Selasa, 9 Mei 2017

Apa yang aku takuti , dah jadi kenyataan !

Hurm.. Nasib baik aku dah buat backup 3 acc Facebook. Bukan leh caya sangat kat FB ni.. tetiba je kena sekat ! Pastu nak dapatkan balik bukan mudah. Banyak prosedur. Kalau lepas , selamat la.. Kalau tak , berkubur. 
Dalam kes aku ni, ada orang report katanya. Hurm.. Punca tak tau.. Aku redha. Bukan kali pertama kena. Kali terakhir kena , 2008. Kemudian aku mulakan semula di tahun 2009. Aku dah kecewa dah masa tu dan malas nak bermedia sosial.. hehehe... 
Gambar-gambar di FB Ben Ashaari tu banyak..  tapi aku dah buat backup juga.. post di Instagram.. Huhuhu.. dan juga dalam laptop..handphone.. Google.. Hehehehe.. Sebab tu aku tak terkilan sangat.. Rileks sudah.. 
3 acc Facebook aku tu sememangnya aku dah pisahkan golongan pembacanya. Tak nak campur campur sebab bila ada yang komen status , pastinya akan ada yang bertekak..  Aku dah baca ragam pembaca ni sejak ada Friendster lagi.. Maka dengan Facebook ni , aku sediakan awal awal.. hehehehe.. 
Cuma aku sayang skit kat akaun kena blog tu sebab 'Followers'nya dah cecah hampir 23k .. Tapi apa nak buat.. takda rezeki aku.. huhu .. 

Sempena Hari Ibu , hadiahkan padanya sebagai tanda kasih sayang..

Hari Ibu bakal menjelang tidak lama lagi. Ada yang mula fikirkan hadiah apa yang sesuai untuk diberikan pada ibu tersayang. Dan pada masa yang sama , faktor kewangan diambil kira. Bukan berkira tapi nak beri sesuatu yang berbaloi untuknya. Ada yang belikan mahal tapi dia tak minat pon nak guna ! Haaa.. ni nak kasi pada dia , dan dia gunakan untuk kesihatan dia. Haaaa.. dan pada masa sama , harganya pon ok jer.. Ok la kan ? Tak semestinya murah tu tanda kita tak sayaanng.. Jangan pikir gitu.. tak baek ! 
Ok.. aku ada cadangan. Memang berbaloi la kalau nak kasi kat ibu kita tu. Sebabnya aku selalu je belikan pada mak aku tak kira la pada hari apa pun , tapi dia memang guna dan suka sangat. Kira berbaloi la kan ? Hehehee.. Maka sebab itulah aku nak syorkan pada korang.. 

Set 1 :  Active Mom ( RM38 ) - Advanced Moisture Therapy Cream  dan Vanity's Favourite Deep Heat Lotion

Advanced Moisture Therapy Cream 
Penyelesaian cepat untuk tumit merekah dan tangan kering 
  • Melembap dan melembutkan kulit kasar dan keras
  • Memulih kulit merekah dengan cepat dan meredakan kepedihan disebabkan oleh rekahan
  • Krim pekat dan kaya dengan khasiat tanpa rasa berminyak.
Cara Penggunaan : Sapukan krim di tumit yang merekah dan tangan kering. 
Ramuan : Vitamin E , Tea Tree Oil dan Herbal Extract

Vanity's Favourite Deep Heat Lotion
Kombinasi minyak tradisional untuk memulihkan dalam bentuk losyen
  • Rasa panas mendalam dan berpanjangan untuk meredakan otot otot yang lenguh
  • Losyen persediaan sebelum atau selepas bersukan - tidak berminyak atau melekit
  • Membantu mengurangkan sakit kepala dan hidung tersumbat
Cara Penggunaan :  Ratakan di bahagian badan yang sakit dan urut mengikut kesesuaian. Sebaik-baiknya digunakan selepas mandi atau sebelum tidur. Tak perlu dibilas dengan air. Elakkan dari terkena mata.
Ramuan : Sunflower Seed Oil , Peppermint Oil dan Ginger Root Oil.

Set 2 : Mom Favourite's ( RM34 ) - Vanity's Favourite Perfumed Shower Gel dan Vanity's Favourite Body Lotion 

Vanity's Favourite Perfumed Shower Gel
Mandian ekslusif dengan haruman yang tahan lama
  • Membersihkan kulit dengan lembut 
  • Kulit segar , lembut bak sutera dengan haruman menawan
Cara Penggunaan : Tuangkan sedikit ke atas tapak tangan , tuala atau span. Buihkan dan ratakan ke seluruh badan dan bilas dengan air.

Ramuan : Aloe Barbadensis Leaf Extract

Vanity's Favourite Body Lotion 
Losyen wangi ekslusif diperkaya dengan vitamin E khas untuk kulit lembut , lembap , licin dan berbau harum sepanjang hari. 
Cara Penggunaan : Selepas mandi dengan Gel Mandian , sapukan sedikit losyen pada seluruh badan terutamanya pada bahagian lengan dan kaki.
Ramuan : Sunflower Seed Oil , Vitamin E , Vitamin A dan Rosehip Oil.


Set 3 : Beautiful Skin For Mom (RM47) Vitamin E Magic Exfoliating Gel dan Vitamin E Moisturising Mask


Vitamin E Magic Exfoliating Gel
Skrub gel untuk membersihkan sel-sel mati , bintik hitam dan bintik putih dengan lembut dan berkesan. 
  • Mengecilkan dan menghaluskan pori. 
  • Sel mati , bintik hitam dan bintik putih dieksfoliat secara lembut dan berkesan tanpa merosakkan kulit 
  • Memudarkan parut jerawat , parut demam campak dan pigmentasi
  • Sesuai untuk kulit normal , kombinasi dan kering
Cara Penggunaan : Letakkan sedikit Vitamin E Magic Exfoliating Gel di tapak tangan , sapukan sedikit di muka dan gosok muka dengan lembut. Seeloknya gunakan seminggu sekali selepas mencuci muka ( tidak digalakkan jika mempunya masalah jerawat ) 
Ramuan : Aqua , Hibiscus Sabdariffa Flower , Aloe Vera dan Witch Haze


Set 4 : Pamper Your Mom (RM35) - Vitamin E Body Serum dan Vitamin E Body Exfoliating Scrub

Vitamin E Body Serum
Losyen badan harum menawan untuk kulit lembut dan licin yang diperkayakan dengan madu dan vitamin E. 
  • Mudah diserap tanpa rasa berminyak 
  • Kulit rasa lembut dan licin
  • Memulih dan menyihatkan kulit 
  • Anti-bau badan dengan deodran asli
Cara Penggunaan : Selepas mandi , sapukan sedikit Serum Badan Vitamin E ke seluruh badan , terutamanya bahagian lengan dan kaki 
Ramuan : Sunflower Seed Oil , Rosehip Oil and Honey

Vitamin E Body Exfoliating Scrub
Merangsangkan penjanaan sel kulit baru untuk kulit sihat dan berseri.
  • Untuk kulit bersih , cerah dan berseri
  • Eksfoliat dengan lembut dan buang sel sel kulit mati
  • Mencegah jerawat badan 
Cara Penggunaan : Picitkan sedikit Skrub Eksfoliat Badan Vitamin E dengan minyak Rosehip ke atas tapak tangan yang lembap. Urutkan badan yang telah dibasahkan secara lembut dengan cara berpusing pusing untuk menanggalkan sel-sel permukaan kulit yang mati. Tumpukan perhatian pada bahagian yang kasar terutamanya sikut , lutut dan tumit. Bersihkan dengan air. 
Ramuan : Cucumber Extract , Witch Hazel , Rosehip Oil dan Honey.

Haaa.. Tunggu apa lagi ? Kan dah tau segalanya... Pilih yang sesuai dan hadiahkan pada ibu tercinta. Ok ? Jangan tunggu lagi.. jangan pikir pikir dah... Beli dan hadiahkan ! Hehehehhe.. Nak beli, sila ke www.cosmoderm.com.my yer.. Beli secara online..

Selamat Menyambut Hari Ibu ... 

Berkubur sudah Facebook BEN ASHAARI !

Tiba-tiba je ghaib.. Pelik ! Aku cuba login.. Yang keluar , pemberitahuan yang mana akaun aku telah disekat sebab ada insan suci telah membuat report pada Mark di Facebook ! Sian Mark.. tak kenal mana kaca , mana permata.. Aku permata Facebook ok ! Kalau aku takda , Facebook tak meriah.. faham tak ni ?? Faham takkkk ???? 
Tak pe la.. Aku redha. Ini bukan pertama aku berlaku pada aku. Dah pernah sebelum ni dan aku mulakan dari bawah.. Dari 0 hingga dapat lebih 23 ribu rakan di akaun yang disekat tu.. Huhuh... Namun setelah bertahun lamanya , kembali terjadi pada aku. Ini bermakna , Facebook ni tak leh pakai langsung ! Nasib baik aku dah buat backup... letak gambar aku di tempat yag selamat. 
Yer.. sejak terjadi pada aku , aku buat 2 akaun FB sebagai backup... Maklumlah , Facebook kan tempat aku cari makan kecil kecilan.. 
Yer... memang penat nak mulakan dari bawah. Tapi apa nak buat.. semua ni ujian dari Allah jer.. Kalau ini pun aku dah melenting nampak sangat berdunia aku ni.. Huhuhuh.. Rileks.. Kalau jadi apa apa pada akaun tu.. tak leh diambil semula , aku ada satu lagi akaun yang mana dah lebih 5k friends.. Leh je follow akaun tu atau follow jer Santai Ben Ashaari.. 
Ben Ashaari  yang sebelum ni aku letak nama dia , Ben Ashaari II dan boleh juga follow page Santai Ben Ashaari.. Kalau tak dapat sehingga esok , korang carilah aku di dua akaun ni ehhhh... Huhuh.. Takda rezeki belah ni.. belah lain kot rezeki aku.. InshaAllah.

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI