Isnin, 8 Mei 2017

Selamat Hari Lahir ke 3 , Zahra Nur Iman..

Si genit yang payah nak senyum kecuali ngan ayah dia... skang ni skit sikt nak cium pipi daddy. Macam nak bagitau dia sayangkan daddy dia sangat sangat.. Huhuh.. anak dara daddy. Dan dia memang anak dara daddy dia. Ucapan terima kasih atau sama sama selalu je keluar dari mulut dia terutama bila dah bersihkan dia ( buang air besar ) .
Depan kamera , keras.. ke memang dia tau ni la pose model antarabangsa ?? Hurmm...
Dan hari ni , setiap 8.5 adalah hari lahir dia. Dah 3 tahun usia dia. Sekejap je masa berlalu. 3 tahun dah aku besarkan dia.. Huhuh.. Majlis kecil ni cuma disambut oleh keluarga aku dan keluarga adik perempuan wife aku yang mana anak anak mereka sama usia dengan anak anak aku. Kira sekepala la diorang.. 
Segalanya diuruskan oleh isteri.. 


 Hurm.. sambut hari lahir pon masam eh ? Sah memang DNA aku. Aku memang payah nak senyum tapi kalau senyum , ada je orang jatuh cinta... heheheh..Kan ? Haa.. aku tauu.. korang pon setuju tapi saja nak nafikan.. kan kan ?
Zahra Nur Iman.. semoga menjadi anak yang baik , beriman serta bijak... Sayang Zahra !


Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI