Dapur Tanpa Sempadan...

Sabtu, 29 April 2017

Impian mereka akhirnya tercapai , bersama AYDEN AVERROES TRAVEL !

Teringin nak gi melancong bersama bff tapi bajet ketat sangat , kata mereka ! Tapi AYDEN AVERROES TRAVEL dan COSMODERM berjaya menunaikan impian mereka... Alhamdulillah ! Tak sangka tapi itulah kenyataannya.. mereka berjaya menjejakkan kaki ke luar negara bersama buat pertama kalinya.. atas tiket KEMBARA KBBA9 ! 
Percutian bajet ni sebenarnya bagus.. Maklumlah , ada yang ingat nak keluar negara mesti kena pakai banyak duit ! Ditambah lagi ada yang tak tau atau takut nak ke sana sebab takda pengalaman sama sekali ! Tapi bila ada agen berpengalaman tolong uruskan dari A hingga Z , pastinya melegakan... dengan kos yang rendah !  Fuh... itulah realitinya dan kelebihan agensi pelancongan seperti AYDEN AVERROES TRAVEL yang ada banyak pakej bajet di bawahnya..
Ok.. Azfar Roslan aka Ujang dan Daus Redscarz , sedang berseronok di Perth , Australia. Ketika aku menawarkan trip tu ke sana... masing masing tengok muka aku dengan perasaan nak tumbuk berkali kali jer ! Hahahaha.. Yelah , apa gile aku suruh diorang gi sana ! Apahal aku tak gi sendiri ! Giler kot kasi trip melancong walhal diri sendiri pon tahun ni tak keluar negara lagi ??? Hahaha.. itulah realitinya ! Aku seronok tengok orang seronok.. 



Cuaca ketika ni di sana , panas tapi dingin. Dan nasib baik mereka dah dibekalkan dengan Travel Set Cosmoderm bagi mengelakkan kulit kering dan kekal aktif di sana.. Memang berbaloi la bawak Travel Set Cosmoderm ni.. Boleh dapatkan secara online jer sebelum gi travel mana mana.. 
Murah lak tu ! Huhuh.. 


Pakej ke Perth ni serendah RM1999 untuk 5 hari 4 malam memang berbaloi sangat. Menurut Daus dan Ujang , sehari kat sana pon dah penuh macam macam aktiviti. Masuk hari ke dua dan ketiga , memang bertambah seronok ! Boleh tengok aktiviti mereka di Facebook Ujang dan Daus... terasa nak gi sekarang gak Perth weiii ! Aku pernah gi sekali tapi sehari je.. Tak sempat nak berjalan jalan lagi. InshaAllah , aku akan kembali ke sana.. leh ajak geng #KBBA9 gi sama pasni kan ! 
Bagi yang teringin nak ke Perth, Australia berkumpulan atau secara individu ditemani tourist guide berpengalaman , sila hubungi Ayden Averroes Travel Sdn Bhd di 019 507 1407 atau email je ke aydenaverroestravelsdnbhd@gmail.com. Ada banyak lagi pakej menarik dan berbaloi kendalian mereka.. Oh ya , boleh tengok kat entri Teringin Melancong Dengan Bajet Mampu Bayar ni ! Jangan keliru yer.. Pakej Murah Murah KakJoyah ni pun dibawah Ayden Averroes Sdn Bhd. 
Tunggu apa lagi ? Pakat pakat la ajak kawan kawan gi ! Bila lagi kan ? 
Terima kasih AYDEN AVERROES dan COSMODERM. Pasni trip blogger #KBBA9 ke Korea lak.. musim sejuk menanti mereka... InshaAllah.

Sekejapnya masa berlalu...

Aku terfikir.. jika aku gi travel lama , apakah mampu aku tahan rasa rindu pada mereka ni ? Pada Zahra yang dah mula ringan tulang dan suka menari tu ? Pada Aariz yang suka senyum tapi automatik masam bila berdepan dengan orang asing ? Huhuhuh.. Boleh ! Aku kena keraskan hati sungguh laa.. huhu..

Melihat anak membesar di depan mata adalah impian semua ibu bapa ! Tapi mereka terpaksa bekerja demi mencari duit untuk membesarkan anak anak dalam keadaan selesa dan selamat. Kalau ikutkan , aku rasa diorang lagi suka duduk rumah dan bermain dengan anak anak mereka.. kan kan ? 
Anak yang sebesar tapak tangan.. dari menangis hingga petah berkata kata... tak sangka segalanya berlaku dalam sekelip mata dan secara tidak langsung , kita juga semakin dengan dengan kubur.. Maksud aku semakin tua la.. Memang mati tak mengenal usia.. tapi umumnya makin tua makin hampiri kematian.. tu je maksud aku.. faham ?
Pasni boleh adik dah Aariz.. InshaAllah. Kena cari time untuk terjun tiruk jer ! Hahahahaa...

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI