Dapur Tanpa Sempadan...

Sabtu, 6 Mei 2017

Bila Aariz dah pandai merangkak..

Bahayaaa.. ada sekali tu , tak sampai seminit , dia dah jauh dari mak dia yang terlena ! Haaaa.. Nak tak nak , aku kena pasang semula... Masuk Aariz , 3 beradik la guna menda ni. Tahan wooo ! Masih dalam keadaan cantik lagi.. hehehe..
Bagus menda ni. Kalau sakit perut , tinggalkan je dia dalam tu.. Hahaha..Pastu gi la tunaikan hajat dengan secepat mungkin. InshaAllah tak menjerit punya dia dalam tu.. Malah lagi seronok dia . Tengok tv melalui celah celah tu jer.. 

Bila balik si abang dari tadika , dia pon join sama.. Suka Aariz ada geng bermain. Qhaliff pon leh tahan gak main ngan adik dia.. Buat macam budak tu dah usia setahun lebih. Si adik pun beria ketawa.. Huhuhuh... Kena pesan pesan gak kat dia.. Adik dia kecik lagi... 
Sekejap je masa bergerak..Tau tau semua dah besar. Tak lama lagi semua sekolah. Huhu.. Tanda daddy semakin tua tapi masih mengekalkan kehenseman.. Heeee. Jeles la tuuu.. 

Aku terjebak juga dengan SPINNER !

Lama dah aku tengok di Facebook.. iklan dia la. Tapi tak terbuka hati lagi nak beli sehinggalah aku ternampak rakan blogger #KBBA9 menjualnya. Aku tunjuk kat Qhaliff.. nak tak ? Dia ni , tunjuk lalang pon dia nak ! Segalanya dia ingat mainan.  Aku beli 3. Sorang satu.. Qhaliff , Zahra dan aku. Hehehehe..


Untuk apa ? Kata orang ni untuk mereka yang jarinya tak reti duduk senyap.. Ada je menda nak dibuat atau nak diusik ! Haaa... Contoh ada yang suka main dengan kunci.. ngan pensil.. ngan rambut.. atau korek hidung ! Haaaa.. Aku tak la tahap korek hidung tu ! Orang la kataa.. bukan aku kataa ! 
Dan aku beli sebab jari aku memang tak leh duduk diam. Kalau tak menaip , satu hal. Kalau tak update blog pon satu hal. Kalau tak usik Aariz pon satu hal.. Haaa.. kalau peewit kat awek pon satu hal gak haaa.. Hehehe.. Tu tipu jer.. hee.. 
Harga ? Murah je.. Ada macam macam jenis tapi kena tau gak.. Ada yang tiruan dan tak tahan lama. Haaaa... Pastu ada yang berat dan ada yang ringan. Yang berat pusingan dia lagi lama tapi tak berat sampai tak larat angkat atau baling kena muka benjol ! Hehehehe.. 
Kalau nak beli , leh beli kat Jean Gallyot. Pm je kat dia.. nanti dia balas. 

Kes viral 'Hon Kereta di Austin Perdana, Johor ' sewaktu solat Jumaat !

Dah tengok video tu ? Ada yang kata tak patut rakam.. ada yang kata patut rakam tapi jangan viralkan! Hurmm.. aku baca status kawan kawan dan aku search di Facebook.. Aku baca yang komennya beribu ribu tu sebab mesti akan saksi di situ beserta  bukti bukti sahih. 
Tapi yang tak bagusnya , bila ada pengomen pengomen melibatkan perkauman dan juga agama ! Bagi aku ini adalah disebabkan sikap masing masing ! Betul , kalau aku di situ juga mungkin aku juga akan berang. Dan aku bersyukur aku takda kat situ.. heeee.. Maaf , bukan sebab bangsa yer ! Tapi aku cukup marah dengan manusia yang rasa dia bagus sangat terutama bila memandu kereta besar ni ! Tak kira bangsa ! 

Baca dan nilai sendiri

Nak dijadikan cerita.. sebenarnya berkali dah aku sabar dan sabar.. Nasib baik la aku lepas solat.. Aku rasa korang yang gi solat Jumaat pon mesti tau segelintir sikap pemandu kereta dan juga motor selepas abis solat ! Adoiyaiiii.. Aku sendiri berkali hampir dilanggar ! Gile apa ??? Baru lepas solat pastu bawak kereta atau motor cam hantu ! Tau la nak kejar masa tapi hagak hagak la gak dengan pejalan kaki ! 
Ini semua perangai ! Jangan kaitkan dengan bangsa dan agama. 
Memang sejak kebelakangan ni ada je pihak dok 'membakar' dengan isu isu perkauman tapi kita yang membesar dan punya rakan berbilang bangsa , sebaiknya kekalkan keharmonian dan keamanan ni dengan penuh kesabaran dan juga diplomasi. 
Hurmm... aku tau.. nanti ada yang kata , kalau kena kat keluarga aku sendiri , camana ? Betul.. kalau aku pon aku akan marah dan amuk ! Tapi apakah akan terjadi pada kita selepas itu ? Kalau terlepas ok la.. Kalau tak ? Tak pasal pasal duduk dalam penjara bertahun ! Kita ada undang undang .. ikut je la.. suka atau tidak , itulah realitinya ! Kalau tak nak ikut , duduk je hutan... Sapa kuat , dia KING ! 
Aku pernah bermimpi.. aku marahkan seseorang. Bergaduh hingga menyebabkan kematian ! Kemudian aku dipenjara dan aku terasa amat menyesal sekali. Berpisah dengan anak anak , adalah sesuatu yang tidak sama sekali aku inginkan ! Dan aku bernasib baik , ianya cuma mimpi. Mungkin itu satu peringatan buat aku.. berhati hati dalam setiap tingkah laku ! Banyakkan bersabar.. 

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI