Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 4 Mei 2017

#KembaraKBBA9 | Pakej percutian murah ke Perth ,Australia !

Mencari agensi pelancongan yang boleh dipercayai bukanlah mudah. Banyak dah kes kes penipuan berlaku yang menyebabkan ramai yang mula berhati hati dalam memilih agensi pelancongan untuk mereka pergi bercuti ke luar negara dengan lebih terancang dan teratur.. dan yang penting , selamat ! Maklumlah , nak pergi beramai ramai.. mudah guna agen travel ni. 
Baru-baru ni , 2 orang rakan blogger #KBBA9 atas tiket #KembaraKBBA9 ke Perth melalui pakej percutian 5H4M yang dikendalikan oleh Ayden Averroes Travel. Ini bukanlah pertama kali team #KBBA9 pergi bersama agensi travel ni.. dah masuk 2 kali dan bakal untuk kali ke tiga ! Yang pertama , gi Krabi-Phuket-Hadyai , hujung tahun lepas.. 
Yang kedua , Perth ni laaa.. hehehe... Daus dan Ujang , mewakili team #KBBA9. Dan mereka benar benar seronok dengan percutian singkat tapi penuh aktiviti yang menarik !  Terasa menyesal gak la tak ikut mereka.. Hahahaha.. Perth memang best untuk mereka yang nak bercuti di tempat yang tak penuh dengan manusia ! Hahahaha.. Aku pernah gi sekali.. Best ! 
Ok.. kisah Daus dan Ujang di Perth bersama aktiviti mereka melalui pakej 5H4M Perth ni boleh korang baca sendiri di blog mereka. Aku nak cerita , macam aku lak yang pergi ! Hahaha.. Aku rasa lebih baik korang baca sendiri kat blog diorang.. baca keterujaan mereka sendiri.. tu lagi best kan ? 

Pasni , team #KBBA9 menghantar 2 orang blogger lagi ke Korea lak.. Kemudian , 4 orang ke New Zealand.. Tungguuu cerita kitorang mengembara bersama eh.. Aku gi yang New Zealand tu ! Tak sabar wehh.. hehehee.. sebab trip tu , kitorang kena memandu sendiri.. bersama 3 orang blogger lagi. Huhuh.. kembara blogger weh ! 
Dan untuk projek #KembaraKBBA9 tahun depan , aku sedang dalam perbincangan.. heeee.. InshaAllah. Target , Eropah !

Aariz , 7 bulan... ke 8 eh ?

Fuh... sekejap masa berlalu. Tahu tau dia nak sibuk merangkak sana sini. Siap nak berdiri dah... nak berjalan ! Nak bermain dengan kakak dia lagi haa ! Mengejar sana sini.. tapi kakak dia , Zahra.. tak nak main lagi dengan dia. Macam tak leh terima lagi kehadiran adik dia.. 
Tapi dalam diam , dia sayangkan Aariz. Tak kasi orang amik adik dia.. Sombong sikit anak no 2 ni.. heeheee.. cam aku la.. Ngan adik laki payah nak melekat..

Aariz , kuat la dia ni. Kalau menendang tu.. aduhhh , boleh mendatangkan amarah sungguh di hati ini. Letak dalam buaian , mengelupur dia..boleh runtuh buaian tu ! Kena cepat cepat suap botol susu.. dia tenang terus.. 
Aku rasa.. dia akan lebih tinggi dari abang dia. Ni pon terasa panjang dah badan dia.. Huhuh.. Pasni kena jaga jaga dah.. dia mula mengutip barang dan masuk ke mulut.. Hurmmm

Ujian peperiksaan pertama Qhaliff Iman !

" Apaaa ??? Qhaliff ada ujian ?? " . Korang leh bayangkan muka aku yang tergamam bila diberitahu yang Qhaliff akan ada ujian peperiksaan di sekolahnya ! Aku pandang muka dia.. Dia boleh.. dia budak bijak. Mak dia seorang guru yang bagus. Aku ajar dia... dia kata aku garang. Huhuh... Terpaksa lepaskan tanggungjawab tu pada wife. 
3 hari ujiannya.. Aku tanya dia... 
" Camana exam Qhaliff ? Senang tak ? ". Dia senyum. Dia jawab senang jer.. Dan disambung dengan ayat yang aku tak paham butirannya. Aku mampu senyum jer. Tak pe la.. aku nak tengok perkembangan dia di tadika yang dah melahirkan ramai anak anak yang cemerlang. Qhaliff dah banyak berubah sejak bersekolah ni.

Aku tak menaruh apa apa harapan pon. Bagi aku , biarlah dia berilmu dunia akhirat. Bagi aku , biarlah dia tahu tanggungjawab dia sebagai hamba Allah. Itu sudah memadai. Aku tak nak dia stress menjalani kehidupan ini yang sudah pun terlalu mencabar buat dia.. Kesian kat dia.. 
Bukanlah aku tak nak dia cemerlang... mana ada mak bapak nak tengok anak dia gagal kan ? Mestilah nak tapi aku tau camana rasanya ditekan dari atas..Buat masa sekarang , biarlah dia jadi kanak kanak... bukan profesor ! 

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI