Jumaat, 5 Mei 2017

Bila dah berjaya , JANGAN SOMBONG !

Baca kisah Ujang , kartunis yang aku amat hormati dari sekolah menengah hinggalah sekarang , membuatkan aku geleng kepala sendirian. Dulu aku pernah cerita pada rakan rakan aku tapi mereka kurang yakin.. nasib baiklah aku ada 'saksi' masa tu... rakan rakan blogger yang turut sama 'meeting' dengan mereka.. Hurmm..
Maaf.. aku bukan berdengki dengan mereka. Kejayaan mereka ada sejarah disebaliknya. Bukan sekali dua aku dengar sebelum tu... sehinggalah aku sendiri mengalaminya ditambah cerita seorang lagi rakan blogger yang join team #KBBA9 , menguatkan lagi kisah hampeh diorang. Diorang tu bukan merujuk pada staff mereka yer.. 

Perghh.. Ujang siap merayu tuuu.. Aduh ! Sampai tahap gitu.. Hurmm.. sedih aku membacanya. Sampai gitu sekali tahap kesombongan mereka. Teringat ada sekali tuuu... Ada la gak berkaitan dengan UPIN IPIN. Masa 'meeting' dengan 'diorang ' tu pon memang nampak sangat dah sombong . Bangga tul dia dengan page FB yang berjuta juta LIKE tuu.Huhhu.. Sengih je la nokkkk ! Nak kata apa kan ? Malas nak bertekak..
Pengajaran.. jangan sombong bila dah berjaya dan jangan kedekut ! Ni gi restoran dia pun hampeh ! Sampai bungkus !! Aparaaaa.. Nak bisnis tapi kedekut ! Nak kaya sangat eh ??? Nak kaya sangat , banyakkan menderma.. Jangan kedekut dengan staff.. Tu cara nak kaya dan kaya lagi ! 

Qhaliff mula langkah pertama sebagai food blogger ???

Aku bawak dia ke Taman Equestrian Putrajaya. Sebelum tu aku amik dia kat tadika dia dan bawak gi ke satu tempat dulu.. belanja mainan ! Nanti tak kacau aku kat event.. dia ada toys nak main dah.. harapan aku gitu la ! 
Aku tahu Qhaliff minat kamera. Dulu arwah ayah ada kamera gak dan aku menunjuk minat seperti Qhaliff gak.. cuma aku tak dibenarkan pegang langsung kamera waktu tu.. Sensitif kata arwah ayah aku. Huhuhuh.. memang betul pon... tak merajuk aih aku.. 
Tapi bolehkan aku berpegang dengan kata kata Qhaliff yang dia takkan buat hal kat sana nanti ? Hurmm.. dia ni bukan leh tengok ramai orang. Jadi cuak semacam melainkan ada geng dia ! Haaa... walaupun dia tak kenal tapi kalau dah ada geng , kasi dia seminit jer.. confirm budak budak tu akan ikut main dengan dia. Pandai mengumpan Qhaliff ni ! 
Di Taman Equestrian Putrajaya.. 


Menarik tempat ni tapi tak mampu menarik perhatian Qhaliff.. Aku ajak dia naik kuda , dia takut. Kalau Zahra mungkin dia berani.. Kemudian , aku kasi tablet.. 5 minit je dia pegang.. dia tak nak ! Hurmm.. Kemudian dia ikut aku ke sana sini.. Huhuhuh... Dok pegang aku jer.. Dah datang dah boring dia ! Hahahaha.. 
Aku selesaikan urusan aku. Tak sempat nak makan pon. Orang rumah pon dah abis kerja. Tengok jam dah kul 6 petang. Hurmm.. Qhaliff ajak balik. Hahahaha.. Aku rasa Zahra lagi suka kot ? Qhaliff bukan kaki makan. Zahra mungkin ! Nanti nak bawak dia lak.. heeee..

Teringin belajar mengaji Al Quran tapi malu dan segan ?

Tak perlu kutuk.. tak perlu kondem ! Ini semua ujian dariNya. Yang pandai mengaji , jangan sesekali memperkecilkan mereka tak kenal huruf. Bukan apa... bila mereka dah kenal huruf , silap silap anda sendiri nanti tercengang melihat mereka lebih rapat dengan Al-Quran berbanding anda ! 
Pernah ada sorang kawan bercerita pada aku.. Ada seorang hamba Allah ni , bila kematian menghampiri dia.. dia teringin sangat nak belajar membaca Al-Quran tapi dia tak kenal huruf. Amat menyesal sama sekali dia.. Hanya Al-Fatihah dan beberapa surah lazim yang dihafalnya saja bermain di bibirnya. Aku hanya menunduk sayu. 
Sekarang ni ada banyak teknik belajar mengenal huruf hijaiyah. Nak tak nak je kita sekarang ni ! Duit bukan soal utama.. Kalau kita leh buang duit dengan makan , apa salahnya kuar duit untuk belajar mengaji Al-Quran yang mana akan membantu kita di dalam kubur nanti ! Dalam kubur , kita keseorang dan kegelapan yer ! 
Imam Muda Yusuf Din.. Allah telah menemukan insan ini buat kali ke tiga dalam hidup aku. Dan kehadirannya , aku tak rasa bukan disengajakan ! Mendengar kisah serta pengalamanya sejak mengajar Al-Quran  dengan kaedah Haraki pada mereka yang ingin mengenali Al-Quran termasuk mereka yang bukan Islam , adalah sesuatu yang sangat berharga ! 
Kalau malu nak gi kelas , boleh jer mintak Imam Muda Yusuf Din buat kelas individu atau dalam kumpulan kecil yang korang buat sendiri. Berminat ? Boleh whatsapp IM Yusuf Din di 013324 8613. 
Bila lagi kalau bukan sekarang , kan ? 

Bila blogger berdrama !

video
Idea spontan sebenarnya ni.. Sementara tunggu si gadis dan mak gadis bersiap , aku ngan rakan rakan blogger #KBBA9 , berdrama sekejap.. Saja buat iklan drama K.Roger's ni.. hahaha... Mana la tau kot kot ada yang bakat terpendam selama ni , boleh terserlah dalam iklan 1 minit ni haa.. kan  kan ? Hahahhaa...
Tapi serius , biskut ni memang sedap. Tak payah tunggu raya nak order aihhh.. boleh makan bila bila masa jer terutama bila tunggu si isteri siap mekap tu haaa ! Haaaa.. leh makan sambil cicah kopi.. fuhhhh , berasap ! Hahahaa..
Tahniah dan terima kasih buat rakan blogger serta Afiq yang sudi edit dan berlakon tanpa rasa malu malu.. haahha.. Si Ana Zarin terutamanya.. berani dia ! Tak sangka la memasing boleh sporting gituu.. Pasni boleh laaa buat lagi kan ?
Bagi mereka yang ada produk dan nak buat iklan.. leh la try kitorang punya produksi baru tubuh semalam ni.. hahaha. Kot la pasni leh gantu Lucas Film.. kan kan ? Hahahah.... Tak pun Skop Production.. buat drama cinta karat yang bertajuk , BLOGGER ITU PERASAN POPULAR ! 

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI