Restaurant ( RM138 dewasa dan RM69 kanak kanak ) dan Rumah Terbuka ( RM95 seorang ). Ok la kan ? Standard KL gituuu..
Ok.. antara sajian yang bakal menanti ialah Kambing Golek , Bubur Lambuk ,Serunding Daging Ayam , Briyani Gam , Nasi Kandar dan Sup GearBox , Bubur Cha Cha , Pengat Ubi , Bubur Kacang Hijau dengan Durian , Pulut Hitam , Pengat Pisang , Bubur Jagung , Sambal Belacan , Cecalok , Budu , Tempoyak Cili , Sambal Nanas , Sambal Mangga , Ulam ulaman kampung yang pastinya membuka selera korang ! Tu baru sikit.. Banyak lagi aku tak sebut ! Serawa durian dan char keow teow  ! Haaa.. Feveret aku ! 

Banyak sangat laa menu yang dihidangkan. Nak tulis pon aku tak sampai hati.. tak sampai hati kat diri sendiri sebab terliur ! Hahahaha.. Sedap sedap belaka menu kat Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur. Korang kena booking awal awal sebab selalu je penuh ! 
Nak ke sini , boleh guna LRT.. dekat sangat ! Surau , jangan risau ! Pastinya memuaskan pengunjung. Segalanya terbaik dari Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur.
Untuk tempahan : 03 4042 5555 atau email ke sales@seripacific.com

Review Guardians Of The Galaxy : Vol 2

Secara jujurnya , Guardians Of The Galaxy ni bukanlah filem kegemaran aku. Walaupun ianya keluaran MARVEL tapi tak menarik perhatian aku sehinggalah aku dapat tahu salah satu watak di dalam filem tu dilakonkan oleh pelakon kegemaran aku yakni Vin Diesel ! Disebabkan dialah , aku tonton Guardians Of The Galaxy. Tapi selepas menontonnya , aku dapati filem ni adalah citarasa aku apatah lagi watak The Groot yang mana Vin Diesel menjadi suara latarnya , melucukan ! 
Ok.. Untuk 'Vol 2' ni kan.. banyak babak babak di luar jangkaan aku berlaku ! Tak sangka sama sekali! Tapi paling membuatkan aku tertarik dan tertawan adalah watak Baby Groot ! Sekali lagi dia berjaya membuatkan para penonton tidak menyesal ke panggung dan seterusnya aku rasakan ramai mengidam nak dapatkan anak patung Baby Groot jika ada jual ! 
Aku taknak cerita jalan cerita filem ni. Tak nak ada yang spoil mood nak tengok je ! Tapi secara jujurnya , ini adalah antara filem yang aku tonton , amat berbaloi sekali ! Tak menyesal la aku tengok di kala orang lain dah dibuai mimpi.. hehehehe.. 
Tak sangka.. serius tak sangka ! Huhuhu.. Rasa macam nak tengok je lagi.. hahahaa... Best ! Best dan melucukan ! Tak kering gusi kecuali bila ayah dia mati ! Huk huk.. Eh ??? Hahahha.. Tercerita lak ! Heeee... Tapi.. tapi.. haaa.. ada tapi tu ! 
Berapa bintang ? Aku kasi 4/5 bintang ! Aku puashati sangat. Wajib tonton tapi pastikan tonton yang pertama dulu.. baru tengok yang ni atau korang akan rasa bosan.. kecuali watak Baby Groot je..menghiburkan ! Heeee...

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI