Rabu, 10 Mei 2017

'Fidget Spinner' permainan pondan ?

Ketika aku kanak kanak dulu yakni 30 tahun lepas.. Fuh , giler laaa... 30 tahun !! Haaa..Kalau arwah ayah aku yang cerita mengenai '30 tahun lepas' , mesti pasal Inggeris dan juga zaman Tunku Abdul Rahman.. Yer , arwah ayah aku kuat berpolitik waktu tu.. dia kat Sabah masa dia awal awal berkahwin dengan mak aku.. 
Tapi aku punya cerita '30 tahun lepas' ialah permainan yang aku bermain ketika tu.. Aku pasti ramai yang bermain permainan seperti aku bermain ketika tu seperti galah panjang , guli , gasing , konda kondi , rondas , tutup oren , selipar dan macam macam lagi.. 'spider' tau ? Hahahahaa..
Sayangnya permainan tu agak payah dah nak dijumpai sekarang. Kenapa ?? Banyak faktor sebenarnya. Kawasan lapang pon dah kurang sekarang ni. Asal ada kawasan lapang je , terus naik rumah ! Huhhhh.. Sian budak budak sekarang..  
Antara faktor lain ialah keselamatan... Hurmm.. Kes culik budak budak , menakutkan ramai ibu bapa ! Walaupun terpencil tapi masing masing risau akan keselamatan anak mereka dan nak anak mereka berada di depan mata mereka ketika bermain.. dan antara sebab itulah ada yang sanggup bagi  gajet pada anak kecil mereka.. Hurmm.. 
Dan sekarang , sedang trending permainan yang berasal dari luar negara.. Fidget Spinner ! 
Apa sebenarnya Fidget Spinner ni ??? Apakah tujuan permainan ni ? Pondan main la permainan ni  , ada yang kata gitu ! Atau ada yang kata . baik pegang tasbih dari main menda ni ! Amboiii.. main sedap je kata gitu kan! Cer google skit pasal Fidget Spinner ni ! Ok , jumpa.. ada sebuah blog di Indonesia dah ulas pasal ni .. 
Dari blog health.detik.com
Dengan bentuk yang kecil dan mudah digenggam, mainan bernama fidget spinner memiliki struktur di mana pengguna dapat memutar-mutarnya. Momentum yang dihasilkan oleh mainan ini disebut memberikan kepuasan sensoris sehingga dipasarkan untuk mereka dengan autisme, gangguan kecemasan, dan Attention Deficit Hyperactive Disorders (ADHD).  " -  health.detik.com

Aku sendiri layan dalam kereta bila tersangkut dalam jammed ! Dan ramai lagi orang dewasa layan menda ni.. Bukan budak sekolah je yer.. Maka , jangan hinalah kami ini... Baik layan Fidget Spinner ni di kala kebosanan  dari layan rokok atau layan handphone, kan ? 
Menariknya kan... Ada macam macam jenis Fidget Spinner ni ! Memang leh giler la tengok diorang punya kreativiti buat Fidget Spinner ni.. Bagi yang buat koleksi , pasti akan sanggup berhabiskan duit.  Walaupun trend ini akan hilang , tapi yang pasti ... ianya akan meninggalkan kesan positif buat anak anak kita dan menjadi kenangan satu hari nanti.. bila mereka bermain bersama ayah mereka.. kan kan ?  Dan pernah ada kawan cakap.. bola sepak adalah permainan pondan ! Kalau jantan , main ragbi laa ! 
Nasihat : Jangan la sesuka hati nak keji orang. Bukan pon mereka kacau sapa sapa pon.. 

Lega dapat kembali akaun Facebook setelah 'disekat' !

24 jam berlalu.. akhirnya aku terima email dari mereka setelah 'bersoal jawab' dengan pihak pengurusan Facebook. Lega ! Walaupun aku tak stress sangat  disebabkan 'sekatan' tu tapi bila dapat semula akaun tu , ianya satu rezeki buat aku.  Yelah , kat akaun ni ramai dah kot kenal dan follow status dan juga blog aku. Punca trafik blog aku tuuu.. Huhuh.. Tapi ianya juga satu cabaran buat aku untuk kembali dapatkan follower andai aku kehilangan akaun aku tu.. 
Camana aku buat ? Ketika login tu , akan keluar satu 'sign' .. 
Pastu klik kat 'please let us know'. Dia akan hantar satu email kat korang atau keluar satu windows lain.. ikut je apa dia suruh.. Cam dalam kes ni dia akan mintak bukti pemilikan akaun tu.. Haaa.. Kalau betul akaun tu korang punya , korang tak perlu risau.. InshaAllah akan dapat semula.. selepas ikut arahan diberikan pihak admin Facebook. 
Pastu tunggu laa 24 jam.. bertenang dan masa ni kalau tengah boring , boleh la buat satu akaun baru.. pastu add la kawan kawan baru serta lama. Secara tak langsung , korang akan dapat lagi pembaca blog yang baru.. Haaaa... 
Camana aku boleh kena sekat ? Aku pun tak tau laa.. katanya ada yang mereport ! Apa kes diorang report pon tak tau laaa.. Takkan sebab status poligami kot ??? Hahahaha.. kes sebab aku viralkan spinner tu ??? Erk... takkan kot ? Positif Ben ! Jangan fikir bukan bukan.. Ok , aku tau.. mesti aku semakin hensem kan ? Giler punya positif ! 

Berkahak disebabkan susu tepung coklat ?

Batuk Zahra ari tu dah hilang..sekejap. Tapi datang semula dan setiap malam , batuknya memang teruk. Aku tak tidur lena sebab dok jaga dia , takut muntah. Sian dia.. Dan tadi , aku ngan wife bawak dia ke klinik swasta. Doktor yang check tu , terus tanya dia.. Wife yang cerita ni kat aku. Aku tak masuk klinik sebab dalam kereta ada anak anak aku dan juga anak anak buah. Biar wife ngan Zahra je masuk.. 
" Dia minum susu coklat yer ? ". Dan wife mengangguk. Doktor suruh berhenti minum susu coklat atau milo buat sementara waktu..
Demam tiba-tiba petang tadi. Tinggi gak suhu dia. 

Kahak terlalu banyak. Terpaksa amik nap untuk cairkan kahak. 
Hurm... Dok pikir camana nak cakap kat dia bila dia mintak 'susu botol'. Hurmm... Dia tak leh dah kasi susu coklat. Nampaknya pasni kasi dia susu kambing je la kot. Tapi aku rasa takkan abis sebotol kalau dia minum susu kambing...
Selepas doktor kasi 'ubat bontot' gara-gara suhu lebih 40 darjah celcius , dia kembali segar dan ceria. Terus mintak 'nasi ayam' . Baru ada selera nak makan.. Hurmmm... Lega skit aku. Tinggal satu lagi kes jer.. Si Aariz tak abis lagi selsema dia. Sekali bersin , tu diaaaaa kuar warna hijau.. Yummy ! 
Hurm... Moga diorang kembali sihat.

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI