Dapur Tanpa Sempadan...

Rabu, 3 Mei 2017

Buat kerja giler di usia 40 tahun !

Dah berkali kali aku dapat tapi aku tolak. Bukan tak sudi tapi rasa tak layak. Tapi entah kenapa kali ni, aku gatal jari untuk jawab SAYA TERIMA ! Pastu mula pening. Hahahaha..  Seingat aku , pertama kali aku berdepan dengan orang ramai ketika di Karnival Usahawan MARA di Teluk Intan. Menarik program tu.. Pastu undangan ke rancangan tv secara langsung pun membuatkan aku rasa aku mampu berdepan dengan orang ramai.. kali ni ! Aku rasa laaa.. 
Tapi bila di fikir fikir semula.. Adeh , apa gila laaa aku ni ???  Kalau setakat berdiri atas pentas dan bercakap tanpa butiran tu , ok laa.. membebel tanpa arah . Tapi ni depan pelajar pelajar IPT serta pensyarah.. takkan aku nak mengarut gitu je kan ? Busuk busuk kena ada slide presentation ! 

Tapi inilah pengalaman yang ditunggu oleh mereka yang bergelar blogger ! Mungkin aku tak layak mengajar mereka.. oh , memang tak layak ! Tapi kalau nak berkongsi pengalaman tu , ok laa... bercerita dari sudut seorang blogger yang ada pengalaman selama bertahun mengenai dunia perniagaan online secara asasnya.. nak power power tu tak de laa.. aku pun bukan baca buku punya orang ! Hahahaha.. Beli buku tu ya.. baca tu tak sempat !  Blog sendiri pun tak terbaca.. huhu .
Tiket dan penginapan dah diuruskan. Nak tak nak , kena gi gak.. Tak cuba , tak tau kan ? Hehehe.. Pengalaman sekali seumur hidup.. berdiri depan pelajar IPT dan bercerita. Fuh , kalau arwah ayah  aku ada ni.. mesti dia bangga punya ! Huhuh... 

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI